..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Tuesday, May 31, 2011

Hai..

hai...

Monday, May 30, 2011

Sebenarnya..

aku banyak sangat nak membebel, tapi sebab xberapa sehat sejak aritu, malas nak tulis panjang2.
aku baru je baik ni.
nak kata baik xberapa nak baik la.
tapi at least da boleh on kipas.
sebelum2 ni, sungguh xboleh.
walaupong matahari tegak atas kepala, kipas xleh on, n tido berselimut.
bayangkan la betapa tengah2 ari panas, aku membuta berselimut.
sangat scary.
sekarang da bertambah okeh.
da boleh on kipas bila tido malam ke siang ke. [walaupong aku xtau sapa yang off kipas malam tadi. scary!]
batuk n selsema je ada lagi tapi kurang jugak la..
sore throat da xde, just gatal2 je pulak.
makan pong da okeh, perut da boleh terima.
kalau x, minum air je yang aku mampu. sedih.
haishhh.. macam2..

paling xbes, baru je nak sehat, semangat aku da pergi jauh.
jauhhhhhh... jauhhhh.. sedihhh..
lama pulak tu.. seminggu..
cepat balik ye semnagat!

Saturday, May 28, 2011

Untitled

tiba2 aku dapat tau berita yang sangat membuat aku shock!
shock okeh bukan syok.
selama aku 27tahun hidup, perkara ni yang membuatkan aku mengalirkan air mata kat opis.
sungguh xd sangka2, selama aku membesar depan mata diorang, bila saat aku jauh, jadi benda2 yang menge-shock-kan ni.

aku sayang diorang.
tapi bila jadi macam ni, memang terpaksa pilih antara sorang.
yang bukan darah daging.
sebab nak membela nasib dia.
yang tentu lebih SHOCK daripada kitorang2 ni.
moga2 semua nya ok, xjadi apa2.

Usin Kata Kat Singapore Xde Hantu..

ni aku baca segenap penjuru berhantu jua.
macam malaysia jugak..
eeee... serammmm...

> kisahmj12 <

Wednesday, May 25, 2011

Why? Why?

pasal dialog semalam.
ada yang xpercaya aku dengan en. boxfren cakap macam tu.
kenapa? kenapa xpercaya?
adakah sebab aku xtunjuk video?
atau sebarang bentuk rakaman?
benda2 sempoi ni, kita mana la jangka nak jadi.
mana sempat nak rakam2 bagai..

1 thing yang korang kena tau, aku ni bukan  jenis lentok2 gedik macam pasa sanda.
jadi percakapan macam ni, da selalu sangat antara aku dengan beliau.
ingat x aritu beliau xnak layan aku sebab aku dok cakap "babi, babi" masa mengadu perkara xbes kepada beliau?
sampai situ je la..
xlama lepas tu, dia meng-kanina kan aku seperti "kanina lu!"
siot kan?
so, aku mem-babikan pulak beliau sebab beliau berani2 meng-kanina kan aku.

tapi sampai situ je la.
xde la benda2 melampau yang lain macam sepak kepala ke, tampar ke, pijak perut ke.
sebab kitorang bukan xhormat antara 1 dengan lain.
just cakap2 kasar je.. tapi dalam hati ada taman.
wahahahahaa..

Tuesday, May 24, 2011

Dialog

minggu lepas kat kedai makan.
kadang2 bila en. boxfren boring dia subsrcibe internet untuk henpon canggih yang da jadi hak milik dia tu. [kuajaq!]
tapi xkadang2 sangat la sebab selalu dia buat macam tu. hahah!

A = Aku, B = Boxfren

A: facebook je kerjanya. boooring!!
B: .....
A: .....
B: ni tulis panjang2 cenggini sapa la nak baca. bangang! tulis la pendek2 baru senang nak baca, senang nak paham. potpet potpet potpet..
A: apa yang d tulisnya? xpayah la baca benda2 merapu. xde pekdah.. [ingatkan kat facebook]
B: ni haaa.. [tunjuk henpon sambil scroll up n down]
A: ini blog akuuuu... bahalolllll!!!!

kuajaq x?
sangat kuajaq okehhhh..

Alahai...

nak membebel apa pong aku xtau..
tadi si raina cerita pasal mimpi, aku pong nak cerita gak la.
boleh dia mimpi aku.
nampak sangat la aku ni penting dalam hidup dia.
wahahahaa..

pagi tadi, aku tido balik dalam kul 8am camtu la..
pepagi buta, aku bukan ada laki nak kena buat brekpes. kan?
heaven. hahahaa..
pastu aku mimpi nak kena kawen dengan anak sultan mana tah.
tengku amenda tah namanya.
aku kurang check plak.
dalam hati da rasa nak meletup cos dapat kawen dengan tengkujuh.
kaya la aku lepas ni.. woohooow!

lepas kata aku kena kawen dengan anak sultan tu, aku pong d bawak ke 1 bilik.
bilik persalinan la..
punya la cannnnnnntik bangat wedding dress nya.
dress okehhh.. xmain la pakai songket segala.
ni kira ala2 kate middleton la.
cuma aku mungkin marina paddington saja.
wahah!

lepas jakun dengan baju tu, boleh pulak aku tour bilik yang besar gabak tu.
jumpa pulak secret door/wall. [door ke wall ek? yang penting kat wall]
belakang tu ada jalan boleh pergi bilik yang d sambung.
ada 3 pintu.
pintu 1st g kat bilik pakcik2 aku.
kira family aku semua ada bilik buat rehat2 la sementara tunggu acara berlangsung.

pintu 2nd, g bilik sepupu aku.
pintu 3rd, g level lain yang tembus area2 dapur.
bahagia jugak aku dengan harapan, lepas mandi nak menceroboh dapur.
hahaha..

lepas kat dapur tu la aku xjumpa jalan balik bilik..
ikut jalan biasa xjumpa, ikut secret wall tu pong xjumpa.
balik2 jumpa bilik sedara mara aku.
last2 diorang suruh je aku mandi kat bilik diorang.
sebab diorang pong da try carikan bilik aku tapi xjumpa.

stop sampai situ sebab aku terjaga en. boxfren mesej.
kacau betul la.. awal lagi ni..
da siap2 reply, aku teruskan membuta.
dengan harapan, mimpi tadi sambung balik.
boleh ke sambung?
jawapannya bolehhhhhhh...

mimpi bersambung.
masa aku nak mandi tu, baru aku ingat si family lelaki suruh aku mandi pakai set mandian yang diorang kasi tadi.
so, aku xjadi mandi.
aku teruskan jugak cari bilik aku..
tetap xjumpa.
tapi siriyes la penat mimpi ni.
pusing sana, pusing sini.

sekali tuuuu... da petang2 sikit..
aku dapat tau, sepupu aku yang kawen dengan tengkujuh tadi.
sebab diorang cari2 aku xjumpa2.
yela, da aku bizi cari bilik aku.
mesti la diorang cari aku xjumpa.
uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
melepas dennnnnnn!!!!!!!

sedih wooo.. da la lepas majlis, diorang lepak rumah aku borak2..
babeng!
lepas majlis tu jugak aku tengok baju2 yang diorang salin2 sempena upacara tu kan.
cantik2 wooooo.. da macam cinderella la jugak..
terbayang2 dress kaler peach lagi ni..
alahai... terkilannnnnn!!!!!!!!

ni aku salahkan en. boxfren jugak.
sapa suruh kacau aku tengah tido?
ha? kambeng!
da xhappily ever after mimpi aku. ciss!

in real life, sepupu aku tu da kawen.
da anak 1 pong. xtau la kalau otw anak 2 kan.
lepas tu, in real life ni jugak dia yang pernah kawan dengan tengku ni.
aku? aku lom kawen lagi, apatah lagi nak ada anak.
n aku kawan dengan rakyat jelata je. hohohoh..

Monday, May 23, 2011

Penganiayaan Berlaku Lagi!

bukan pada kucing..
bukan pada anjing..
bukan jugak pada ayam, itik, kambeng, mahupun haiwan peliharaan lain.
tapi pada anak harimau!!!
sangat melampau!!!!

berita penuh: selamatkankucingmalaysia


anak harimau ni, d letak atas meja untuk visitor amek gambar.
kejadian ni berlaku kat Di Qingling Wild Animal Park, Xian, China.
dia d paksa untuk buat aksi2 menarik sambil gambar d snap.
kalau dia xnak buat aksi menarik, xnak kerjasama, dia akan d pukul dengan pelatih sampai dia nak buat.
bila da sakit, opkos la kena buat.
nak caner lagi kan?

so, kalau korang nak tau, dia da hilang 3 batang gigi sebab kena pukul.
kalau tengok kat gambar tu, mulut dia pong da berdarah2 sampai menitik2 kat meja.
siriyes ini membuatkan aku menangis!






tengok tu, pelatih tu pegang penyebat.
memang babi! babi!
bukan anak harimau je k, tapi anak singa sekali dia letak.
apa perasaan anak2 kecik ni bila d rantai macam tu?


anak harimau ni usia dia baru je 3 bulan.
3 bulan beb, bukan 3 tahun.
kalau manusia, umur 3 bulan, apa dia tau?
ha? apa? baring je la kan?
reti ke nak posing2?
perangai memang lakhanat la diorang ni!

anak natang umur cenggini still menyusu lagi.
n xbiasa bila berjauhan dengan mak dia.
mesti la dia takut, gemuruh, cuak.
jahat la diorang ni! jahat!

Eiii.. Lamanya Tak Merepek..

setakat beberapa hari ni, cuma semalam aku berjaya xmenangiskan diri.
doakan arini pong berjaya macam semalam.
pathetic kah?
aku rasa tidak.

pagi ni aku nak g kerja, tiba2 kat poket sweater aku rasa macam keras2 sikit.
dalam hati, aku da berdoa, mintak2 la duit rm50 ke, rm100 ke.
[padahal xpernah letak duit banyak tu kat poket sweater]
hahahahaa..
sekali tengok. laaaaa... amenda sos mekdi buat dalam poket?
maybe dia rasa bosan dok kat rumah, so amek keputusan nak ikut aku g kerja kot.
hahahaaa.. sengal!

Saturday, May 21, 2011

Mastercard Megasale: GSC campaign






notacintaik: aku masih dalam sesi menenangkan diri. harap maklong.

Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah

kawan aku meninggal dunia.
aku baru tau dia masuk hospital semalam.
aku nak melawat esok cadangnya.
sebab esok aku cuti.
xsangka aku terlewat..
terlalu cepat dia pergi.

aku cuma mintak, korang sedekahkan Al-Fatihah kepada pemilik blog Telordibasuh, En. Abdul Hakim Bin Mohd Kamal yang baru saja meninggal dunia lebih kurang sejam yang lepas. doakan roh beliau tergolong dalam roh orang2 yang beriman.

Wednesday, May 18, 2011

Spender Oh Spender..

aritu aku de cerita baju2 hilang masa jemur.
aku xtau la sapa tapi kemungkinan orang dalam..
tu kes baju la kan..
sekarang ni, paling tepat ialah tengahari tadi, spender aku pulak hilangggggggg!!!!!!
babiiiiiiiiiii!!!!!!!!!

daripada 6 lai aku jemur, tinggal 2 je!
tu pong aku jumpa atas lantai bukan kat ampaian.
aku tinggal kejap je pong.
aku jemur sebelum keluar g lunch, balik tengok da xde..

kebetulan aritu mimpi ular kan?
ada orang pernah cakap kat aku, kalau mimpi ular tapi ular tu xmematuk kita, maksudnya ada orang nak aniaya kita.
see? see?
baju hilang boleh tahan lagi.
ini spender okehhhhhh.....

Tuesday, May 17, 2011

Wordless Tuesday..

Uhuk uhuk uhuk...
Kong kong kong..
Kohok kohok kohok..
Kohong kohong kohong..

krehhhhh, kreeehhhh..
kahakkkkkkk tuih!

owner batuk yang amat, jadi blog pong kena wordless.

Monday, May 16, 2011

Mimpi Hantu.

sejak aku cerita seram aritu, 2 malam straight aku mimpi hantu.
sabtu malam ahad [lepas publish] n ahad malam isnin [malam tadi].
yang mimpi masa sabtu malam tu, memang aku da xingat.
tapi yang pasti, dalam mimpi tu aku pakai baju yang sama masa aku tido tu.
tu yang macam real je.

mimpi malam tadi, seram weh..
aku mimpi 1 family aku kena 'kacau'.
kena pulak time2 bapak aku xde kat rumah sebab pergi rewang kat rumah orang kenduri kawen. [sehari sebelum majlis]
rewang ni bermaksud gotong royong kenduri kendara, bukan rewang melepak kat KLCC ke hapa tu..
aku sendiri masa tu baru balik dari rewang tu.
memang lumrah sebab pompuan rewang petang, da nak maghrib je dia balik.
lelaki memang rewang malam macam potong2 bawang, goreng ayam pe semua.

lepas tu scene aku dengan adik2 aku kat bilik mak bapak aku.
kitorang saja la lepak borak2. masa tu adik aku yang form3 tu kat bawah buat air.
tengah2 borak tu mak aku berlari masuk melompat atas katil [kat kitorang] sambil peluk adik aku yang last.
gigil2 la mak aku masa tu.
kitorang tanya la kenapa, sebab masa tu kitorang semua paling ke 1 arah je sebab mak aku xbagi pandang arah pintu.
mak aku kata ada hantu. watttt?????
giler bapakkkk.. ada hantu wehhh.. mau ngeri ni..

lepas tu, aku terpaksa la memberanikan diri, bangun n pandang kat arah pintu tu.
boleh pulak, lampu kuning 40w mentol bulat tu jatuh berjuntai kat tepi pintu.
kira macam wayar dia loose dari holder tu.
da macam filem jackie chan pulak. ahahahahaa..
tapi kan sebelum ni aku ada kata aku xnampak.
so, betul2 aku xnampak mana hantu tu.

dalam aku blur2 benda xnampak, adik aku yang buat air tadi masuk bilik.
dia lilek je cakap,"tu dekat2 mentol tu". perghhh.. selambeh giler.. [kira dalam mimpi ni, dia boleh nampak la]
so, aku main hentam je cakap "ko keluarrrrrrr!!!!  aku xkira ko sapa tapi ko kena berambus!!!" sambil jari telunjuk hala ke semua arah .
atas mentol, bawah mentol, kiri kanan mentol semua aku tunjuk. da kata xnampak. hahahaha..

mak aku pong jadi berani tengok mana bendalah tu.
adik2 aku semua pong bangun tengok.
tapi benda tu memang xnampak.
mak aku terkejut mula2 tadi sebab macam rasa ada benda tu dalam bilik.
sekali, ada kucing putih kat lantai tengah marah kat kitorang. [kucing ni memang kucing aku tapi da mati 2taun lepas, bulan ni genap 2 taun dia xde]

marah macam ni.

dia marah sambil hissing tapi xserang kitorang. [ni kucing jadian ni!]
mak aku beranikan diri amek kucing tu n campak keluar tingkap.
kitorang ramai2 jenguk kepala kat tingkap nak tengok mana kucing jadian tu pergi.
kucing jadian tadi, lalu kat sebelah kucing putih sama sebijik macam dia.
tapi kucing tu macam xnampak kucing jadian ni lalu sebelah dia.
so, kira macam kitorang je nampak kucing jadian tadi.
aku panggil kucing putih yang betul2 tu suruh masuk.
kang kucing jadian tu ajak kucing betul ni kawen, sesia je hilang kucing aku.

tiba2 je bapak aku balik, panggil kitorang dari dapur.
kitorang kat rumah atas, biasa la rumah kampung mesti ada atas bawah.
bapak aku tanya betul ke ada hantu, aku da seksaited nak cerita.
tapi tiba2 palotak aku terpikir caner kalau bapak aku ni bukan bapak aku.
yela, kucing jadian tu da keluar rumah, so dia masuk dari dapur pulak menyerupai bapak aku.
gilerrrrrrrrrrrrrr takuttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!
aku cepat2 suruh bapak aku baca ayat kursi. [padahal jin setan pong boleh baca ayat kursi. haha]
aku cakap "kalau kao betul bapak aku, baca ayat kursi sekarang!!!"
garang wohhh.. tapi mula2 bapak aku macam bengang gak la sebab aku xpercaya dia.
tapi yela, macam mana lagi nak buktikan kan?

tapi dan2 adik aku yang form 3 tu datang cakap tu memang bapak aku.
sialan! da dia jadi hero pulak dalam mimpi aku.
tapi dalam mimpi ni, dia xhabis2 buat air.
tadi masa kitorang ketakutan dalam bilik, dia bawak mug baru buat air.
hal bapak aku ni pong macam dejavu, dia baru buat air.
apa maksud ha??

lepas da konpom tu bapak aku, bapak aku check la apa yang patut then call bomoh.
ni real punya bomoh korang tau..
pakai baju silat kaler hitam, siap ikat kat pinggang, ikat kat kepala, rambut putih sikit punya panjang.
muka dia, puhlamakkkkk.. memang muka khurafat la..
mana dapat daaa pelakon mimpi macam ni..
tapi masa ni dia belum datang lagi, aku terbayang sebab bapak aku cakap nak call dia.
yang watdehelnya, dia akan datang masa tengah malam.
pukul 12am camtu. sebab musabab xpasti pulak.

so, kitorang nak tido la dulu sebelum dia datang. tido ramai2.
n suddenly, aku terkejut giler bila ular berlambak2 kat port tido kitorang. [rumah aku rumah atas weh, caner natang ni masuk?]
cakap je macam mana. besar, kecik, laju, slow, panjang, pendek, ada kepala, xde kepala, semua ada.
paling besar tu macam anakonda kulit ular sawa, baring sebelah pong dia lagi tinggi dari tetek korang.
n yang paling besar tu la yang ada kat tengah2 tilam yang kitorang da susun.
paling tepat, tengah2 antara adik aku yang form 3 & 5.
diorang da la berkongsi selimut, terpaksa selimutkan sekali badan anakonda tu.
yang menjadi masalahnya, dia jalan tapi lembap mengalahkan siput.
terhegeh2. da la panjang xnampak mana kepala mana ekor.
xtau bila dia nak blah terus tu adik aku yang berkongsi selimut terpaksa la tido dalam keadaan menatang tu d tengah2. [ngeri weh.. trauma aku]
yang pelik pulak, ular2 sekalian tu xganggu kitorang pong.
tapi semua menuju ke 1 arah; arah matahari terbit.

xlama lepas tu, bomoh tu sampai..
ular2 tu pong xtau lesap ke mana.
masa dia tengah pusing2 area rumah aku tu, adik aku form 3 tu nampak ada 2 cacing kerawit bapak panjang+besar kat tengah2 hall.
dia amek cacing tu pakai lidi [nak buang] sambil cakap "'dia' da marah ni"..
'dia' tu paham2 je la apa. kitorang pong pelik, memang ada yang menghantar nampaknya.
kucing jadian tu bukan hantu biasa tapi ada yang hantar.
giler seram! n d luar jangkaan la.

lepas adik aku buang je cacing tu kat tingkap, tiba2 tangan aku gatal.
tangan tu maksudnya dari siku sampai jari jemari.
tiba2 dari kesan gatal tu, keluar la ulat2 kecik macam ulat mayat.
sebijik macam maggot. [memang la sengal!]
dari gatal, jadi sakit!
da gatal dua2 tangan, da macam handicap da aku dok usung tangan ke sana ke mari.
makin lama makin banyak.
bila aku kibas2 ulat tu jatuh, keluar lagi banyak!
memang nampak sangat benda tu dihantar untuk aku kan? kan?

tiba2 lagi, kat tangan sebelah kanan [setengah jengkal dari siku] tumbuh 2 bulat besar kaler hitam taik lalat.
hitam xhitam sangat, kelabu xkelabu sangat. macam taik lalat..
besarnya macam syiling 20¢.
benda nya pulak boleh picit macam picit blackhead.
lagi ko picit, lagi banyak dia keluar.
tengah bomoh tu picit, tiba2 juah sikit dari tempat tu sakit macam kena cucuk jarum.
1 je, tapi sakit yang amat sampai aku menjerit. tapi bomoh tu marah aku jerit.
so, aku diam. dalam menahan sakit tu, aku pong terjaga..
rupanya tempat yang sakit maca kena cucuk jarum tu, kena gigit semut.
aku suluh pakai torch lite.
tengok jam pukul 5 lebih, belum azan pong.

nampak sangat mimpi aku ni pembawakan setan kan?
nak porak peranda kan hidup aku la tu dengan kes2 santau2 ni bagai.
giler ah.. memang mimpi ngeri.
mimpi setan macam ni memang xde maksud kan? kan?

jangan la kata aku tido xbaca doa la bagai.
tido xbaca doa tu is so not me okeh.
kalau tido dengan adik2 aku siap doa berjemaah lagi.
arghhhh.. sakit bahu aku tau bila bangun, kedudukan sama macam sebelum tido.
kira tido xgerak2.
tapi aku xmeludah pong bangun tu.
bangun minum air ada la.
sebabnya, kat kiri aku ada baju bersih belum lipat. ahahahahahaa..

Lokasi Penyimbah Asid

beware guys..
peringatan untuk diri sendiri jugak.


source: hentakbelipat

precautions steps klik here.

Saturday, May 14, 2011

Seram: Khamis Malam Jumaat 6

lama xcerita2 seram kan?
balik2 cerita bangang, bengang, hampeh semua keluar.
tapi bila d ingat2 balik, rupa2 nya aku pong ada kes2 seram yang aku sendiri kena..
aku ni jenis xnampak, siriyes.
n aku memang mintak xnak nampak.
biar la xnampak daripada nampak.
tapi aku kena dengan bau2an, benda2 yang macam xlogik bila d pikir2 balik.

dulu masa belajar, aku naik bas kat terminal 1 seremban.
aku selalu dapat bas pukul 630pm.
sempat la aku sampai basten pukul 930pm n kejar bas last.
bas dari seremban xlalu depan kampung aku sebab dia singgah muar.
so, aku sampai depan kampung selalu pukul 10pm lebih.

dulu masa aku study, aku ni agak pemberani la orangnya.
yela, dok hostel kan macam2 perkara boleh jadi. [walaupong hostel aku agak bersih dari kejadian seram]
so, bila sampai depan kampung, aku malas nak susahkan bapak aku.
biasanya aku akan jalan kaki je masuk dalam.
bukan jauh sangat pong, 1km je pong..
tapi kena lalu kawasan kebun kelapa sawit langsung xde rumah/lampu.
kawasan tu dulu memang xde lampu, jarak dalam 400-500meter.
sekarang ni je da ada 2 lampu.
itu pong nasib baik jela.
memula pasang dulu dia kasi 1 je lampu. kambeng!

taim tu, aku lebih takutkan orang daripada hantu.
aku bukan cakap besar la, tapi kawasan tu kawasan mat pit buat dealing.
so, ko paham2 je la kan betapa seramnya kalau terserempak diorang ni.
kalau nasib baik, ada budak2 yang balik kerja ke, balik dating ke, kasi tumpang.
itu kalau nasib baik la.
kalau nasib lebih baik, jalan kaki pecah lemak la macam aku selalu buat.
hahhahaa...

so, ada 1 kebetulan bila jumaat public holiday.
so khamis tu lepas kelas last, cepat2 kemas n gerak ke seremban.
macam biasa sampai depan kampung pukul 10pm lebih macam tu..
aku memang malas nak menyusahkan bapak aku, aku jalan selambeh je..
sampai la kat kawasan kebun gelap tu..
[babi! aku tengah2 taip ni, ada barang jatuh dengan sendirinya kat belakang aku. sialan!]
aku pandang sayu je rumah last sebelum jumpa kebun tu.
aku cakap dengan bangangnya "apsal la rumah ni xdok kat tengah2 kebun gelap tu. xde la aku takut sangat".
bwahahahaa...

aku lepas je rumah last tu, ada 1 bau wangi bunga kat sebelah kanan aku. [meremang2 ni aku]
memula aku ingat bau tu d bawak angin kan sebab tiba2 je.
tapi angin kejadah, manade angin.
bau bunga cempaka ke, kemboja ke, tanjung camtu la..
paham kan bunga apa tu? (╥﹏╥)

pastu bau tu datang dari belakang pulak. (╥﹏╥)
aku memang pantang kalau da start perjalanan, nak pandang2 belakang balik.
sebab ikut petua. petua atuk kepada Tamar Jalis. [sapa baca, dia tau petua ni]
aku biarkan je la..
sampai la da penghujung kebun gelap tu n jumpa rumah semula, bau tu tetap ada.
aku sedapkan hati, aku kata musim bunga kot.
tu bau dia naik. bau bunga2 tu memang kuat kalau malam.
sampai je rumah jiran sebelah aku, bau tu hilang..
aku nak kata lega pong x, nak kata makin takut pong x.
neutral2 je macam neutral beauty aku.
wahahahah!

da sampai rumah, adik aku terkejut la apsal xkol cakap da sampai.
aku cakap la malas, lagipong macam xbiasa pulak aku menapak pecah lemak.
bapak aku pong da tido terbongkang, sungguh xsampai hati aku.
adik aku xleh amek sebab masa tu dia belum pandai bawak motor.
tapi masa tu aku boleh lagi berlagak dengan adik aku.
aku kata "tadi ada momok temankan aku jalan. wangiiii je sampai rumah wak siti [jiran sebelah]".
bila aku cakap camtu, baru la adik aku cerita ada orang meninggal siang tu..
orang kampung aku la..
sebab tu dia pelik kenapa aku xkol, main berani je redah2.
aku mana la tau wehhh.. xde sapa yang kabor..
da la mati eksiden, kang dia ikut balik sia2 je..

adik aku da cerita tu, haaaaa baru tau takut..
nak g bilik air pong mintak teman. (╥﹏╥)
hahahahaaa.. siriyes seram weh...
nasib baik dia ikut sampai rumah jiran sebelah je, kalau dia ikut balik, xke meroyan aku malam tu?


Khamis Malam Jumaat
Khamis Malam Jumaat 2
Khamis Malam Jumaat 3
Khamis Malam Jumaat 4
Khamis Malam Jumaat 5

IKEA Bedroom Contest

mari.. mari.. join contest..
1st prize RM1500 tauuu..
cuma hantar gambar ko tengah tido je.
xpayah la letak gambar tengah pojek ke, berak ke, masak ke..
tengah tido okehhh...
pastu buat la perenggan kesimpulan sikit2 cerita pasal tido ko tu ha..
hebak xhebak ah tido je pong dapat RM1500..

ini stail workaholic ni.. tido pong sebok nak cakap..


ni gara2 bola. bola sendiri simpan dalam selimut. eh.


ni pembawakan cindelela story la ni..



woiiiii!!!! mana?? kata 1st prize RM1500????
penipu la woiiiiiii!!

sabar broo.. sabar...
sabar tu separuh daripada iman broooo..
kena la kelik [klik, bukan kelik bahasa kelantan tu] "join contest now" baru la nampak..

macam2 gaya tido ada ni haa.. ikut pilihan kalbu la. hahahaa..


hambekkk.. tu dia RM1500..

tengok cara2 join tu, simple kan?
simple, dimple, n**** semua la..
so, xnak ke RM1500 tu?
aku kaut kangggg...
aku pong ada la pose menarik masa tido..

Ele... Menyampah Tau Aku..

sejak bila blogger buat mentenen ni...
apsal aku baru tau arini..
apsal diorang xde inform apa2..
eleee... dengki lettew aku salu 24-7 bukak blogger je.
pastu suruh aku cuti buat entry arini.
dengki sungguh!

dan2 pakai angry bird.

marah aku ni sama marah macam angry bird.
rasa nak siapkan set lastik sekarang jugak!
lepas tu terbang2 sondol babi.
eh, baru aku perasan.
apsal game tu kena pakai lastik?
diorang kan burung, boleh terbang.
nampak beno nipunyeee..
xnak main lagi. huh!

[memang dasar senget. marahkan blogger, angry bird yang kena.]




yang kat atas tu patut publish dari pagi tadi.
konon nak publish pakai emel, last2 xboleh jugak.
dasar keras kepala!
tapi yang buat aku tambah bengang, entry aku hilang!
yang aku sedar 1 je tapi eiffel kata banyak. [apa daa tuan tanah xtau pulak ni..]
sekali belek2 entry aku semalam 2 hilang!
babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!
ganti balik la sengallllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!
Related Posts with Thumbnails