..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Monday, February 28, 2011

Tips #2: Reduce, Reuse, Recycle - Barangan Plastik Yang Selamat Diguna Semula

da lama aku nak buat entry pasal ni..
tapi sebab entry2 berilmu macam ni kena fokus n concentrate maka baru arini aku mampu mengarang..
tiba2 pulak pagi tadi ternampak iklan KeTTHA kat tv pasal Reduce, Reuse, Recycle ni maka aku amek tajuk ni supaya membangkitkan kempen yang diorang anjurkan sekarang..

tips kali ni nak cakap pasal penggunaan semula barang2 plastik yang boleh d guna tanpa perlu membuang..
bila xperlu buang, maka kita akan guna semula tanpa perlu membeli baru..
so, Reduce, Reuse, Recycle tu dapat d buat dalam masa yang sama..

aku nak cakap pasal penggunaan barang2 plastik untuk makanan/minuman..
mana barang2 yang selamat dan yang xselamat untuk d guna semula..
aku da search 2-3 hari lepas pasal info ni tapi xjumpa..
aku buat topic ni masa Public Speaking dulu maka aku apply la kat sini share sama2 dengan korang..
info yang aku dapat dari buku2 nota memang khas untuk public speaking tapi sori la sangat2 sebab buku tu kat kampung so, xleh nak show off details sangat..

untuk pengetahuan, barang2 makanan yang didatangkan dengan plastik adakalanya selamat d gunakan semula dan ada yang xselamat..
untuk barangan harian macam botol plastik, cawan plastik atau apa2 je yang plastik, d klasifikasikan mengikut gred.. [alamak, gred ke?]
kira macam gred la..
boleh check sendiri oleh pengguna [korang] dengan memeriksa bahagian bawah barang tersebut..
ada tanda segitiga recycle [macam ni  ] n tengah2 ada tulis grednya..

gred ni d kategorikan 1-10 kalau xsilap aku la [sori aku lupa sikit antara 1-5 atau 1-10 camtu la].
gred 1-4 :  xberapa selamat d guna semula.
gred 5-10 : bermaksud barangan plastik tu boleh n selamat d gunakan semula.
jadi, kalau korang nampak botol/cawan plastik yang gred 5 atau lebih, jangan buang tapi basuh, simpan n guna semula bila2 masa yang sepatutnya..
dapat gred kurang dari 5 pulak, boleh hantar/jual untuk recycle..

kenapa gred 1-4 xselamat?
sebab barangan plastik tu kalau d gunakan semula terdapat 1 bahan yang keluar, macam mencair la, then meresap/mencemar kat makanan korang yang bakal korang mentekedarah nanti..
bahan tersebut merbahaya [ke berbahaya?] untuk kesihatan la..
boleh dapat kanser atau penyakit2 berbahaya lain..

aku kasi contoh barang2 yang selamat n xselamat okeh..
pastu korang g la check kat dapur masing2..









sebenarnya, para taperwear [read: tupperware] xpayah la nak check sangat..
sebab diorang xbodoh la nak buat bekas makanan guna gred rendah..
kang kena saman pulak kan..
lagipun untuk ketahanan taperwear tu sendiri..
untuk makluman, polisterina a.k.a polisterin xselamat d guna semula okeh..
so kalau tapau apa2 guna polisterin, xpayah la guna semula untuk makanan lepas tu ek. [kalau boleh jangan guna langsung polisterin, bahaya!]
tapi kalau xnak buang [da kata nak recycle sangat] boleh la buat letak sudu ke, tempat semai benih ke..
[aku rasa xde yang gatal simpan menda ni]

untuk barang plastik gredding 1-4 tu, xpayah jual/recycle pon xpe..
boleh guna buat bunga ke [kretif], buat tempat stationary ke [kreatif], bekas asah pensel ke [kreatif] atau buat senduk nasik ke [xkreatif].
asalkan jangan guna untuk makanan okeh.

sori la entry ni xberapa nak details sebab aku search online xjumpa.
ataupun aku yang bangang xtau nak guna keyword apa.. teehee..
apepon aku harap dapat la memberi ilmu kat korang.
kalau ada sesapa yang tau maklumat lanjut, sila betulkan apa yang aku salah okeh.
tengs..



ikhlas dari aku yang bangang.
sekian.



notacintaik: da tau xde details lengkap pon nak buat entry jugak.. pffftt.. -.-"

Sunday, February 27, 2011

Bila Sakit...

ini demam aku yang kedua untuk bulan Februari ni..
mungkin sebab aritu xde antibiotik, maka aku cepat sakit semula..
xtau apa sebab demam arini..
mengejut sangat..

mungkin sebab kena gerimis malam tadi..
ataupon set chicken chop tu masin sangat..
perut bergelodak sebab da masuk angin kot..
aku muntah sikit sebelum balik..

bangun pagi sakit perut sangat2..
badan menggigil sejuk kena kipas walhal da pukul 11am dan berselimut tebal..
adoiii.. macam mana nak kerja petang ni.. :(

mungkin jugak demam sebab xcukup kasih sayang..
nak balik kampungggggggg....
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... :'(

bukan kampung aku..

percubaan..

Ini entry percubaan..
Xperlu buka atau baca.
Tengs..

Saturday, February 26, 2011

Owh.. Rupanya Kau Pon Bosan Tahap Gaban?

rupanya si eiffel camtaek pon boring tahap gaban lalu mengajak aku mengeluarkan diri..
tapi malang sebab dia xdapat nak pikap aku sebab dia xtau jalan..
aku pulak bukan la jenis manja nak berpikap2 bagai tapi kat sini sudah mau hujan..
memang belum hujan tapi aku mau mandi lagi, solek lagi, musti xsempat..
aku pulak cuma ada belalang turbo, belum mampu beli alphard mahupon estima aeras.

ini bukan aku tipu okeh..
semalam macam ni jugak, kejap je da mendung, pastu tiba2 je hujan!
jadi aku terpaksa membatalkan niat untuk jumpa kawan aku kat putrajaya..
adoiii..
jadi, sebelum aku membatalkan dan memusnahkan harapan tulus murni kau eiffel, baik kita plan lain esok k..
ko makan jela bosan ko tu kunyah2, telan..
sebab aku sedang membuat perkara yang sama..
sobs sobs...



notacintaik: xpaham2 lagi ke wahai rakan2 sekalian? maksud tersirat aku ialah, sila datang sampai lapanbelaskali setiap jam supaya nuff aku banyak, boleh beli alphard.. kuikuikui..

Otak Jem Apa Yang Patut Dilakukan?

da 2 entry aku tulis arini..
aku rasa palotak aku xmenjana ayat dengan sempurna la..
ada je aku rasa macam xbes..
last2 aku tekan save pastu tekan X..
stressnya aku...
apsal xrasa nak publish ni...
adoiii...
tolonggggggggggggg...
tolongggggggggggggg...

boring tapi xleh nak buat entry..
padahal entry da 99% siap..
apa kena ni weh??????

oh, mungkin sebab skandel aku sedang menikmati angin laut maka aku rasa d abaikan.
hahahahahaaa...
bahabi yu!

Friday, February 25, 2011

Henset Apa Yang Sesuai Dengan Keperibadian Korang?

nampak x petak biru sebelah kanan ni?
ha.. itu la kotak yang aku da sediakan untuk korang ujibakat check henset apa yang sesuai dengan jiwa raga korang..

kotak biru ini yang aku sebut2 tadi..

isikan nama kat blank box tu then click next.

select your personality. aku suka trouble maker tapi yang ada problem solver je. xpe, aku pilih itu..

tunggu 18jam sekejap..

taddaaaa.. henset yang sesuai untuk aku.. tapi, mampukah?

klik 'Click Here' untuk lebih maklumat tentang promo Celcom kali ini..

Keyword Sepanjang Zaman..

klik untuk tumbesaran..















aku x buat hari2 pon..
bila teringat/keyword best2 je aku capture..
selakar la tengok..
macam xde mende lain nak search..

Follow Unfollow

siapa gerangan yang unfollow aku baru sekejapan tadi?
aku mengucapkan berbanyak terima kasih sebab sudi follow aku sebelum ni..
mungkin ko kecewa sebab aku xmain game 'i follow u, u follow i'..
mungkin jugak blog ni xmemaparkan bontot buat beberapa lama..
mungkin jugak sebab aku banyak memaki..
atau mungkins sebab cerita pasal en. boxfren je.. [tula, aku da kata kalau citer pasal ko mesti follower aku lari, ko xcaya..]
tapi percaya la, kalau blog korang bes, aku akan follow balik..
tapi xpe, aku sendiri pernah meng-unfollow beberapa blog yang memula aku rasa bes lepas tu rasa xbes..
[blog aku xbes?  ada aku kesah??]
mungkin d masa depan blog tu da bes balik, aku follow balik jugak..

tapi, no heart feeling, mungkin esok/lusa aku nak hide followers tab ni..
sebab aku rasa segan..
blog merepek tah hapa2, sapa la yang follow tu mungkin rasa sesia..
jadi sebelum anda rasa malu jadi followers aku, baik aku hide xpayah kasi orang tengok kan. kan.

oh, tetiba aku termengantuk pulak sebab rasa xde idea nak tulis apa..
tidur la..
bai..

Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulillah...

maafkan aku sebab blog aku ni jarang2 betul bab2 mengucap, memberi salam, apatah lagi bersyukur..
aku kata jarang okeh, bukan xde langsung..

aku memang saja je xnak selalu2 sebut sebab macam janggal..
atas bagi salam tapi bawah kang babi2, wahdehel, dem bagai..
xsesuai..
elok la kiranya aku bagi salam bila korang telefon aku mahupon sms sahaja..
[rasanya xde jugak..]

apapun, aku bersyukur sangat2 arini sebab masalah minggu yang sudah, kini beransur selesai..
belum selesai semua tapi 1/3 sudah selesai sekurang2 nya aku da boleh tarik nafas lega sikit..
Alhamdullillah... walaupun baru sikit yang selesai, aku terasa ada ruang untuk aku bernafas, untuk bergolek2, untuk bergerak bebas tanpa palotak d selubungi masalah..
kalau x, makan xboleh, berak xboleh, mandi xboleh [aku suka ni!], kerja pon xboleh..
runsing!
tapi arini da okeh la sikit sebab semalam setel sikit..
itu la yang aku katakan aku ni memang bergantung pada masa je kalau buntu sangat..
nak runsing2 pon watpe da memang xde jalan penyelesaian kan..
arini nak ceria2 je.. [ewah ko, macam sebelum2 ni xceria]

pastu en. boxfren sms kata nak makan kepsi..
sajak sangat la tu..
boleh la rasa macam henjoy2 sikit..
masalah baru setel sikit da nak berhenjoy..
henjoy kejadahnya cik bedah..
makan kepsi je pon.. xkan jeles..
tapi en. boxfren ni memang bahabi kuajaq tau..
stress aku....


sms: rasa nak makan kepsi la.. jom yang.. ko belanja? ok...


aku baru nak hepi2 tetiba rasa nak hantuk2 kepala kat dinding..
boleh?  -.-"

Isteri Tokak Suami..

pagi ni aku baca paper online pasal bini cemburu laki dia pastu tokak laki dia dengan pisau..
tapi bukan pasal tu aku nak cerita kat sini sebab korang boleh baca sendiri online..
tapi apa yang aku nak hebohkan kat sini ialah pasal percanggahan antara paper..
yang itu tulis lain, yang ini tulis lain..

sebelum ni aku sedia maklum antara paper2 ni memang ada percanggahan berita..
xtau nak salahkan sapa, reporter ke, editor ke apa ke..
tapi aku rasa salah reporter la, sebab dia yang cari berita n ada kat tempat kejadian..
editor mana tau, dia check salah eja, penggunaan bahasa yang salah etc, etc, bukan dia ikut pergi tempat kejadian kan..

sebelum ni ramai yang cakap utusan punya berita xleh percaya..
tu aku no komen la sebab aku xbaca sangat utusan.. [besar, payah nak pegang. boleh?]
tapi aku sendiri nampak dengan mata kepala sendiri percanggahan antara Metro n Kosmo 1 ketika dulu..
yang mana masa tu kejadian berlaku dekat kawasan tanah tumpah darah aku, so aku sedar la mana yang betul n mana yang xbetul..
tapi aku lilek lagi la sebab salah sikit je jadi aku anggap je la reporter tu xbelajar geografi malaysia ni..
[tapi dia patut guna google untuk cari yang sebenar2 nya atau tanya je orang2 setempat]
lepas daripada tu aku tetap baca paper tu tapi nak percaya 100% tu idak ler sebab teman idak ler bodoh..

then berita tentang bini tokak laki ni pon percanggahan jugak..
boleh baca d kosmo atau bharian..
korang nilaikan sendiri..
yang mana lebih d terima oleh palotak n yang mana rasa macamm reporter ni buat kerja sambil lewa je..
ini baru berita kecik2 masyarakat setempat..
macam mana pulak dengan berita besar2 macam politik ke, ekonomi ke, keselamatan pelajar d Mesir ke..
cer cite, cer cite...



notacintaik: sebab berita xtelly, aku jarang baca paper.. ni pon kebetulan membaca info-gallery so aku google untuk baca dari paper2 lain..

Lif Rosak Lagi Ada..

ada sesiapa buat projek dalam lif ke sampai tiap2 minggu nak rosak ni?
dem la yu..
buat la projek dalam rumah, buat apa dalam lif yang sempit lagi busuk tu?
euwhhhh..

baiklah, mari kita lihat apa komen en. boxfren bila dapat tau lif rosak lagi..
sokongan moral macam aritu? - salah
marah lif? - salah [jangan harap! silap2 aku yang kena marah]
gelakkan aku? - salah [berani la dia kalau nak kena lempang meh la gelak]
amboiii.. semua salah semenggah..
abes tu apa?
membangga diri? riak? takbur?







PERAHSAN!

Tuesday, February 22, 2011

Untuk Para Lelaki Bujang..

perbualan kat kedai makan semasa melantak bersama2 en. boxfren..


A = Aku, B = Boxfren


B: aku nak hantaran nanti HTC Desire HD, simpack baru kelengkapan internet, housing baru.. jumlah 3 dulang je..
A: aku rasa macam terbalik la kat sini.. sapa yang pompuan ni..
B: ala.. kan sekali je, bukan boleh dapat berkali2..
A: aku kawen dengan orang lain kanggggg... [sambil buat muka berlagak]
B: ............... [cegil2 mata kat aku]

eleee... dia kan, konfiden je xde sapa nak kat aku..
macam dia sorang laku, aku xlaku..

so, ni attention [baca: pengumuman] kepada para lelaki bujang..
sapa yang memang bujang atau agak2 masih bujang, sila emelkan slip terbaharu 3 bulan berturut2, statement bank terbaharu bersama2 salinan IC, geran kereta dan harta2 lain yang mempunyai dokumen..
yang xde semua tu, akan d pertimbangkan.
[nak buktikan kat dia aku boleh pinang dapat lelaki lain.. err.. maksud aku dapat lelaki lain..]

sekian, terima kasih.

Benda Yang Sama Tapi Tak Serupa..

aku tengah sakit kepala ni..
bukan migrain, bukan xcukup tidor, bukan sebab banyak pikir, bukan pembawakan budak..
kejadah pembawakan budak?
dem yu..

aku pasti sepasti-pastinya [bukan tadika PASTI] yang aku xboleh minum nescafe balik..
apsal aku kata 'balik'?
sebab dulu2 masa studi memang aku xboleh minum nescafe.. pening!
walhal pada masa tu nescafe adalah kegilaan kanak2 rakan2 sebab menjadi salah 1 medium menahan mata untuk siapkan esaimen..
tapi aku tidak..
bau nescafe pon xboleh apatah lagi minum..
tapi nescafe 'o' boleh la pulak..
xmendatangkan apa efek sakit pada kepala..
lilek je boleh siapkan esaimen mahupun homework matematik..

tapi once upon a time, kedai tomyam bawah umah aku masa tu buat nescafe xpakai jenama nescafe tapi pakai indocafe..
terus ngam! terus selang sehari mau minum..
tapi aku ni kebal..
minum la nescafe macam mana pon aku tetap boleh tidur, xjalannnn okeh guna nescafe untuk stay-up..
mungkin sebab aku sakit kepala lepas minum maka aku masuk tidur?

tapi lain guna indocafe, aku rasa macam..
aku rasa macam hyperaktif xboleh tidur rasa nak keluar jalan2 even da pukul 3am..
tapi aku xde la keluar jalan2 time2 cenggitu..
giler apa.. aku kan penakut..

tapi aku discover aku boleh minum nescafe [jenama nescafe bukan indocafe] sejak2 da kerja, lepas study ni..
pemikiran aku berkata "mungkin kau baru mencapaki tahap akil baligh.. tahniah!"..
jadi aku rasa happy sebab orang lain da baligh sejak sekolah, aku baru nak merasa..
tapi sebab nescafe sinonim sebagai medium menahan mengantuk maka aku xde la selalu meminum walaupun agak peghak..
agak2 la, xkan la hari2 aku nak minum kan..
cafein ni weh..
ketagih kang sesia je..
so, bila time mengantuk je, aku balun menda ni..
mengantuk je balun menda ni..
tapi xberapa nak applicable sangat sebab aku kebal..
sebab mata aku mengamalkan motto "mengantuk ubatnya tidur bukan nescafe"..
tapi xpe sebab saikologi memainkan peranan d situ..

tapiiiii... semenjak 2menjak kebelakangan ni..
aku mendapati bahawasanya setiap kali aku minum nescafe kepala aku menjadi wenggg, pening2, mata pinar2..
"kimakk.." makian aku dalam hati..
celah mana nak dapatkan indocafe sumber hyperaktifku itu d cafe2 pejabat yang mana 99.99 % pekedai d malaysia ni guna nescafe bukan indocafe..
sajak betul la..
[selama ni memang xde sebab rajin pulak aku nak membuat?]
lepas ni memang kena la aku menyediakan stok indocafe kat opis..
susu pekat manis juga..
lebih sajak jika biskut lemak manis turut d sediakan sebagai bahan pencicah..
dem yu..

Pakcik Menang Motor, Aku Menang Kereta.. Yayyyy!!



kalau pakcik menang motor, aku menang kereta!
yayyyyy!
aku menangggggg!
ucapan dari orang menang:

"pakcik, saya harap pakcik xjeles dengan saya sebab saya menang kereta.." [giler riak!]


yayyyyyyy!!!!! [rambu2 confetti turun dari atas]
xsangka la aku yang selama ni xpenah bertuah tetiba bertuah cenggini rupa..
[tampar diri sendiri sebab xpercaya..]
sebenarnya bukan menang kereta tapi menang cash!
tapi menang daripada kampeni kereta ternama.. [sapa xkenal, aku cungkil mata kang..]
n aku pon memang nak beli kereta bayar cash dengan duit tu..
so, maksudnya aku menang kereta la kan? kan? [sila angguk kepala]

masuk contest petronas dengan shell pon xdapat kereta..
selalu kalau dapat tempat saguhati pon, aku cuma dapat mangkuk taperwear ataupun jam dinding.. sadis..
xpenah la dapat tv ke, jam tangan rolex ke, laptop ke, dapat bekalan stok selama setahun ke kan..
tup2 dapat cash.. giler best!!!
sila la jeles kawan2..







sila ucap 'tahniah' kat aku.




notacintaik: oh dem.. aku lupa tulis pic source.. dangg!

pic courtesy: google

Monday, February 21, 2011

Penangan Sambal Belacan..

tadi makan kat cafe nampak la ada beberapa pelawat [orang luar] tengah tunggu order..
cina.. 4 orang semua tapi xpasti la empat2 tu cina sebab ada sorang xnampak cina sangat..
2 orang lelaki, 2 orang pompuan..
yang lelaki makan nasik berlauk, yang pompuan la yang order2..
order goreng2 waktu peak hour macam ni memang lambat la dapat kan..

lepas dapat apa yang d order, terus dia tanya abang bos selaku cashier tu bahawasanya xde ke sambal belacan kan..
abang bos tu pon tunjuk la tempat sambal belacan sambil puji2 cakap nak jugak ek makan dengan sambal belacan..
sengeh2 je la awek2 cina ni..
sekali aku tengok apa yang diorang order, nasik goreng pataya!
perghhhh... macam peghak je aku xpenah nampak orang cina order natang ni..
tah la.. pada aku macam orang2 cina ni sinonim dengan sup2..
bihun sup ke, mee sup ke, kue teow sup ke..
xterpikir pulak diorang nak order nasik2 cenggini..
siap dengan sambal belacan tuuuu..
kalah aku..

sebenarnya xpelik la benda2 macam ni..
sebab setakat kat kampung halaman aku, asam pedas diorang buat sarapan.. [ko hado?]
kalah aku jugak sebab aku sarapan cok-kodok je.. [jangan tanya ada kodok ke x dalam tu. aku lempang xsesia je..]
xpelik jugak sebab rakyat malaysia kan 1malaysia..
mencekik makan je apa ada depan mata..

aku pun xde la kata pelik just jakun je..
sebab orang cina xberapa tahan pedas, kurang makan cili..
tapi sebenarnya nasik lemak pon diorang makan siap mintak sambal lebih lagi..
kalah lagi aku..
tapi bab2 sambal belacan aku macammm oh korang pon tergila2kannya jugak ek..
benda2 ni macam rare la kan..
[oh, tahap jakun aku sungguh berleluasa..]
bukan senang nak jumpa peristiwa2 cenggini weh..
tapi kalau kat kampung halaman aku, selambeh je orang2 cina ni cakap jawa.. [kalah lagi aku.. -.-" ]
tu patutnya lebih menterujakan daripada sambal belacan, ye x?

tapi tula, kadang2 berbelah bahagi perasaan..
kadang2 nak teruja, kadang2 rasa bodoh giler tu pon nak teruja..
tula, da kata aritu aku ada personality disorder, korang xcaya.. [aku rasa lebih kepada mental disorder!]
kejap nak cenggitu, kejap xnak..
kejap nak cenggini, kejap xnak..
kalau dok diam2 boleh x?
[rasanya x sebab orang order makanan pon boleh jadi topik..]

baiklah, apa sebenarnya motip entry ni sampai masuk sambal belacan la, asam pedas la bagai tapi last2 masuk pasal diri sendiri having mental disorder ni?
pening la nak baca kejap isu itu tetiba jadi isu ini..
sebenarnya.. err.. sebenarnya..
sebenarnya saya nak kata saya xracist.. boleh?



notacintaik: kepada yang menghantar massage message melalui ym aku, ketahui la bahawa aku sedang pakai enset murah maka aku xnampak la apa bebelan korang tu.. sila anta lagi lepas kul 5 okeh. babi. eh, babai.

Sunday, February 20, 2011

Plagiarism, Imitate, Copy Paste Tanpa Kebenaran Bukan Amalan Mulia..

 source: google

woi! woi! sapa yang berani buat onar ni??
nak kena babab lempang ke??

oh, ganas nya intro..
tapi maaf la ye kengkawan, tekaan korang salah..
bukan blog aku yang kena plagiat tapi blog kawan aku telordibasuh.blogspot.com
blog aku sapa nak plagiat?
da la merepek, info serabai bersepah2..
eh, ada ke info?
wakakakaaa...

ekceli, aku la yang jumpa blog yang plagiat2 blog si telor ni..
da 2-3 hari aku jumpa tapi asek lupa jek nak info dia..
adoiyaii.. banyak makan semut nih!

okeh, sebelum aku show-off sapa yang plagiat member aku ni, aku nak kasi la sepatah dua kata kepada blogger2 d luar sana..
andai kata la korang nak guna gambar or wording or quote dari sesuatu blog tu, sila la mintak kebenaran..
kalau rasa lambat dapat respon bila mintak kebenaran, sila letak kredit kat entry korang tu so xde la d kata plagiat atau curik..
aku pon banyak jek guna gambar2 dari blog tah sapa2 tapi at least aku tulis situ sumber google..
sebab memang betul google yang kasi bila aku search tu..

benda2 plagiat ni memang berleluasa la sebab kadang2 xde letak watermark..
xletak watermark sebab bukan 100% dia yang punya kan..
dia just tepek je..
tapi plagiat dalam kes ni means that he'd copying 100% from picture to word to spelling.. [baiklah nak jugak guna english walaupun hancus!]
tah hapa2...
ni bukan main2 k..
blog en. telor kasi info pe sume..
blog aku kalau kena plagiat, aku bangga..
wahkahakah!

baiklah, here we go!!
[klik utk tumbesaran okeh!]


VS



1. http://telordibasuh.blogspot.com/2010/06/dipaksa-berak-haha.html vs http://helloder.blogspot.com/2011/01/dipaksa-berak-haha.html   




2. http://telordibasuh.blogspot.com/2010/05/body-penuh-dengan-tatu.html vs http://helloder.blogspot.com/2011/01/body-penuh-dengan-tatu.html 




3. http://telordibasuh.blogspot.com/2010/07/bapak-durjana-hehe.html vs http://helloder.blogspot.com/2011/01/bapak-durjana-hehe.html




4. http://telordibasuh.blogspot.com/2010/04/mangsa-kene-bogel.html vs http://helloder.blogspot.com/2011/01/mangsa-kene-bogel.html 





5. http://telordibasuh.blogspot.com/2010/07/wajah-mangsa-rogol-di-tempat-awam.html vs http://helloder.blogspot.com/2011/01/wajah-mangsa-rogol-di-tempat-awam.html



okeh... itu je mampu aku tunjuk..
lain2 nak tengok, sila ke blog en. telor ye..
dia opkos la buat entry ni jugak, da dia punya blog yang pannass!
untuk si plagiat, anda rasa anda selamat?
dem yu!
sila la melawat dia ni okeh..
dia siap xkasi tulis komen, rasa takut kot.. haha..
tapi dia patut berterima kasih kepada aku n en. tolor sebab up kan trafic dia..
wahkahkah..

okeh guys, no plagiat2 okeh..
nak, mintak jangan curik okeh..
babai.



notacintaik: korang, jangan la main2 dengan en. tolor.. korang xtau dia kerja kat mana.. tapi aku tau.. haaa.. ayoo.. xtau..

Saturday, February 19, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - Bukan Review

ada yang kata cerita ni tah hapa2, xlawak langsung, xpatut masuk panggung, watak sama macam cerita zombi kampung pisang [ZKP], cerita bajet murah dan lain2..
okeh, adalah d maklumkan bahawasanya, aku bukanlah peminat tegar cerita melayu..
tapi untuk pengetahuan, aku layan cerita2 lawak macam ni a.k.a xmasuk akal daripada cerita2 cinta la, putus cinta la, kejar cinta la, selamat pagi cinta la..
filem2 macam ni lebih baik d layan berbanding cerita2 cinta layan jiwang seperti d mention d atas..

1st aku nak kata, aku bukan nak carik gaduh, atau nak mempertahankan sapa betul sapa salah..
terpulang la pada diri masing2 sebab minat lain2..
pendapat lain2..
ni pendapat aku bukan korang.. haha..

untuk aku yang xberapa suka cerita melayu, cerita ni adalah mendapat thumbs up daripada aku..
sebab mungkin aku ni peminat setia cerita2 mamat khalid..
sebab pada aku, mamat khalid ni buat lawak ringan xcomplicated, santai, selalu ketengahkan persekitaran kampung, orang melayu, dan ada pengajarannya..

untuk orang2 yang kata "cerita ni tah hapa2, xlawak langsung, xpatut masuk panggung, watak sama macam cerita zambi kampung pisang, cerita bajet murah dan lain2" tu, anda patut layan cerita mamat khalid yang lama2 dulu sebelum tengok HKLBR ni macam cerita Man Laksa atau Rock.
[tapi ada jugak yang aku xminat macam Lang Buana n Estet..]

kenapa pulak nak kata cerita ni tah hapa2 sedangkan pendahuluan, isi penting, climax n penutup da ada.. aku rasa tu da cukup untuk satu2 karangan filem yang baik..

cerita ni bukan cerita lawak.. diorang semua bukan pelawak macam senario atau raja lawak yang nak buat orang ketawa xkering gusi atau sampai keluar air mata.. ini cerita ringan2 santapan keluarga [bukan ringan2 seluk tangan dalam seluar].. yang orang boleh nak paham, even dak tadika pon paham sebab bukan cerita berat melibatkan sejarah atau sains fiction..

watak2 dalam cerita ni sama macam watak dalam cerita ZKP sebab cerita ni menggunakan latarbelakang yang sama iaitu latarbelakang masyarakat yang sama, lokasi yang sama [kampung pisang], pelakon yang sama [pak abu, pak jabit, husin, usop etc].. cuma tambah beberapa watak n matikan beberapa watak lain.. cuba kaji selidik, bandingkan dengan kejadian realiti.. contoh la, macam tempat yang korang dok sekarang ni [lokasi].. dulu mungkin ada kejadian2 macam pencurik bra n spenda ke kan.. so sekarang ada pulak kejadian orang minyak pulak.. payah la cakap cenggini.. aku da siap kan table so korang tengok sendiri la..



DULU
SEKARANG
FILEM [ZKP]
REALITI
FILEM [HKLBR]
REALITI
LOKASI
Kampung Pisang
Rumah Korang
Kampung Pisang
Rumah korang
WATAK
Pak Abu, Pak Jabit, Husin, Usop, Deris Mat Karan
Korang, hausmet/family, kucing, jiran, pencuri
Pak Abu, Pak Jabit, Husin, Usop, Cik Nin, Kak Limah
Korang, hausmet/family, kucing jiran, kakak ipar, orang minyak
KEJADIAN
zomba
Pencuri bra n spenda
Hantu kak limah
Orang minyak
table yang xberapa nak semenggah..

nampak x apa yang aku cuba terangkan kat sini?? [da macam cikgu la pulakkk].. aku nak kasi korang nampak bahawasanya, cerita HKLBR ni adalah kejadian 3 tahun selepas kejadian ZKP.. sebab tu guna watak, lokasi yang sama.. paham x agak2 apa yang aku cuba terangkan? xpe la kalau xpaham sebab aku memang xde bakat jadi cikgu..

pasal bajet pulak, aku xrasa bajetnya murah.. ZKP tu memerlukan bajet yang banyak jugak sebab extra ramai.. bukan tu je, leading dia pon boleh tahan dengan awie, que haidar, ac mizal semua.. macam HKLBR pulak, ada awie lagi.. ingat awie tu murah ke??? ye, aku xnafikan bajet murah sebab xpayah pakai pelagak ngeri yang banyak, xpakai mekap n baju yang vogue2 dan xpakai kereta mahal2 cuma 'wheelchain' dengan basikal tua dengan bajak dengan ambulan serta perebet sapu [ada balairaya tu yang aku tabik!]. tapi filem yang baik xsemestinya perlukan bajet yang mahal.. ye x?

xlayak masuk panggung bukanlah pilihan penonton sebenarnya.. pilihan production la.. kalau duit banyak, boleh la melabur buat filem, kalau xbanyak, buat drama je suda.. cerita merapu pun ada target 40juta inikan pulak cerita mamat khalid.. bukan sikit2 duit nak melabur buat filem.. kalau yang d kata cerita ni filem bajet murah, da lama da cerita ni masuk tv je.. tapi spesifikasi macam mana yang korang nak untuk sesuatu filem tu untuk masuk panggung? kena ada awek lawa2 macam fasha sandha maya karin, lisa surihani, erra fazira ataupun liayana jasmay? ataupun kena ada awek seksi2 tayang lurah, tayang bukit bukau, tayang bohsia? ataupun tayang rempit, tayang penggunaan laptop, tayang ada VIP, ada BMW 5 series baru boleh masuk punggung panggung?

mamat khalid memang suka menggunakan persekitaran ala 70-an 80-an camtu.. sebab tu efek kamera dia bukanlah efek 3D atau berpixel tinggi, suasana cerah dan moden segala.. sound juga bukanlah efek yang boleh gegar jantung.. dia pun xberapa nak mengetengahkan kehidupan zaman sekarang.. tengok je la filem2 dia mana ada yang berkaitan dengan masalah remaja zaman sekarang atau kereta terbaru d pasaran atau cintamu cintaku jua..

mamat khalid ada 1 lagi yang aku perasan sinonim sangat semua filem ringan dia, iaitu pelakon.. pelakon2 dia kebanyakannya dari dulu sampai sekarang orang2 yang sama.. xpercaya? pegi tengok.. dari rock, man laksa, ZKP sampai sekarang HKLBR.. ada jugak yang xberapa nak keluar tv tapi memang otai n bes macam sopi jikan tu haa.. cuma sekarang Almarhum Loloq xde.. sedih!

baiklah.. aku bukan la seorang yang baik dalam pengkomenan sesuatu filem..
dan aku pulak adalah seorang yang aku-sorang-je-betul-orang-lain-salah.. [haha!]
jadi walaupun aku cakap filem ini filem yang bagus, tapi buat haters, diorang tetap xsuka filem ni walaubagaimana panjang lebar aku cerita, kan?
jadi xguna cakap panjang lebar sebab aku bukan pengkritik hebat yang u-can-rely-on.
tapi apa yang aku nak perkatakan ialah, filem ni berjuta2 kali ganda lebih hebat daripada filem-pecah-panggung-40juta mahupun setahun-keluar-14-filem [u know who's that i mention here].. [tapi cerita ratu the movie aku nak g tengok. haha]

[update: kisah benar kak limah klik sini]





notacintaik: punya la lama aku buat entry ni.. start pukul 3 sampai pukul 6 lebih ni ha.. adoiyai.. sila kasi aku credit ye en. mamat khalid.. xpon amek aku untuk cerita HKLBR 2 yang akan start shooting bulan Mac ni, boleh? jadi hang kebun pon hang kebun la.. kehkehkeh..

Friday, February 18, 2011

Rindu Pada Yang Tiada..

[warning: entry ni xpayah d baca.. dan xboleh d komen.. tengkiu.. ]

malam tadi aku teringatkan cabam..
terus nangis..
emo la aku sekarang ni..
yela.. kepala tengah serabut jadi insane kejap la..

kenapa aku ingat cabam?
aku tiba2 teringat malam tadi, masa aku balik bulan berapa tah tu [sebelum raya haji], aku ada pekena kan dia..
orang pekena kucen, boleh?
masa tu aku sampai dalam kul 8/9 AM lebih camtu la..
pastu aku panggil2 la dia dari bawah kan..
adik aku tengah tengok tv masa tu cakap dia tengah tidur..
tempat feveret dia, atas astro..
sebab astro kan panas kan..
nak tido atas tv, tv plak LCD, guano kan?


so, aku panggil je la kasi sedar..
jarak tangga dengan astro bukan jauh..
memula tu dia memang da angkat telinga, konon nak dengar clear betul ke suara aku..
pastu dia bangun tengok sekeliling..
tapi sebab astro tu d sebalik dinding, dia xnampak la aku kat tangga tu..
so, aku malas la nak panggil lagi suara da serak dok terpekik2 dari depan..

lepas en. boxfren blah, aku pon naik..
aku naik je, aku panggil cabam lagi..
terus bangun, lari kat aku mintak dukung..
wah3... tadi punya la aku melalak2 panggil dia bukan nak cari arah suara aku..
pemalas! pentingkan ngantuk daripada aku ek..

rindunyaaaaaaa saat2 camtu..
rindu nak kena terkam oleh kucen kesayangan..
rindu nak berbangga2 dengan adik2 aku sebab cabam mintak dukung dengan aku..
hmmmm..

sebenarnya mula2 cabam bukan kucen aku, tapi kucen adik aku..
kucen aku comok.. bukan tomok..
tomok tu boleh jadikan peliharaan jugak..
bukan kucen tapi anak ikan.
wakakaka..
okeh, ke laut!
[nanti aku citer pasal comok]

cabam ni adik badik comok..
tapi cabam kena kidnap dengan bintat sebab sama kaler dengan anak dia.. [bintat tu kucen aku]
tah hapa2, nampak sangat la dia xbuta kaler.. [sebab dia kidnap 2, dua2 sama kaler dengan anak dia]
lepas tu diorang membesar la macam biasa..
tapi stil cabam xrapat dengan aku sebab 100% tumpuan aku pada comok..
sebab comok kucen aku bukan cabam..

comok memang kucen aku..
kaler dia oren belang2..
dia suka makan timun sebab terikut2 dengan untie cikput dia.. [kucen jugak]
dia la yang tiap2 petang tunggu aku balik semata2 nak makan snack [timun] dia..
kalau aku balik lambat sebab dating ke apa ke kan, macam kucen giler la dia dok ke sana ke mari gelisah aku xbalik2..
ngiau sana, ngiau sini.. siyes!
tapi kadang2 dia terperasaan jugak..
sebab aku ada tercongok tengok tv, dia boleh berkejar ke bawah sebab dengar motor aku..
padahal mak aku yang baru balik dari kedai bawak motor aku..
tah hapa2..
tapi kalau bunyik motor lain, jangan harap la dia nak tunjuk muka..

selalunya, aku belum sempat turun motor, memang dia da tercongok la..
mak aku la yang salu tukang bukak pintu kasi dia keluar.
kalau x, meroyan la dia panjat2 tingkap bagai..
tapi kadang2 tu dia g jalan2 ke kan, lambat sikit, sampai aku da siap parking motor dia xde, memang lepas tu nampak la dia lari dari jauh meluru terus panjat aku..
xmain mintak2 lagi, terus panjat..
punya la meroyan..
sebab tu jeans aku rosak..
bukan takat jeans, kaki, peha, badan aku suma penuh cakar2..
mak aku selalu tukang potong kuku comok..
sebab kesian tengok badan aku yang calar balar..
yang semalam belum baik, arini dapat lagi..
adoiiii..

comok ni memang kucen yang pelik..
letak 2 pinggan depan dia..
1 isi ikan, 1 lagi isi timun..
kat situ korang da boleh nampak pelik..
sebab dia akan pilih timun!
ngek betul..
penah sekali mak aku beli timun tapi lupa nak simpan peti sejuk..
tengok2 da tinggal separuh!
betul2 ngek..

then 1 day, pagi2 buta comok dok kejut aku bangun mintak timun..
padahal bapak aku da kasi..
sebab bapak aku ari2 kasi seblom g kerja iaitu sebelum 6.30am..
tapi aku salu bangun kul 6.45am sebab malas nak rebut bilik air..
kali ni x, 6.30am da kejut aku..
aku pon kata, "jap la comok.. kita ngantuk ni.. lagi 15 menet ek.."
pastu dia boring agaknya, dia blah..

petang tu, bayang dia langsung xnampak masa aku balik kerja!
mak aku kata da xnampak2 lagi dia sejak pagi2 sebelum g kerja..
hilang!
sedih!
nangis!
regret sebab aku xkasi dia timun macam yang dia mintak pagi tu..
kucen pon bagi tanda2 pelik sebelum hilang/mati..
*sigh*

comok hilang 2 bulan lepas boboi beranak d beranakkan..
comok bukan jeles dengan boboi sebab masa tu boboi kecik sangat n aku belum decide nak yang mana 1.. [sebab ada 4 masa tu]
tapi sebenarnya comok jeles dengan cabam!
cabam yang bukan kucen aku masa tu..

kenapa dia jeles?
aku pon xtau la kenapa cabam masa tu..
aku n family xtrain cabam untuk d dukung macam comok..
tapi semenjak 2menjak tu, tiap kali nampak aku, cabam mintak dukung.. [mungkin faktor darah daging]
nak buat macam mana?
comok da memang aku dukung selalu macam baby so memang dia sentiasa berdukung la kan..
da cabam mintak dukung jugak, aku dukung je la..
comok suka dukung sebelah kiri, so dia xkan nak mengalah kasi cabam sebelah kiri..
yang paling teruk, comok langsung xsuka d dukung bersama2 cabam!
gaduh diorang!
calar balar pulak muka aku.. -.-"

so, aku akan suruh cabam mengalah..
aku suruh adik aku dukung cabam even diorang2 ni suka aku je yang dukung bukan orang lain..
sebab hati aku penuh dengan kasih sayang.. eceh!
so, aku berpikir, mungkin comok ingat aku da sayang kat cabam, tu dia lari rumah..
puas la aku cari tapi dia xde jugak..
nangis lagi!
[xpon cabam blackmailed comok sebab tu comok lari.. :P ]

lepas comok lari, adik2 aku marah cabam sebab blackmailed comok.. [konfiden je diorang..]
mula2 cabam merajuk, bila panggil2 xlayan..
so, aku xkasi la adik2 aku marah cabam lagi..
kang xpasal2 cabam pulak yang lari rumah..
yela, kucen pon ada perasaan..
tuduh2 dia, dia merajuk la..

lepas comok xde, officially boboi aku yang punya..
sebab macam aku cakap tadi, cabam bukan kucen aku..
dia kucen adik aku..
tapi paham2 je la budak2 ni..
nak kucen manja gedik tapi malas nak manja2 kan dia..
caner dia nak manja?
betul x?
xtrain dia, xkan menjadi la dia..

cabam pon seekor yang pelik, tapi xbeberapa pelik sangat..
d sebabkan kat umah xde kucen jantan yang lagi tua, maka cabam xreti dalam hal2 mengurat..
tapi jiran aku ada kucen jantan [bapak sebenar boboi], oneng namanya..
dia selalu datang rumah aku..
datang menggatal.. da siap menggatal, dia balik..
so, dari situ la cabam belajar mengurat..
selalu dok nskodeng apa la si oneng ni buat dok bising ngiau2, da la datang xberjemput..

1 hari, oneng ngurat awek yang cabam idam2 kan selama ni.. [BB]
start ni la si cabam ni seekor kucen yang pelik..
sebab hancur musnah harapan dan cinta dia sampai jatuh sakit!
siyes macam orang putus cinta.. [seb bek xbunuh diri]
sakit yang sangat2, sampai da nak nazak..
xmakan, xminum, batuk, selsema, air liur meleleh aje..
kurus giler, bulu tercabut2..
so aku bawak g vet, enjek, abes citer..

masa ni, boboi da besar jugak..
dia pon batuk jangkit cabam..
pastu asek bersin aje..
abes tu da tau cabam sakit yang g dok tidur menempel sebelah dia apekehal kan..
so, ubat cabam tu aku kasi kat boboi n kucen2 lain supaya xde yang batuk2 lagi..
ha, start dari situ la boboi merajuk pulak dengan aku..
dia ingat aku kasi ubat batuk tu sebab aku xsayang dia..
sebab dia xsuka ubat batuk..
ubat batuk kan pedas..
so, menangis2 la dia kalau kena makan ubat batuk..
meleleh2 air mata dia..
dukung dia, pujuk2, terus dia baring kat bahu..
manja!


tapi sebab kasi banyak kali, dia stress kot..
tu dia da xberapa mintak dukung lagi..
tido pon xnak dengan aku da, dengan adik aku je..
xpe la, lantak la..
aku pon xmenang tangan dengan cabam nya sakit la, dia nya la..

so, berbalik semula pasal cabam..
da baik tu dia pon start la praktikkan ilmu mengurat yang dia skodeng dari oneng tu..
maka berjaya la dia menekel BB walaupun BB janda oneng..
hahahaha..
tapi sekali lagi oneng datang mengurat BB..
sekali lagi cabam demam!

stress weh ada kucen sentimental macam ni!
nak lempang kang vandalism plak..
adoiyaiiii..
vet sekali lagi, enjek jugak..
adoiiii...

pelik sungguh la kan kucen sangat2 berperasaan sampai macam tu sekali..
tapi aku pon terkejut jugak sebab aku sanggup bersusah payah demi cabam, kucen adik aku tu..
aku g jabatan veterinar so kena datang opis hour..
sanggup la aku hangkut dia turun naik opis..
seb bek la bos aku jarang datang opis..
boleh la aku kuarantin dia dalam bilik bos.. [haha!]
sebab tempat aku bising, dia takut..
bilik bos xde orang n senyap so boleh la dia layan lalok enjeksyen tu..
da 2x kali bawak g vet, aku officially kata kat adik aku "start dari arini, cabam aku punya!".. 

** oh ye, tambahan info untuk comok..
dia suka naik motor!
bawak la dia jalan2 naik motor jauh2 pon dia xkesah..
dia lilek aje dok dalam bakul / dok belakang [tanpa orang pegang]..
kepala keluar bakul seksited tengok pemandangan..
dengan bulu ala2 rebonding, terbuai2 kena angin..
oh dem! aku rindu kamu! :(

mak aku selalu lepak2 kat umah jiran2 bawak dia la..
dok diam je dalam motor..
sampai jiran2 jeles tengok aku ada kucen camtu..
ada sekali aku balik dia xtunggu n xmuncul2..
rupanya adik aku bawak g jalan2 naik basikal..
langsung xadventure!
terus aku start motor g amek dia..
belum sempat aku hulur tangan nak acah dukung, dia da melompat kat aku..
oh dem! aku rindu kamu! :(  **

cabam pulak xsuka naik kereta..
tapi aku selalu tenangkan dia cakap "kita kan nak g jumpa doktor ni cabam.. kita bukan nak buang cabam la.. kita kan sayang"..
dia mungkin xpaham tapi at least pujuk la kan..
tapi penakut dia xleh lawan penakut boboi..
[balik kampung salu bawak boboi n BB sekali]
tah macam kucen meroyan kalo nek kereta..
padahal BB pon ada..
BB lilek je dok diam2..
ish, ish, ish... [geleng kepala]

well.. comok, cabam n boboi are not by my side anymore..
i've lost them..
my bestest friends ever! [peduli apa aku perkataan 'bestest' xwujud]
not only them..
all that i've lost along the way..
they all are my bestest friend! ever!
hope to see all of u in the other world..
*emo*



in memories.. (randomly)

seminchan, tatat 1, demok 1, bedang, tulus, lulu 1, lulu 2, oyen, empok (tompok), cikput (putih), putih, comok, boboi, cabam & many more..

Sedih Betul Bila Tau Perkara Sebenar..

bila setakat dengar nama sesorang, kita mesti xdapat nak bayangkan perwatakan dia yang sebenar..
lagi2 bila dengar sikit2 je cerita pasal dia..
baik dengarnya..
bila da jumpa, baru tau dia memang baik..
layanan, percakapan mesra..
baik la pada pandangan mata aku..

tapi baru2 ni, dengar cerita lain pasal dia..
terkejut aku dengar!
baiklah, nobody's perfect..
mungkin ada sikit defect pada dia..
*aku sendiri sangat la jahat.. tapi aku sayang kucen.. * [ada kena mengena??]
jadi aku xkesah la sangat..
tapi d lain hari berjumpa, aku akan cuba minimize-kan perbualan/pergaulan dengan dia.. [atau nak buat2 xtau.. hmmm..]
bukan sebab apa, tapi aku takut dia membenci aku pulak nanti..

sedih kadang2 bila ada orang macam ini..
orang yang mintak tolong bukan orang lain..
lebih dekat daripada saudara mara..
tapi nak buat macam mana, itu memang dia..
aku yang xde pertalian pulak yang terasa lebih..
mungkin sebab aku dekat dengan orang yang memerlukan bantuan tersebut..

xnak cakap banyak2..
nanti sedih..
lagipun aku sendiri takut kalo esok2 aku pulak yang berkira dengan adik-beradik..
Na'uzubillah.. mintak d jauhkan..
aku sayang adik2 aku..

babai..



notacintaik: aku seorang yang xreti nak baca d sebalik tersirat/tersurat.. apa yang aku nampak, apa yang terlihat kat permukaan, itu yang aku percaya.. jadi, sesapa talam dua muka, boleh la berkawan dengan aku sebab aku ni super kesian, senang tertipu..

Thursday, February 17, 2011

Kebelakangan Ini..

sejak masuk kontest edit2 gambar, aku da ketagih pulak edit2 ni..
sebenarnya aku bukan minat sangat pon..
minat2 tu minat la tapi sebab aku ada personality disorder [type yang mana 1 aku xtau], maka leceh untuk aku buat kerja2 sebegini..
contoh la, aku da edit2, tengah edit tu aku rasa macam da lawa tapi try filter lain pon lawa jugak..
kesudahannya, 1 gambar tu aku edit jadi 2-3 gambar yang memang lawa2..
tapi apa fangsyen gambar yang sama tapi edit sampai 2-3 kali?
muka tetap buruk, hitam n berparut..
xde pulak berubah jadi jessica alba mahupun kate moss.
huh!

tapi sebenarnya elok jugak perkara2 macam ni untuk aku..
macam yang aku kata, aku kan ada masalah yang x dapat nak d selesaikan..
bergantung kepada masa je la bila dia nak setel tu 1 ari tentu setel..
so, benda2 macam ni jadi terapi untuk aku..
untuk aku lupakan sekejap masalah kat bawah meja, bawah kerusi, dalam stor etc.
[xleh lupa pon.. ada je yang mengingatkan..]

edit2 gambar teringat eiffel tag aku contest..
cam-taek betul la..
nanti la ek..
aku bukan xde masa cuma xde gambar..
da ko nak yang candid, mana aku nak dapat..






notacintaik: bila nak setel ni.. penat dow.. :'(

[update: lupa nak kasi tengok sebelum edit.. kalo nak tempah, sila emel untuk deal harga.. wakakaka..]

Wednesday, February 16, 2011

Panjang Ke, Pendek Ke, Takde Masalah Kalau Orang Suka..

pada aku, xde masalah kalau panajng atau pendek..
bukan senang nak dapat yang pendek, bukan senang jugak nak dapat yang panjang..
sebab itu semua bergantung kepada availability..
kadang2 yang panjang tu hak orang..
kadang2 yang pendek tu hak orang..
mana boleh amek hak orang..

apa ko merepek ni cikrina...
panjang pendek..
lucah dol...

oh, aku cakap pasal blog address..
teehee..
blog address panjang atau pendek.. [korang pikir apa?]
sebab kalau jumpa blogger2 lain, aku segan sedih nak cakap address blog aku..
orang lain ringkas2 jek, aku punya complicated..

aku pon sebenarnya xsuka complicated2 ni..
aku dulu nak letak go-blog.blogspot tapi xavailable..
goblog.blogspot pon xavailable..
apsal tah.. jeles sungguh la tu xkasi aku amek address tu..

lepas tu lantak la aku letak je la aku ni anak bapak aku..
konon2 banyak alphabets so orang xleh nak hack..
wakakaka!
ko hengat address tu password ke? ngek!

tah.. bila aku sebut address aku, suma cakap "mak aii, panjangnya..", "xde panjang lagi?", "pendek lagi xde?"..
terus down aku.. :(

orang akan kata, harus la letak catchy2 supaya orang ingat..
harus letak pendek2 senang orang ingat..
harus letak yang bermakna supaya orang ingat..
herus letak yang senang d eja supaya orang ingat..

ye, aku xnafikan..
tapi aku lebih pentingkan isi blog..
kalau blog isi sedap2 mata memandang, address tu orang tolak tepi la beb..
cos for me, kalau aku suka 1 blog tu, xkesah macam mana panjang pon aku boleh ingat!
that's why isi blog lebih penting dari address..

sebagai contoh:

walk on wings, tread in air   [idola aku nih!]
comatosewithbraindamage.blogspot.com

Bisous À Toi    [korang pon xtau apa maksud dia kan? haa.. g google translation]
www.bisousatoi.com

Waking Up In Adelaide
surayacoghlan.blogspot.com

Your Profile, Your Story
funny-profiles-story.blogspot.com

Perempuan Jomblo
perempuanjomblo.blogspot.com

When My Mind Speaks Out
aireenashazwani.blogspot.com

Hanis Zalikha
inibelogsaya.blogspot.com

Fatin Liyana
honeykoyuki.blogspot.com


ni senarai blog yang kalau xleh bukak blogger.com pon aku stil boleh bukak sebab ingat address diorang..
lagi2 blog 1st tu..
okeh la.. address diorang catchy sebab tu senang ingat kan?
yela.. betul la..
xmacam blog crap tu..
tah hapa2..
ada hati nak suruh orang ingat blog dia padahal payah nak mam!
wuwuwu... -.-"

Follow-memfollow Amalan Mulia La Pulak..

selepas kena follow aritu, aku kena follow lagi..
kali ni malam, kawasan sunyi, oleh kereta suv.. [suv tu apa?]

malam tu jumaat malam sabtu hati aku gembira betul..
sebab jumaat malam sabtu & sabtu malam ahad, orang2 putrajaya tidur lambat..
so, banyak la kenderaan lalu lalang time aku balik..
meriah la sikit jalan raya menuju ke SKVE tu..
boleh la aku tumpang sekaki semangat.. [tumpang semangat tu apa?]

lepas je taman wetland, aku bahagia sebab banyak kenderaan lalu lalang..
1st, sebab aku pentakut..
2nd, sebab aku pentakut..
3rd, sebab ada bantuan kalau belalang turbo aku wat hal.. [apa ingat aku pentakut sampai no. 3??]

sebab, lepas je taman wetland tu, sunyi bangat la keadaannya..
pastu ada jugak kawasan yang xberlampu.. -.-"
sedih!
masa tu da xde kete lalu..
tetiba je jadi pentakut..
pastu kan.. aku nampak la de kete kat belakang..
tetiba rasa diri hebat giler, kalah bruce wayne..

tapi da jauh2 pon kete tu still xnak motong..
macam yang aku cakap tulis aritu, nak motong gotah, nek beskal la kan..
aku bawak da slow la..
65kmh xslow ke?
okeh la, aku slow kan lagi..
bawak 60kmh jek..
tu pon dia xnak motong lagi..
adoiyaaiiii...
bulu roma aku da meremang2..
bukan takat bulu roma je, bulu dada mata, bulu tiak, bulu kaki semua ikut meremang.. [korang ingat bulu apa haa??]

mana la tau kot2 dia tahan kat depan tu ke kan..
pastu diorang hangkut aku naik kete tu kan..
pastu jual kat siam ke kan..
xke seram tu ke kan..
kalo tahan aku, hangkut aku tapi nak jadikan aku model ke, miss universe ke xpe..
tu rancangan baekkk punyaaaa cilok..

tiba kat kawasan xberlampu tu laaagi la aku seram..
tapi seb bek la kawasan tu cuma 5-6 tiang lampu je..
xde la sampai 1 km..
sampai tempat berlampu ada 2 cabang jalan..
kiri ke puchong/shah alam..
kanan ke kajang/bangi..

naaaaaasib la baik kete tu belok kanan, sebab aku belok kiri..
alhamdulillaaahhhhh..
tapi yang selakar nya, dia tin aku sebelum masing2 membelokkan diri tu..
wakakakaaaa...
nampak sangat la niat dia baik nak temankan aku kan?
baiknyaaaaaaaa...
kenapa la xmintak nombor fon..
wakakakakaa..
[ewahh.. tadi bukan ke ko yang pentakut sangat meremang2 bagai? ptuih!]

err, tin tu apa?
tin tu hon laaa..
honk, honk, honk..
ayoyoyoyyoyo...
honk pon xtau ke..
xpaham ek kalo aku cakap tin?
sama bengong la kiranya korang dengan en. boxfren ye?
wahahaaaa..

kejadian
lalu depan rumah atuk sedara aku lalu ternampak mak, bapak, adik2 tengah melepak kat situ..

A = aku, B = en. boxfren
 
A: tin la diorang.. tin la..
B: amendanya... [selamba derk tengok rumah atuk sedara aku]
A: tin la woi.. tin la.. ish dia niiii.. [sambil tekan2 hon tapi xbunyik]
B: laaa.. hon ke.. tin, tin.. ingat apa tadi..


err.. aku ke dia yang bengong ekk..

*malu*

Bergantung Pada Masa..

kalau aku ada masalah, pastu memang xde jalan penyelesaian, memang aku biar je..
nanti2 ada la tu penyelesaian..
sebab kalau pikir2 memang xmakan, xtidur, xsikat rambut [??], xmandi [yess!!], xkerja la aku d buatnya..
so, sekarang aku memang dalam kesusahan sangat2..
da xlarat nak nangis..
[sian jaket en. boxfren kena hingus aku. dekat bahu plak tu. padan muka!]
tapi buat masa ni xde jalan penyelesaian..
dan xde sapa boleh bantu..
terima kasih en. boxfren sebab sabar..
maaf atas segala kesulitan ni..

source: google




notacintaik: bila nak setel niiiiii... tolong doakan aku okeh..
Related Posts with Thumbnails