sapa tengok The Voice season 2??
aku suka giler the voice ni sebab pada aku, audition dia sangat2 fair.
maksud aku, bukan setakat diorang tak tengok rupa, tapi grup member election tu sendiri takde merepek2 macam competition lain yang selalunya tunjuk part2 audition memalukan contestant [yang takde bakat tapi sibuk nak menyanyi secara komersial].
tahun lepas aku tak follow sebab ye la rumah aku dulu manada astro. tv pun kecik cinonet je. itu pun aku dah bersyukur sangat2.
bila aku duduk sini, akhir2 tahun lepas, ada jugak la ulang2 tapi aku malas nak tengok.
then, tahun ni, memang aku nak follow. aku tak kira!
team adam menang tahun lepas, so tahun dia balik2 dia cakap "i've done it last year, i can do it for u too" atau "i've won last year, i can won again this year".
nasib baik la dia tu hensem. kalau cee lo kata macam tu, aku luku kepala berkilat dia tu.
tahun ni aku rasa team christina menang. sebab dia ada
jesse campbell.
tapi terlalu awal nak decide sapa menang sapa tak.
jadi, aku kasi korang link ni, korang g tengok sendiri dia jesse campbell nyanyi.
dia bawak memang best giler!
dia bawak macam jazz sikit2. best wohh.. tiap kali tengok mesti nak tepuk tangan..
The Voice 2 : Anthony Evans vs. Jesse Campbell - If I Ain't Got You