..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Monday, August 1, 2011

Hari-Hari Yang Dilarang/Diharamkan Berpuasa.

Assalamu'alaikum kawan2..
arini da start bulan ramadhan, bulan wajib berpuasa.
puasa ke.. huehuehue.. [ko xpuasa ek marina?]
bagi orang pompuan macam aku, memang xterkecuali la dari amek MC untuk xpuasa. [da hagak daa]
maaf la pada sesiapa yang xdapat MC tu.
jangan jeles okeh.. n jangan bunuh diri pulak. ahakss..

so, bila da MC tu, pandai2 la ganti balik.
jangan buat menonong je. xsenonoh. huh!
eh, tapi kan, xnak ganti pong xpe. xde efek kat aku pong..
aku xdosa. dosa kan tanggung sendiri2.. *mata ke atas, tangan ke dada*

ok, bila nak ganti, kena tahu hari2 yang diharamkan berpuasa.
sebab, bila korang puasa jugak pada hari yang d haramkan tu, puasa ganti korang xsah n xd kira.
kena ganti balik kat hari lain. paham?
bukan puasa ganti je, puasa sunat pong xd kira tahu?
sori la kat sesapa yang da tau pasal ni tapi aku memang sengaja nak elaborate kat sini untuk rujukan & tindakan bersama jua. [bajet kat opis la pulok..]

dulu, masa aku dengan mr. kijam, kakak dia ada bagitau ada tarikh2 dalam bulan Sya'ban yang kita xboleh puasa.
tapi dia xbagitau pulak tarikhnya..
sedangkan kalau kat kolej aku dulu, dak2 berebut puasa bulan Sya'ban kerana barakahnya yang sedia menanti.
lagipong, aku macam xTERbelajar je pasal ni. [xbelajar ke, ko ponteng??] ;p

berapa lama da hal tu, aku baru teringat aritu.
maka aku pong mengoogle n da mendapat jawaban.
aku googled da lama tapi aku baru nak share arini la.
sebab arini start puasa, jadi aku nak korang keep in mind benda yang aku nak huraikan arini.
at least ada ilmu d dada, korang boleh puasa dengan tenang. [bukan rest in peace okeh]
tapi aku skip bab2 haram puasa bila haid dengan nifas sebab yang aku nak tekankan kat sini ialah tarikh yang diharamkan berpuasa. [da tajuk pong "hari2 yang diharamkan" bukan puasa yang diharamkan]
n aku guna bahasa sendiri supaya xberbelit2 n orang senang paham.


HARI-HARI YANG DILARANG/DIHARAMKAN BERPUASA


1. Hari Raya - diharamkan berpuasa pada kedua2 hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) dan Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) kerana hari tesebut ialah hari keraian bagi umat Islam.

35- عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري)

35- Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a., lalu ia berkata:  "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


2. Hari Tasyriq - hari Tasyrik jatuh pada 11, 12 & 13 Zulhijjah kerana hari itu orang2 yang menunaikan ibadah Haji berhimpun di Mina yang juga merupakan hari menikmati makanan & minuman serta tidak dituntut untuk berpuasa.

37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد)

37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)


3. Hari Syak - diharamkan berpuasa pada hari Syak ("hari yang diragukan") iaitu hari terakhir dalam bulan Sya'ban (30 Sya'ban) kerana dikhuatiri meragui tarikh sebenar masuknya bulan Ramadhan. [sebab tengok anak bulan 29 Sya'ban]

"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya. -IslamGrid-


4. 2 Minggu Terakhir Bulan Sya'ban - yang mana termasuk hari Syak pada 2 minggu terakhir ini. Hanya mazhab Syafii berpegang pada hadis yang mengharamkan berpuasa pada hari2 ini manakala mazhab lain tidak.

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Jika bulan Sya’ban sampai pada pertengahan, maka janganlah kalian berpuasa.”


* notes: 2 minggu terakhir bulan Sya'ban (termasuk hari Syak) d bolehkan berpuasa sunat (contoh: Isnin & Khamis), dengan syarat; dia memang da selalu puasa sunat tersebut sepanjang tahun atau pada hari2/bulan2 sebelum Sya'ban. d bolehkan jugak  bagi orang2 yang perlu puasa nazar/qada'/puasa yang tertanggung atasnya.


HARI-HARI YANG MAKRUH BERPUASA


1. Berpuasa Pada Jumaat Sahaja - dilarang berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat sahaja tanpa dipasangkan dengan hari lain iaitu hari sebelum (Khamis) atau hari selepasnya (Sabtu), kerana hari Jumaat ialah Hari Raya mingguan bagi umat Islam. [sebab tu dulu cuti Jumaat&Sabtu, macam Terengganu&Kelantan]

40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)

40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Riwayat Imam Ahmad)

2. Berpuasa Pada Sabtu Sahaja - dilarang berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu sahaja tanpa dipasangkan dengan hari lain iaitu selepasnya (Ahad).

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." -IslamGrid-


demikian sudah kelas agama kita pada hari ini..
moga dapat memberi syafaat kepada kita semua.
almaklumlah.. saya ni pelupa orangnya.. kena la belajar balik. sobs.
lepas ni nak ganti puasa, sila check dulu tarikh, okeh?
tapi rasanya xde masalah.. sebab memang da tahu kan..
cuma yang 2 minggu terakhir Sya'ban tu je kena hati2. [sebab aku baru tahu. hahah!]
kalau da memang jadi kebiasaan korang puasa every isnin n kames, tu xpe ye..
tapi aku rasa 1/1000 kot puasa evey isnin n kames..
yang selang seli, yang sekali sekala, yang jarang2 tu konpom ramai.. [ko le tu marina kan? kan?]
err.. iye.. saya lettew.. hikhik [ptuih!]


sumber: IslamGrid, JAIS [bukan nama orang], ALISLAMU [bukan page dari Malaysia]

8 comments:

  1. syukran ya marina..

    smoga Allah memberkati kamu :)

    ReplyDelete
  2. Hohoho. Aku pun macam tak pernah TERbelajar jee. Ngahaha ! selama ni aku ganti puasa dengan puasa 6, puasa sunat lain hummm, hrrm.. (paham2 je la)

    Wehei, awal2 dah puasa. Raya nanti tak bleh raya. *jeles*

    ReplyDelete
  3. @Rafidah Farhana: aku rasa sbb ikut mazhab ni, takut mengelirukan kalau dalam Al-Quran xde. lagi mengelirukan bila ada jenis puasa untuk puak2 syiah & sunnah. lg pening woh baca tang tu. tp aku abaikan sbb aku bukan syiah/sunnah. hahah!

    aku skip posa seksa woh.. mau2 10ari lebih..

    ReplyDelete
  4. thnks for the info..mintak share ke blog saya ye?sebagai peringatan untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. hari selasa & rabu dilarang berpuasa ke?

    ReplyDelete

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails