..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Tuesday, September 20, 2011

Batal Air Sembahyang @ Wudhu' Jika Suami & Isteri Bersentuhan

dulu masa aku kecik2 n xde adik, aku n mak aku selalu follow bapak aku sembahyang.
atau dengan nama mulianya, sembahyang berjemaah.
tapi bila da ada adik, aktiviti berjemaah ni tinggal aku n bapak aku je yang aktif sebab mak aku nak gilir2 [dengan bapak aku] jaga adik aku yang bebi baby lagi masa tu.
tu xjadi masalah la kan.
yang jadi masalahnya ni, bila tang bersalam, aku jadi konpius sekejap.
kenapa kalau salam2 tu, bapak aku xkasi mak aku singkap telekung n bersalam secara xberlapik dengan bapak aku.
tapi dengan aku, bapak aku salam2 dengan aku tanpa aku lapikkan tangan.

bila aku tanya, bapak aku jawab ringkas "batal air sembahyang".
bila aku tanya kenapa, kenapa dan kenapa, bapak aku abaikan n terus baca doa ke hadrat Illahi.
sampai da besar2 ni weh soalan tu bermain d benak bengapku ini.
almaklum la.. sekolah petang dulu selalu ponteng.
time ponteng tu pulak la ustazah nak ajar part yang bes2. (╥﹏╥)

kalau ikut dari logik akal, xbatal kan air sembahyang sebab suami kan da mahram, da sah bersentuhan. kan?
sebab itu la, apa2 yang kita nak buat, jangan ikut logik akal.
ikut agama. ikut hukum.
kalau ikut logik akal, cuba cakap kat aku, berapa juta akal dalam dunia ni korang nak ikut?
ha, cer cakap. cer cakap. *garang*

aku da meng-google soalan ni, jadi aku nak share sikit dari kak sumijelly yang da menjawab soalan cepumas yang bermain d benak bengapku selama beberapa tahun.

Soalan : suami isteri bersentuhan batal atau tidak
Sebenarnya sudah lama saya ingin bertanya dengan ustaz tentang wuduk. Perkara sebenar air wuduk apabila suami isteri bersentuhan secara sengaja atau pun tidak sengaja akan batal wuduknya. Apa yg saya ketahui bersentuhan antara suami Isteri itu membatalkan air wuduk. Tetapi ada pendapat yg mengatakan ianya tidak batal. Saya harap ustaz dapat jelaskan perkara yang sebenar,samada batal atau tidak mengikut mazhab tertentu dan jika tidak batal bagaimanakah cara untuk mengambil air wuduk tersebut. Dan apa yg saya tahu org yg mengerjakan haji ada juga yg menggunakan tidak batal setelah bertukar mahzab. Dengan penjelasan dari pihak ustaz ia amat berguna untuk generasi sekarang dan akan datang kerana ada sesetengah pihak yg mengamalkan bersentuhan suami isteri tidak membatalkan air wuduk 

Jawapan :
Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri .sumber.

suka la aku nak share sikit komen2 yang diorang tinggalkan untuk rujukan bersama.
ecehh.. ayat opis la pulakkk. hikhik..

ikut yang saya belajar..kalau bersentuhan antara suami isteri tanpa berlapik wuduk adalah batal..aurat aje yang takde antara suami isteri..dan lagi satu hal terbatal ni rasanya berkaitan dengan nafsu juga..maksudnya kalau suami isteri mestilah ada nafsu antara satu sama lain kan..sebab itulah terbatal..tapi kalau kita ambil contoh wuduk kita dengan orang mati yang bukan mahram dengan kita..macam kita cium dahi dia ke..wuduk kita batal..sedangkan dia tak batal..sebabnya kita bernyawa dan ada nafsu..orang mati pula sudah tidak ada..itulah yang saya faham..sekadar berkongsi..harap membantu.. - Balqees Amanda -
…………………
huish bahaya nih kalau ada yg berkeras kata tak batal. kang dah tersentuh then smyg tanpa wuduk.. tak sah smyg kang…
hukum wuduk ni senang je kalau nak tau yg mana batal atau tak. yang mana sentuhan lelaki perempuan yang “ada cara boleh halal setubuh”, batal la wuduk tu. tak kira la laki bini, laki dgn sepupu pompuan, atau laki dgn pompuan lain.
sebab tu kalau salam mak, salam makcik, atau adik beradik pompuan tak batal air smyg pasal camne cara sekalipun “tak boleh halal utk disetubuhi”.
ini ikut mazhab syafie la ye. kalau mazhab lain ada yg sentuhan beserta nafsu (mazhab hanafi rasanye, tak igt plak) - [re-arrange] -
yer kak sumi, penah dgr ceramah pasal ni. ustaz tu cakap mesti la batal, kalau tak batal tak boleh kawin la dengan suami tu..(yer ustaz tu buat lawak) haha…
macam dalam komen kat atas tu, yang terbuka hijabnya adalah aurat sahaja…bersentuhan kulit tetap membatalkan wuduk…:) - Kancilbiru -
memang sah batal daripada saya belajar dulu2 hingga sekrang dan tak pernah jumpa lagi yang mengatakan tidak batal. bahaya komen2 sebgini kerana ia melibatkan hukum hakam. adalah lebih baik jika tidak mengetahui atau was2, cuma sekdar komen…lebih baik bertanya pada yang pakar. jangan sesekali menjatuhkan yang haram itu halal dan yang halal itu haram. dalam keadaan2 kes2 tertentu sahaja dan perbezaan mazhab yang mengatakan persentuhan lelaki & perempuan yang bukan muhrim tidak membatalkan air sembahyang seperti semasa mengerjakan tawaf - eelobor -
wahhh..nice post..mmg ramai yg keliru suami isteri batal air sembahyang ke tak..ada yg cakap tak batal tu amat menakutkan..dah jelas2 ikut mazhab syafie batal secara mutlak..kan org melayu jugak ada konon2 “upacara batal air sembahyang” lepas kahwin..mksdnya laki bini sentuh kulit terang2 batal air sembahyang..cuma tak berdosa je..
utk lebih lanjut psl hukum sentuh kulit sesama manusia, sesama saudara. dengarkan ceramah Ustaz Kazim Elias tajuk Keluarga 69..semuanya lengkat kat situ..bestt..!!
p/s: ilmu agama perlu dicari. tak bleh hanya biarkan ianya dtg dgn sendiri.. - Jejaka Terhangat -

sebenarnya, untuk topik kak sumijelly ni, bukan je ada yang bersetuju, tapi yang membangkang pong ada.
macam2 la nak d bangkangnya.
yang jenis bangkang2 ni yang jebis butthurt sendiri.
nak tunjuk LEBIH pandai sebab orang buat entry berilmiah, dia bangkang la sebab nak nampak dia sorang je yang terer lagi berilmiah. cet!

menghentam xtentu pasal n cakap ikut sedap lagi menggoyahkan rukun iman d dada.
lagi2 komen jejaka terhangat pasal adat tu.
boleh dia komen cakap kenapa nak ikut adat la, nak kawen tapi xde ilmu d dada la.
hellooooo.. jejaka terhangat tu bagi contoh je okeh. *kepal penumbuk*
dia bagi contoh upacara batal air sembahyang tu, sebab upacara tu just nak bagitau/tunjuk kat orang ramai yang pasangan pengantin da halal bersentuhan secara sah. bukan dia suruh kita agungkan adat, tinggalkan agama.

boleh si butthurt kata jangan campurkan adat dengan agama.
toinggg.. sapa yang xpaham sapa ni sebenarnya.
kesian orang yang butthurt tu. berilmiah sangatlah komen anda.
sampai aku rasa nak tebuk dinding, dok dalam tu n simen balik kasi putus hubungan dengan orang2 macam kau. *geleng*
itu la.. nak komen, jangan ikut perasaan.
kau nak mengajar orang + share ilmu tapi kau emo.
sengal dowh.

kalau xtau, buat kajian. kaji. mengaji. belajar.
kalau kau da tau, tapi nak lebih konpom, tanya.
tanya sapa yang patut.
if korang boleh campur adukkan antara mazhab or kena berpegang pada 1 mazhab saja.
berpegang la kepada sesuatu yang paling baik.
bukan mana paling senang, itu yang kau follow.
susah beb kalau macam tu, susah.

macam biasa, aku kan rajin nak cari kat islamgrid. [aku da mention banyak kali, jangan tanya link lagi]
so, aku print screen tepek sini.
malas nak taip satu2.





kalau ada yang xtau, tanya la ustaz2 yang berkelayakan.
bukan assume ikut sukahati., macam aku kata tadi, ikut logik akal.
banyak betul akal yang nak kena ikut dalam dunia ni.
1 kampung aku je da ada setatuspatplohlapan akal.
haaa.. susah kan? :Þ

bak kata jejaka terhangat yang aku oter sikit; ilmu kena d cari.
xde nya ilmu tu nak datang bergolek masa kau tengah dating.
paham?



notacintaik: kredit untuk kak sumijelly untuk entry & komen2 yang begitu membantu.

4 comments:

  1. aq komen ni tak batal kan..

    ko ni kdg2 mcm ustazah lah plak!

    *senyum*

    ReplyDelete
  2. yg aku blajar la kan... jap.. ko jgn wat muke tenuk aku nak komen ni..haha.. smbung.. yg aku blaja la kan, wuduk yg tak batal tu ble laki pmpuan tu smpi ke akhir hayat xbrubah hbngannye cam ank pmpuan ngan bapak, abg ngan adik.. mahram la sbg citer. laki bini kang gaduh kang tercerai da xde hbgn.. so kire hbgn tu xkekal..

    sekian dr aku ustzah pilihan..HAHAA

    ReplyDelete
  3. @Uchi kay-f @hmad: guna keybod kau kan? kalau guna keybod aku batal la sbb lappy aku betina. hikhik..

    ReplyDelete
  4. @sUe UnniE;): a'ah mcm pic ke-2 tu. yg xbatal tu, hubungan yang selama2nya haram berkahwin.

    macam ex-bapak tiri kau, ex-bapak mertua selain drpd abg, bapak, pakcik n atuk.

    ReplyDelete

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails