..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Thursday, December 15, 2011

Please, Put Urself In My Shoes.

kadang2 aku rasa malas gila nak komen FB sedara mara.
tak banyak pun dalam list aku.
ada la 4-5 orang. je. diulangi, JE.
aku malas nak add ramai2.
susah aku nak mencarut. kahkahkah.
yang aku rasa selamat nak komen pun, 2 pupu aku belah mak aku.
yang mana mak aku sepupu mak dia.
ni pun sebab kitorang dulu 1 sekolah, 1 tingkatan.
kalau tak, mungkin jugak aku tak add. kah!

bukanlah nak menyombong dengan sedara mara, aku cuma malas.
cukup2 la kita jumpa kat alam nyata, tak perlu sangat la kat alam maya.
lain la kawan2. memang jarang jumpa.
masing2 dah duduk bersepah sana sini.
kalau sedara mara, raya ke, kenduri ke, konpom jumpa.

lagipun, masalah family aku ni banyak sangat.
malas la aku nak baca ke, apa ke.
kang kalau tak baca, tak komen, kata kita ni tak concern pulak.
padahal malas nak kecoh kat FB.
benda2 family matter ni boleh je call, text, mms. kan.

okeh. itu mukadimah untuk entry kali ni.
kita teruskan dengan intipati.

so, 4-5 orang sepupu yang aku add tu, adalah yang ter-rapat sekali.
yang yang kenal dari kecik, atau sebaya, tapi yang pasti raya mesti konvoi sama2.
rapat. itu motif aku add.

so, baru2 ni one of them bersalin.
am so happy for her.
tapi ada masalah. aku bermasalah.
yang aku rasa aku tak tahu sampai bila aku oleh tahan.

aku dapat tahu dia bersalin pun 2-3 hari lepas kejadian.
dia upload gambar kat FB baru aku tahu.so, aku komen "bila bersalin?" sebagai mukadimah sebelum cakap congrats.
dia jawab "** disember aritu. aku dah 2, kau bila lagi?"

soalan biasa biasa. common question yang aku kena jawab with common answer.
"rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan".
what do u [korang] expect?
apa lagi aku kena jawab?

selalu kalau time bergurau2, jawapan aku, aku selalu petik 1 tarikh.
then orang akan cakap "bulan ni ke?"
jawapan aku, aku akan petik 1 bulan yang paling dekat dengan current date.
orang akan tanya lagi "tahun ni ke?"
dan jawapan aku, aku akan jawap "tak. tahunnya belum tahu lagi".
dan terburai la ketawa dari semua orang yang mendengar.

tapi itu kalau sekali sekala ditanya.
contoh macam pertemuan di hari raya, kenduri, atau apa2 function lain.
tapi dah kalau setahun boleh kata lapanblas kali tanya [sebab banyak kali jumpa], aku tak mampu nak jawab sebegitu.
tak mampu nak ulang benda yang sama yang mungkin mereka sendiri taknak dengar.
mana ada hati lagi nak bergurau2 kalau dah itu aja yang ditanya.

apalah salahnya bila aku tanya "bila bersalin", dijawab dengan "3 hari lepas. kau baru tahu ke?" atau yang lain2 yang lebih menarik.
boleh la aku wish congrats lepas tu dengan hati yang tenang.
boleh la aku cakap "nanti aku pos present" atau apa2 perkara menarik yang lain. *sigh*

sapa yang taknak kawen? sapa yang taknak ada anak?
semua perempuan nak. oh, maybe jennifer aniston taknak anak.
tapi itu perempuan mental macam dia. aku tidak.
aku nak kawen, nak ada anak, nak ada keluarga sendiri.
tapi sabar la.. bagi kami sikit masa lagi.
kami sedang berusaha.
kami bukan orang senang macam kamu.
mak bapak kami orang susah, bukan mak bapak kamu.
jangan la sampai kami nikah je takde buat majlis.
kang kamu kata apa pulak.
bukan kamu je, sedara mara lain, kawan2, orang kampung kata apa nanti.

walaupun itu yang aku nak. tapi sebab aku anak sulung, aku taknak orang kata negatif2 kenapa tak buat majlis sebab kahwin sulung biasanya akan ada majlis.
bapak aku sendiri kata tak salah tak buat majlis tapi risaukan 'kata2' orang lain tu yang membuatkan kena jugak ada majlis.
aku kalau boleh taknak adegan tepung tawar, en. boxfren pulak taknak bersanding.
tapi bila aku pikri2, kena jugak bersanding.
bukan nak menunjuk laki, tapi, makcik2 aku for sure nak tepung tawar, nak bergambar segala.

tapi itu bukan masalah besar.
langsung bukan masalah sebenarnya.
yang menjadi masalahnya, aku menyampah bila orang tanya bila nak kawen.
kalau yang tanya setahun sekali takpe. siriyes takpe.
aku rela hati jawab.
tapi kalau jenis kat luar menanya, kat FB pun menanya, aku stress.
aku tahu, diorang concern, but please... do put urself in my shoes.
oh ye, mungkin tak sesuai sebab kaki aku saiz cinderella, saiz 7.
okeh, what if aku kawen besok tapi tak dapat2 jugak anak? how?
takkan masa tu nak cakap "aku dah 5, kau bila lagi"??

stress dowh aku!!
things not gonna be the way we want it to be.
kita dah rancang kot, cuma belum terlaksana.
please la paham perasaan kitorang.
please la wehhhhhhhhhh!

aih, meroyan tak tentu pasal pun masalah jugak.
kenalan2 aku yang lebih tua dari aku [30-an] pun tak kecoh macam aku yang baru 27.
aku rasa malu kat diorang.
sebab aku rasa diorang lebih stress dari aku. lebih lama stress dari aku.
jadi, aku mohon.
jangan biar aku tersepit macam ni.
let it be. Allah swt dah tentukan untuk aku.
ada jodoh tak ke mana. InsyaAllah.



notacintaik: apa gila caca marba wording aku. bersepah2. bercampur baur. sorry, aku stress.

8 juta orang suka merepek:

  1. setuju dgn ko ...bagi saya biarkan dunia maya ade limit dia begitu jugak dgn dunia nyata...

    ReplyDelete
  2. salam cik marina.. u know what, aku paham sangat dan aku pernah duk tempat kasut ko wpun aku saiz 9 kan..hahah (xde kaitan) Tang add fb yang sedara mara tu aku super setuju (wei makcik aku pun add aku ko... mula2 approve then unfriend sbb approve dia tau, unfriend dia tak tau).. Sangat super stress kalo soalan yg sama di tanya kat aku.. tp ni cara aku la kot2 ko nak ikut atau x nk suka hati la. kdg2 kwan2 lame yang xjumpa then bila add fb pastu tegur,soalan prtama -dah kawin blom (masa tu profile pic dia gambar dia sanding yang 4 tahun lepas - masih tak tukar2) Aku jawab macam ko gak jodoh ajal tangan tuhan kan.. pastu jawapan dia pun cam tu gak, aku dah 2 ko bila lagi, ko dah semakin tua bla bla..(nada ejek) so nak senang jawab je mcm ni - kalo ada 2 ke 3 ke kalau Tuhan nak amik sekelip mata je ko ilang.. so jangan berlagak sngat dengan anugerah Allah tu..
    Aku pernah gak kalo sedara mara yang asyik bz body tanya pasal aku (padahal anak2 dia bercerai berai) aku akan jawab.. aku tak suka pompuan (ko ckp la sebaliknya)
    -terdiam ko makcik aku.. padan muka. Skrg ni bila dah status tunang, sedara2 aku bsing tanya bila nak langsung pulak. eeiii

    btw aku rasa aku lagi senior dari ko, kan? ko muda lagi larhhhh

    (sori terpanjang pulak komen aku, Bukan apa aku menyampah dengan puak2 camni, org yang xkawin lagi mesti tak tanya soalan camtu.. ni sah2 org dah ada sorang anak. kalo dah kawin xde anak pun jarang tanya... anak sorang baru umor 2 3 tahun tak dikira berjaya lagi oiii)

    ReplyDelete
  3. @Uchi kay-f @hmad: yup. everything kena ada limit. bahkan nak ketawa pun kena ada limit. sebab ketawa berlebihan boleh menyebabkan bodoh.

    ReplyDelete
  4. @Mr M: Salam Mr M.

    kebanyakan orang yg da kawen baca entry aku dia akan kata "entry biasa para andartu xlaku".
    hahaha. sikit pun aku tak kisah.
    sebab jodoh aku bukan kat tangan diorang.
    senangnya macam ni la, jangan senang nak mengata org, nanti balik kat diri sendiri.
    kot bukan diri sendiri mungkin kat anak atau sebagainya.
    ini bukan sumpahan, ini nasehatttttt.
    kikiki..

    2-3 tahun lepas aku ada baca 1 research lelaki malaysia.
    soalan [lebih kurang mcm ni]: kenapa bila kawen mesti nak anak cepat.

    percentage paling tinggi pilih: nak tunjuk kelelakian
    boleh??? padahal bila ada anak kan sbb nak lahirkan zuriat/waris.

    entah la. ak langsung xjaki dengan org2 da kawen. tp kenapa org da kawen nak jugak show off. kenapa? sbb dioang rs da lengkap?
    aku da pernah buat entry dulu pasal ni.
    pasal ada sepupu2 aku yg xboleh pregnant. so, apa la perasaan diorang kalau aku mengadu hal ni kat diorang. lagi la diorang kecik ati kan?

    entah la. pada aku, bersyukur la dengan apa yg kita ada. kita berjaya, kita xberjaya, kita kaya, kita xkaya, bersyukur. jgn nak banding2 kan diri dgn org lain.
    takdir kita punya masing2.

    ReplyDelete
  5. salam tuan pnya blog..bg sy pula skang ni pentingkan kualiti bukan kuantiti...biar mereka2 plak yg berpikir...:)

    ReplyDelete
  6. @ery D cat: aku kena pikirkan jawapan baru untuk balik kampugn akan datang. jawapan2 aku dah tak menjadi.

    ReplyDelete
  7. aku taknak duk dalam kasut ko. bau doe.

    alah..ko jgn kawen lagi nnti aku takde geng..hahaha

    ReplyDelete

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails