..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Thursday, June 30, 2011

Iklan Untuk Orang2 Kurang Air (18sx)


macam mana kalau bawah 18 yang guna gmail?
muncul ke iklan camni ek?
kurang air mani, banyakkan la minum air masak.
kalau sehari dok minum 2-3 gelas air masak, jangan kata air mani, air mata pong kering.
danggg!

Apa Pendapat Korang?

en. boxfren kata, kejadian pembuangan baby yang berlaku semenjak 2menjak 3menjak ni sebenarnya batch malam merdeka.
en. boxfren kata, tunggu batch valentine's day pulak bulan 11 nanti.
betul ke ek? masuk akal x?

Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Harus Wujud Jamban Duduk..

ah, aku dengan jamban duduk macam kucing parsi dengan kucing siam.
xnak berkawan langsung.

penemuan2 kat jamban duduk tu yang membuatkan aku begitu diskriminasi terhadap mereka.
walaupong bukan salah mereka semua itu terjadi, namun, aku xdapat melarikan diri dari menyalahi mereka nya punnn..

baru sekejapan tadi, aku ingin melampiaskan nafsu hajat kat jamban duduk memandangkan lantai situ kering.
lantai kat jamban biasa tu basah, aku malas nak pijak.
namun, terpaksa aku membatali niat itu karena melihatkan setitik titisan cecair d kawasan landingnya pehaku ini. [bahagian depan, kira kat peha la kalau aku duduk]
titisan cecair.
bukan putih.
bukan kuning.
tapi merah.
sadis.

Kebetulan.

pernah ke korang mengalami sistem kebetulan?
sistem kebetulan ni, bukan d sengajakan atau d plan.
malah, terjadi tanpa terfikir pong akan terjadi.

ni da macam pakar motivasi MLM pulak.
hakhakhak..
sebenarnya, semalam jadi 1 kebetulan yang teramat2 kebetulan.
aku xterpikir pong ak kebetulan macam tu sekali.

malam tadi kan aku post pasal KFC Olé Pocketful kan..
so, lepas aku publish tu, aku view entry tu la kan..
tuptup jadi macam ni..


nampak? nampak?
sangat kebetulan kan?
kahkahkah..
siriyes weh, aku xtau ada iklan nuffnang pasal pocketful ni.
aku buat entry tu semalam sebab aku boring..
tengok folder gambar2, xde yang menarik.
yang ada tinggal gambar ni je la..

aku tengok nuffnang semalam pong xde perubahan.
xde bertambah, xde berkurang.
macam tu je la sejak sebulan yang lepas.
ni gara2 penyakit 'M' datang, nuffnang pong 'M' jugak la nak bagi BE.
hahahahaaa..

tengok balik gambar tadi, nampak sangat gambar pocketful aku tu gambar lama.
sebab masa tu nama menatam tu pong lain. sekarang je da ada Olé, dulu mana ada..

ok, arini rabu. hari paling hebak untuk makan pizza!
weeeeeee!!

Ingat Tak Aku Cerita Sedih Pasal America's Got Talent 2-3 Hari Lepas??

ha, ingat x cerita sedih tu?
xingat? korang nak kena ke??? *pegang parang*
err.. maksud aku, korang nak kena makan kismis ke kejap benor hilang ingatan. *muka inesen*
tehehehee..

aku copy paste balik supaya korang xpayah nak susah2 recall.

ada sorang contestant. pompuan. xcantik, tetek layut, muka biasa, pakai spek, rambut da makin berkurangan, pakai pulak biasa2 je. cardigan dengan jeans. aku bukan prejudis, sila baca sampai abes. yang menyedihkan, dia mengalami cacat kekal sejak lahir iaitu sumbing! sumpah ini sangat sedih! aku xtau orang lain macam mana, tapi aku xpernah memandang rendah orang2 macam ni. orang cacat macam dia, memang betul hilang 1 kelebihan, tapi percayalah, Tuhan itu Maha Adil. Dia tarik 1  kelebihan, Dia bagi 1 keistimewaan. yang orang lain xada.

sebelum dia masuk, host [Nick Cannon] ada interview dia. tanya bila start nyanyi pe semua. so dia cerita la, umur dia 43 tahun, kerja sebagai juru'whatisit?' kat jabatan x-ray. bapak dia begitau dia yang dia start nyanyi sejak umur 3 tahun. untuk pengetahuan, sumbing dia ada 2. kiri n kanan tapi da sambung la kan dari kecik. tapi korang dapat bayangkan kan kalau sumbing macam mana bunyi kalau diorang cakap, sengau. jadi dia ni d pandang rendah kat sekolah. seumur hidup dia, xpernah ada boipren, xpernah dating, xpernah bersosial. masa ni aku da sedih da, da nangis da ni. dia join america's got talent ni pong bukan untuk dapatkan apa2, tapi untuk merealisasikan impian dia supaya masyarakat tau dia berpotensi [kot.. aku lupa..]. sobs.

masuk je stage, siriyes judges xpandang rendah kat dia. Piers Morgan tanya, da pernah pergi mana2 audition ke. yela, kalau dia kata da masuk american idol 8x kali tapi semua kene rejek maksudnya memang betul la dia xde bakat kan? tapi x okehhh.. dia jawab [aku alihbahasa] "saya pernah pergi audition untuk sebuah kapal persiaran. tapi lelaki tukang audition tu langsung xmemandang saya dan terus me-rejek saya". masa ni aku da teresak2 da. sumpah lelaki tersebut diskriminasi okeh. memang lahabau. kalau betul pong dia sumbing, at least dengar la dulu.. tapi ni xpandang pong ek. terus je rejek. macam sial.

so judges suh dia nyanyi. masa dia start je nyanyi, saaaammmmmpai abes, memang aku naaaaaaaaangis aje. sumpah sedap! xdengar langsung sengaunya. bes giler okeh.. memang tacing. audience sampai nangis2 jugak. judges pong terkujat2. bila dia abes je, memang gemuruh la tepukan n sorakan audience. so, judges pong komen.

[semua aku alihbahasa]
David Hasselhoff kata: "awak pergi balik kat kapal tu, saman lelaki tu USD$40k. sebab awak berhak!" *audience bersorak*
Sharon Osbourne kata: "awak xpayah audition kat kapal tu lagi sebab mereka xkan mampu bayar awak!" *audience bersorak*
Piers Morgan kata: "awak xpayah pergi ke kapal tu semula sebab awak akan pergi ke vegassss!!!" *audience bersorak*

nangis aku makin laju wohhh... sedih.. perjalanan hidup dia harung sorang2. pandangan negatif, pandangan buruk, sinis, semua hilang sebaik je dia nyanyi. lepas ni, orang akan pandang dia sama macam orang lain. macam orang normal lain. itu yang dia nak. bukan sebab duit atau populariti semata2. sobs sobs...

so.. aku mencari, mencari, mencari, mencari, mencari, mencari, men~  heiii!! berapa banyak mencari ko nak??
aku mencari saammmmmpai aku jumpa.
kat youtube memang xdapat la nak jumpa.
sebab NBC da block pulak part2 dia tu.
ada jumpa blog yang letak video tu dari sources lain tapi dia tulis "video has been sexpired".
yela, da lama kan.. season 4, tahun 2009 tuu..
sedih betul.. tapiiii.... tapiiii....
aku ada jumpa yang someone rakam.
so, memang xde la stori mori sedih dia, just lagu yang dia nyanyi je.

nama dia Kari Caillin. orang yang nge-post ni salah eja.


aku nangis lagi okeh bila tengok video ni..
sumpah sedih! walaupong part yang dia cerita pasal hidup dia tu xde.
sori kalau korang xdapat rasa apa yang aku feel. [apa bahasa ko pakai ni?]
n sori jugak sebab TERtipu korang yang dia pakai spek. hohohoh..

bawah ni pulak, video dia tengah karoke kat tempat dia.
terkujat jugak aku sebab dia da ada sosial life yang dia inginkan.
cuma aku harap, orang yang kawan dengan dia tu ikhlas, bukan sebab dia hebak atau da popular.
video ni pon da lama.. setahun lebih yang lepas.


so, moral of the entry, jangan la korang memandang rendah terhadap golongan orang2 sebegini.
bagi diorang peluang yang sama macam orang lain. sebab diorang pong ada kelebihan d sebalik kekurangan.
cantik, pandai, kurus, hebak, terer, itu semua subjektif.
yang menjadikannya complicated dan diskriminasi; manusia sendiri.



notacintaik: junior dorm aku dulu pong sama macam Kari. tapi kitorang sayang dia sama je macam junior yang lain. xde beza2. cuma kitorang lebihkan perhatian n amek berat.

Tuesday, June 28, 2011

KFC Olé Pocketful


pernah nampak iklan kepsi pasal pocketful ni x?
sekarang da xde kot iklannya.
2-3 minggu lepas ada la..

ekceli, aku da makan ni masa aku g gold coast aritu.. [ecehh.. cakap macam pergi jauh]
masa en. boxfren fetch aku, aku da target nak makan kat gold coast tu.
yela, da kata nak pergi tepi laut, harus lerr makan siput seafood kan..
tapi niat aku tu d halang oleh driverku itu..
sebab nak sampai lokasi ada dalam sejam lebih, masa tu da pukul 12pm.
sebenarnya aku xtau berapa jauh lokasi nak pergi tu..
tu aku bantai berniat suci sebegitu.
hahahahaa..

so, singgah la sebentar kat kepsi. [niat sebenar nak makan nasik]
aku ni memang peminat sejati toasted twister.
tapi masa tu nampak menatam pocketful ni.
konon nak try ler..

sebenarnya, bila tengok kan, nampak macam tecit tomel je kan menatam pocketful ni.
tapi boleh tahan besar jugak la..
tengok term 'besar' tu mengikut individu.
pada aku besar la jugak..

pandangan depan

see? ibu jari aku yang besar gabak pon nampak sangat comel.
hahah! *pangg!*
dalam menatam ni ada ayam, salad n macam2..
termasuk la 2 benda yang aku tulis xsuka tu.
yang kaler kuning belah kanan tu nachos, yang cekilet belah kiri tu aku xtau amenda.
bacon kot. eh, bacon leh makan ke? bacon bukan bontot piggi ke?
nachos siriyes aku xsuka. sebab tu aku pon xsuka gak jajan cachos tu.
rasa dia macam kesat2 sikit. xsuka, xsuka, xsuka!

pandangan atas

kahakkahakkahakkahakkahak...
kosong semata. kahakkahak...
tapi jangan risau.. kenyang makan ni..
aku sampai xabes tau..
tapau bawak makan dalam kereta..

close up


close up lagi

oiii.. oiii.. da lerr.. kata xsuka nachos..
nak berapa banyak close up..
hahahaha.. saja..
konon2 nak sexcited la snap banyak2 sebelum makan..
sekaliiiii.. xsuka nachos...
sobs.. *boooooo..*

aku xtau sos kuning2 dalam menatam ni sos apa.
nampak je kuning sama kuning dengan jalapeno cheese [sos kuning kat cheezy wedges] tapi rasanya lain sangat.
aku sak [baca: syak] sos thousand island la..
xsuka la.. masam2 tah kejadah rasa.. [aku pong xpernah rasa sos thousand island]
sapa boleh masuk sos thousand island, d galakkan la makan ni..
aku forever alone dengan toasted twister.. yummeh!

Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan, Nak Sainnnnnnn....

aku ni memang ketinggalan zaman tahap cipan bawah tempurung.
dia da laaaaaama kerja sini, tapi aku n de geng baru tau.
itu pon nampak dia tadi kat lif.
sungguh watdehel..

agak2 mintak jadi pengacara nona ganti nurul ain nurul syuhada nurul hidayah dapat x?

Psssttttt....

hari kedua tidak kekucupan kecukupan tido.
again, malam tadi aku tido pukul 2am.
semalam xcukup tido sebab kelmarin aku tido pukul 2am, bangun pukul 6am.
arini pon sama.
malam tido pukul 2am, bangun pukul 6am.
dalam filem Kongsi ada menyebut "manusia normal memerlukan tido 8jam sehari".
iye.. maksudnya aku xnormal?
xnormal? abnormal? abdomen?

aku hangen sebenarnya dengan en. boxfren semalam.
semua gara2 sms.
geram betul aku.
dia tu kan, bila orang tanya, dia suka xmemberi jawapan yang sepatutnya.
makin mengkonpiuskan aku lagi ada.
aku ni kalau tengah sakit, memang malas nak cakap berjela2.
aku nak, sekali aku tanya, ko jawab dengan terang, jelas n nyata tanpa perlu aku soal jawab48x.

contoh:

A: ko nak datang amek kete ke?
B: esok aku anta ko g keje.

sungguh watdehel ok.
last2 sampai 2am aku xtido lagi.
bengang punya pasal. [bengang bukan sebab benda ciput tu je, ada lagi]

so, moral of the story, semua pasangan gaduh.
sapa kata kitorang xgaduh.
eh... x. x..
moral of the story, pahami soalan supaya ko lulus SPM.
sekian.

Monday, June 27, 2011

Edisi 501: Emosionale

nak cerita pasal malam tadi.
aku betul2 xboleh tidor. terkebil2.
aku off lampu pukul 11pm.
terkebil2 punya lama, aku rasa xboleh belah lagi, aku on tv.
tengok jam, baru pukul 12am.
lorrr.. punya lama aku terkebil2 baru sejam?
aku xboleh terkebil2 saja2 start pukul 12am.
kang ada je la cerita2 seram lalu-lintas dalam palotak aku.
better tengok tv sampai lelap.

channel lain xmenarik hati menayangkan show talk la, gameshow la, berita la, watever la.. so boring..
so, tetapkan channel ntv7. itu je la 1 yang ada cerita.
cerita tah dari negara mana tah, ala2 cerita bajet murahan.
kalau kat malaysia ni, da kategori cerekarama, bukan cinematografi punya cerita.
sekaliiiiii... cerita seram la pulakkkk..
hantu muncul sekali sekala je tapi dia punya hantu, real woh!
xde rebonding2, rambut panjang bagai. xde..
itu semua so 2000 okehh.
hantu dia hantu irish maid.
mati kena dera something like that.


cenggini la hantunya, tapi muka luka2, baju putih.
muka dia ada macam the exorcist ni.
memang sungguh bangsat cerita hantu memalam okeh. [da kalau siang menarik ke?]

ok, mana bab emosionale nya ni? [motip over sebut emosionale??]
ni bab rancangan telebesen je ni..
sabar.. sabar...
tengok2 lepas cerita tu, ada america's got talent.
memang seronok la aku xtidor2..
aku suka reality show yang ini sebab boleh mendatangkan kesan emosionale.
banyak background contestant yang sedih2.
contoh masa aritu, ada magician.
d sebabkan ekonomoney, dia kehilangan rumah, kereta.
sebelum2 dia pon ada magician jugak tapi hampeh sangat.
so, judges pong macam "ahh sudahh.. lagi soranggg.."
tapi dia buat hebak okehh..
bini dia yang jadi assistant dia.
bila semua judges kata "OK", nangis anak2 dia kat belakang stage.
dengan aku sekali nangis. sobs.

yang ada sekarang show yang lama punya, bukan latest.
xpe la at least dapat la jugak tengok.
kira ada la jugak bahan yang boleh d tonton malam2. [1am, da pagi okeh]
so, malam tadi, masa aku terkebil2 kul 11pm-12am tu, aku teringat pulak masa kecik2.
tiba2 aku ter-emosionale. nangis sampai teresak2.
sumpah aku selama ni xteringat langsung memori yang aku terimbau malam tadi.
sumpah aku xpernah berdendam selama ni sampaikan aku boleh ingat kisah tu.
kecik lagi masa tu dalam 4-5 tahun. tapi boleh ingat.
sumpah aku sedih sangat. emosionale sungguh!
tapi aku xnak cerita. sebab ni biar la aku sorang yang rasa.

so, bila tengok pulak america's got talent tu, lagi la aku bertambah emosionale.
lagi la meleleh laju air mata aku. sobs. sobs.
yang ini biar aku kongsi perasaan sedih dengan korang..

ada sorang contestant. pompuan. xcantik, tetek layut, muka biasa, pakai spek, rambut da makin berkurangan, pakai pulak biasa2 je. cardigan dengan jeans. aku bukan prejudis, sila baca sampai abes. yang menyedihkan, dia mengalami cacat kekal sejak lahir iaitu sumbing! sumpah ini sangat sedih! aku xtau orang lain macam mana, tapi aku xpernah memandang rendah orang2 macam ni. orang cacat macam dia, memang betul hilang 1 kelebihan, tapi percayalah, Tuhan itu Maha Adil. Dia tarik 1  kelebihan, Dia bagi 1 keistimewaan. yang orang lain xada.

sebelum dia masuk, host [Nick Cannon] ada interview dia. tanya bila start nyanyi pe semua. so dia cerita la, umur dia 43 tahun, kerja sebagai juru'whatisit?' kat jabatan x-ray. bapak dia begitau dia yang dia start nyanyi sejak umur 3 tahun. untuk pengetahuan, sumbing dia ada 2. kiri n kanan tapi da sambung la kan dari kecik. tapi korang dapat bayangkan kan kalau sumbing macam mana bunyi kalau diorang cakap, sengau. jadi dia ni d pandang rendah kat sekolah. seumur hidup dia, xpernah ada boipren, xpernah dating, xpernah bersosial. masa ni aku da sedih da, da nangis da ni. dia join america's got talent ni pong bukan untuk dapatkan apa2, tapi untuk merealisasikan impian dia supaya masyarakat tau dia berpotensi [kot.. aku lupa..]. sobs.

masuk je stage, siriyes judges xpandang rendah kat dia. Piers Morgan tanya, da pernah pergi mana2 audition ke. yela, kalau dia kata da masuk american idol 8x kali tapi semua kene rejek maksudnya memang betul la dia xde bakat kan? tapi x okehhh.. dia jawab [aku alihbahasa] "saya pernah pergi audition untuk sebuah kapal persiaran. tapi lelaki tukang audition tu langsung xmemandang saya dan terus me-rejek saya". masa ni aku da teresak2 da. sumpah lelaki tersebut diskriminasi okeh. memang lahabau. kalau betul pong dia sumbing, at least dengar la dulu.. tapi ni xpandang pong ek. terus je rejek. macam sial.

so judges suh dia nyanyi. masa dia start je nyanyi, saaaammmmmpai abes, memang aku naaaaaaaaangis aje. sumpah sedap! xdengar langsung sengaunya. bes giler okeh.. memang tacing. audience sampai nangis2 jugak. judges pong terkujat2. bila dia abes je, memang gemuruh la tepukan n sorakan audience. so, judges pong komen.

[semua aku alihbahasa]
David Hasselhoff kata: "awak pergi balik kat kapal tu, saman lelaki tu USD$40k. sebab awak berhak!" *audience bersorak*
Sharon Osbourne kata: "awak xpayah audition kat kapal tu lagi sebab mereka xkan mampu bayar awak!" *audience bersorak*
Piers Morgan kata: "awak xpayah pergi ke kapal tu semua sebab awak akan pergi ke vegassss!!!" *audience bersorak*

nangis aku makin laju wohhh... sedih.. perjalanan hidup dia harung sorang2. pandangan negatif, pandangan buruk, sinis, semua hilang sebaik je dia nyanyi. lepas ni, orang akan pandang dia sama macam orang lain. macam orang normal lain. itu yang dia nak. bukan sebab duit atau populariti semata2. sobs sobs...

memang malam yang sungguh emosionale sungguh.
datang kerja, mata bengkak. sadis.

Sunday, June 26, 2011

It's Natural When It Came To Jealousy

hahahahahhaa... memula nak gelak dulu..
tengah berangan ni.. berangan cakap BI..
nampak benor nipunyee.. orang jawa mana reti cakap BI.
hahahhaaa..

ok. nak cakap sikit..
pasal jeles-menjelesi.
lumrah la kalau boipren jeles atas sebab2 tertentu.
bukan 100% boipren dapat menerima apa yg gelpren dia buat walaupong boipren memang sporting bagai nak rak.
sebab lelaki dia ada sifat protective proactive dan productive terhadap orang yang dia sayang.

dia jeles pong, dia xmarah..
dia just jeles la..
tapi dia xde la marah..
macam ko da siap2 nak pergi dating, tiba2 gelpren tertinggal wallet.
semua xbawak.
xkan dia nak marah. paling kurang pon dia bebel je la kan..
[kalau dengan Mr. Kijam, lama da kena maki].

so, kena la paham..
dia xmarah, tapi sifat protective dalam diri setiap lelaki tu yang membuatkan pasangan perlu bertindak cerdik pandai..
kurangkan2 perbuatan yang boleh boipren menjadi jeles.
dia jeles pong mebi sebab gelpren selalu buat perbuatan yang membangkitkan sifat protective itu.
kalau jarang2 dia mungkin akan selambeh saja..

paham? xpaham? aku pong kurang paham.
hahahahaa..

Friday, June 24, 2011

Sombong Menyombong Bukan Amalan Kita..

[patutnya entry semalam tapi tengah taip2, bateri abes. sekian.]


tadi balik dari meround 1 selangor, aku n en. boxfren lepak mamak melepas lelah.
sebelum melangkah masuk, en. boxfren kata "artis, artis"..
aku ingat dia kata aku yang retis, rupanya orang yang dalam mamak tu. cisss..

aku kenal orangnya tapi nama xtau. lelaki.
tapi aku just angkat tangan je la masa lalu depan dia. dia pon senyum balik.
bila aku tanya en. boxfren senyum ke x dengan dia, boleh dia kata "buat apa. dia bukan kenal aku pon".
bongok okehhh.. bongok..
gitu ler gaya orang xpernah jumpa retis.
kahkahkah..

xpayah la menggelijat [kak pidah, pinjam perkataan jap] nak mintak sain ke hapa.
giler apa, da orang tu pon ada pribesi jugak.
tengah lepak2 yamcha pakai topi mancing jangan carik pasal.
kalau lalu depan dia, just senyum, or angkat tangan.
tu je. so diorang pon akan senyum balik.
tanda membalas sapaan korang.

kecualiiiiii.. retis yang ko jumpa tu pompuan.
aku xtau nak 'menyapa' diorang macam mana.
sebab pompuan ni.. hmm.. bukan sombong..
cumaaa.. cumaaa... diorang ni sukar dijangka..
penat ko angkat tangan, senyum bagai, lambaian ratu cantik pulak.
tapi tiba2 dia pandang tempat lain, buat2 xnampak.
bodoh kekwat ok, kekwat.
eh, xsemua. segelongan jek. retis lelaki pong ad ayanga kekwat jugak.
malas nak cakap sapa. hahah!



notacintaik: haryanto hassan. kenal? aku sak [syak] dia dok area rumah situ.

Wednesday, June 22, 2011

Peraturan2 Di Putrajaya..

ni untuk orang2 yang xbiasa/jarang ke putrajaya.
ni bukan entry mendabik dada sebab kerja sini.
tapi sebab 1. annoying, 2. taking care sesama insan.

1st thing yang aku nak cakap sangat2 ni..
kalau korang berada kat trafic lite n nak belok ke kiri, sila2 la tengok signboard [biasa sebelah kiri, kaler biru] yang tertulis "Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan".
kitorang ni, memang maklum kalau orang yang jarang datang memang xtau.
so, ni aku nak bagitau.
kalau nampak signboard ni, sila la belok kiri jugak walaupong trafic lite belah ko sedang merah.
tapi dengan syarat.
syaratnya, xde kenderaan dari arah lain nak menuju ke jalan kiri yang ko nak belok tu.
itu je. senang kan?
aku ni punya la lama tunggu ni, siap hon2 lagi tapi xreti2 jugak.
maka, memang paham la bahawasanya beliau xtau pasal ni sebab beliau xaware dan xbiasa datang puterajaya.
so, ni aku da bagitau, sila aware.
[orang putrajaya ni jarang guna hon. jenis bersabar dengan segala dugaan. aku je yang guna. hahah!]

2nd. kat roundabout besar kat kompleks A-E tu. [persiaran Sultan Sallahuddin]
itu kan roundabout. bukan litar.
jadi peraturan roundabout, simpang ko jauh, ko pandu lane paling kanan.
contoh ko nak pegi simpang pukul 3, 4 atau 5.
sebab, orang2 yang nak masuk simpang pukul 7, 8, 9 tu nak belok dulu dari ko.
jadi ko jangan halang jalan dia.
da menjadi sistem roundabout macam tu.
bukannya sapa laju, dia kat lane kanan, sapa lembap kat lane kiri.
lahabau. ko hon aku sekali lagi, aku tembak ko.
[kejadian: hari ahad, lane lengang. aku lambat lagi nak sampai simpang aku, so aku ada kat lane tengah. tiba2 datang avanza super bongok suruh aku ketepi. sungguh watdehel okeh. kiri kanan ada kosong yang ko nak berebut jalan dengan aku apasal?]

3rd ni paling penting. [penting patut last ke?]
ini melibatkan duit.
duit je mesti saman.
kat sini banyak cctv.
so, kalau da kata dilarang membuat pusingan U ke, O ke, Z ke.
sila la paham. silap haribulan, sampai je surat saman siap gambar.
[ni aku selalu buat. tapi da serik da sebab bf partner aku kena rm300 sebab buat u-turn ni]



notacintaik: cikhel, sila betulkan if aku salah. ko orang tempatan. kehkehkeh..

Tuesday, June 21, 2011

Bulan Depan..

bulan depan da puasa..
aku berazam nak balik kampung sebelum puasa n masa puasa.
bayangkan la..
tahun lepas, sekali pong aku xdapat berbuka dengan diorang.
sedih betul la..
tahun ni, aku da siap2 pesan kat adik aku.
masak sedap2 sempena nak puasa.
aku yang d perantauan ni, asek2 dengar diorang makan itu ini.
[minggu lepas diorang makan jantung pisang cicah sambal. giler sedappppppp!]
*ngences aku, tau x?

sebab family aku ni pelik sikit.
time2 puasa, mana pandang sangat ikan2 ni.
balik2 ayam, ayam, ayam.
bapak aku sekali sekala beli gak ikan tapi yang menyentuhnya sikit sangat.
lebih rela makan dengan sayur je.
tapi kannnnnn..
masa puasa tu, aku nak balik masa period la..
sebab masa tu aku akan paksa bapak aku masak2. [sifat keji yang xpatut d contohi]
orang jawa ni, dia ada 1 hari akan masak banyak2 pastu hantar kat rumah sedara mara.
so, aku nak paksa bapak aku buat masa tu.
dengan alasan, aku boleh jadi tukang rasa.
wahahahahaa...

sori to say nak suruh adik aku yang last tu rasa.
dia dari umur 5 tahun da puasa penuh okehhhh..
penuh means xde ponteng2.
aku makan depan dia saja2 pong dia xheran.
giler terer.
aku pong puasa penuh masa da baligh je.
sebelum baligh tu siap g curik rambutan lagi. [tapi rambutan bapak aku, aku curik makan je]
hahahahaaa..


kamus jawa:
*ngences -  meleleh air liur a.k.a drooling.

Sunday, June 19, 2011

Hoi.. Hoi.. Blog Nak Kena Hacked!!!!!

aku dapat tau dari en. zulkbo, banyak blog nak kena hack.
sekali blog aku tersenarai.
apakahhhhh???????

tolong la.. check la blog anda sekarang!

Ex-Wife Datuk K Berkahwin Kembali.

eceh.. tajuk macam reporter gosip.
hahahaha..
aku memang penyebok, bizibodi or whatsoever.
tapi aku bukan nak cakap pasal majlis dia ke, dia kawen lagi ke.
tapi nak sentuh sikit apa anak bongsu dia cakap kat reporter NONA.

dia kata.
"mula2 terkejut jugak. tapi xpe la.. sebab bla bla bla bla.."

heiiii... bapak ko kawen dengan siti nurhaliza lagi mengejutkan malaysia okehhhh...
!@#%^&*

Friday, June 17, 2011

Saya Sedih..

time sedih2 la baru nak guna saya. huh!
xnak hipokrit la.

aku sedih..
sebab semalam, aku mimpi..
aku mimpi cabam..


berapa kali nak cakap, ini cabam.

aku mimpi.. aku g konvoi.
g rumah sapa tah. tapi kat rumah tu ada adik aku.
lepas tu jalan nak ke dapur, lalu kat 1 bilik tu.
bilik xde pintu. nampak cabam tengah tido atas katil.
gaya tido dia yang biasa macam dalam gambar tu la.
aku cakap kat adik aku "e'eh.. ada cabam la.."
terus aku panggil dia.
dia macam biasa la, dengar suara aku je terus bangun.
dengan mata bersinar2 gembira lari2 kat aku, mintak dukung.
aku peluk dia, aku cakap, "rindunya kat cabam".
dia diam je baring kat bahu aku.

itu antara sedutan dalam mimpi aku.
xsedar pong semalam sebenarnya kamis malam jumaat.
mimpi benda yang da xde..
kalau aku ingat dia, dia akan ingat aku?

Thursday, June 16, 2011

Salah Aku Je..

dialog

A = Aku, B = Boxfren

situasi 1.

A: arini aku nampak cantik dari biasa kan?
B: x. *kunyah2*
A: ko memang sengaja xnak setuju dengan aku kan?
B: apsal pulak? *kunyah2*
A: selalu xsetuju pendapat aku.
B: ko tu lagi teruk. saja cari gaduh. *kunyah*
A: eh, bila masa pulak?
B: aku tengah makan, ko cakap benda2 yang memualkan.
A: jahanam.


situasi 2.

B: uihhh.. banyaknya signboards...
A: mana?
B: tu haa banyak2 tu..
A: itu bukan signboard. itu billboard.
B: ko saja cari gaduh dengan aku kan.
A: eh, apsal pulak.
B: saja je xsetuju pendapat aku.
A: pulakkk..

Godam Hack Godam Hack - Anonymous

sekarang da pukul 8.42am, maksudnya da boleh rasa selamat ke apa?
orang2 yang menggunakan nama anon ni memang menyusahkan orang.
g jahanam boleh?



Malaysia Official Government Website
(
DoS / Switched off - Up at 3:49am - Down at 4:06am)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.comHacked + leaked 
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia)Hacked 
Tourism MalaysiaUnaffected 
UiTM PenangHacked 
JBiotechHacked 
Social Welfare Department (Ezi2Care)Hacked 
CIDBHacked but back up12:20am
Land Public Transport Commision Hacked but back up12:15am
1MalaysiaDoS / Switched off3:45am
Malaysian Communications and Multimedia CommissionUnaffected 
ASEANConnectDoS / Switched off 
Malaysian Meteorological ServiceDoS / Switched off 
Ministry of EducationDoS / Switched off 
Suruhanjaya Pilihanraya MalaysiaDoS / Switched off 
Bomba DoS / Switched off 
TMNet Unaffected 
Perbendaharaan MalaysiaDoS / Switched off 
Kementerian Kerja Raya MalaysiaDoS / Switched off 
Parlimen MalaysiaDoS / Switched off 
Malaysian TreasuryDoS / Switched off 
University Kebangsaan MalaysiaDoS / Switched off 
Jobs MalaysiaDoS / Switched off 
Information, Communications and CultureDoS / Switched off 
Human Resouce MinistryDoS / Switched off3:59am
National Sports CouncilDoS / Switched off 
Polis Diraja Malaysia (PDRM)DoS / Switched off 


sumber: yes

Wednesday, June 15, 2011

Anak Angkat

bercerita tentang adik aku yang last tu, dia kan gelap.
gelap lebih dari kitorang.
nak ikut keturunan, dia termasuk keturunan sapa, aku pong kurang pasti..

adik beradik aku ni pulak jenis rajin menyakat.
pantang ada yang perangai pelik2, laju je cakap "ko anak angkat kan?"
mulut cabul memang cabul la sebab adik2 aku 1 je beranak kat sepital, 3 lagi beranak kat rumah.
kejadah la anak angkat kan?
tapi tu la. saja nyakat..

tapi adik aku yang f3 tu memang melampau.
dia sakat adik aku yang last tu memang melampau.
dia siap cakap "kalau da anak angkat tu, anak angkat la jugak".
ni kalau aku dengar mau kena sepak dak ni.
tapi sebab adik aku last tu dia kental, jadi dia xheran la sangat dengan kutukan tu.
semua tu celah gigi je pada dia.
sebab kan semangat kental dia tu la kadang2 yang lain xpuas hati.
dia gedik semacam, tapi buat macam mana pong xkan nangis.

tapi sekental2 dia, dia pong ada hati n perasaan.
lagi2 dia budak lagi. kecik lagi.
so, ada la 1 aritu bapak aku amek aku.
tah dari mana tah aku xingat. ada la dalam 2-3 tahun lepas.
dalam kereta tu cuma ada aku, bapak aku n adik aku yang last tu.
pastu dia cakap "abah.. kita nak tanya sikit boleh x?"
bapak aku kata boleh la kan.
so dia tanya "betul ke kita ni anak angkat?"
wooooooo... serius sedih okehhhh...
kecik lagi dia masa tu. darjah 1 ke 2 camtu tapi da tanya benda2 camtu.
sobs sobs..

bapak aku tanya sapa yang cakap, dia kata adik aku yang f3 tu.
cisnasbengs sungguh!
kot ye pong nak menyakat, jangan la sampai selalu sangat guna benda yang sama.
opkos la dia rasa suspicious jugak kan?
sampai rumah tu, memang kena la adik aku f3 tu..
sedap je kan kata orang anak angkat..



notacintaik: en. boxfren pulak kata adik aku yang f5 tu yang macam anak angkat sebab muka dia lain dari yang lain. buta huruf la en. boxfren ni.. sebab orang selalu cakap adik aku f3 & f5 tu kembar tau. caner plak f5 tu yang jadi anak angkat..

Monday, June 13, 2011

Memorable..

teringat masa kecik2..
rasa cepatnya masa berlalu.
sedih. rasa nak ulang semuanya.

adik aku yang last tu memang sangat2 gedik masa kecik2 dulu. adik2 aku yang lain semua menyampah dengan dia. xsuka dia, marah dia. tapi dia kental, xnangis sememeh. cuma dia gedik la dengan mak bapak aku. dok meleser2. mak bapak aku layan je la. da kata anak bongsu. tapi dia lagi rapat dengan bapak aku. mak aku rapat dengan yang 2nd last.

yang last ni, dari kecik dia memang gelap, suka makan nasik lauk telor mata n kicap. kicap bukan calang2 banyaknya. da jadi kuah. itu sebab dia gelap dari kitorang semua. hahaha.. tapi dia makan memang xcerewet. lauk itu je dia da puas hati.

kitorang adik beradik lain ni, bila dia makan je, suka mengendeng. padahal bukan lauk apa pong, telor mata+kicap. tapi dia punya sedap lain macam beb. macam nak amek terus je nasik dia tu. bila ramai2 mintak nasik dia, mengamuk la dia. tapi dia bagi jugak rasa. nanti dia suruh kitorang buat sendiri lauk macam tu. sumpah xjadi okeh!

muka2 mintak penampar nasik adik.

telor tu mak aku yang gorengkan. dia cuma amek nasik dengan curah kicap je. kitorang buat sebijik sebijon macam dia, tapi hampeh. xsama! xsedap macam dia punya! pernah jugak suruh mak gorengkan telor mata tu, tapi kena bebel dulu la baru dapat. kitorang bukan malas, tapi sebab nak rasa sama macam dia punya. tapi still xjadi jugak. kejadah tah susah sangat. givap!

dulu, dia ni xpernah tido dengan orang lain selain dari parents aku. kot balik kampung sedara-mara banyak, cousin banyak, dia tetap tido dengan mak bapak aku. bukan dia nak sangat pong tapi mak bapak aku yang paksa. terbalik eh. ada sekali tu aku balik cuti sem. aku pong ajak dia tido bilik aku. aku tido bilik tu berdua dengan adik aku. xingat yang no 2 ke 3. tapi dia sangat2 xsetuju la nak ada dak gedik tu dalam bilik aku. tapi aku nak jugak. tapi aku sound awal2 kat dia, "jangan ngada2 nak nangis malam2. nangis, ko pergi sendiri bilik abah. lepas tu jangan ngada2 nak kencing. tahan je sampai esok pagi". wahahahaha.. giler kejam.

tapi amazing la dia xnangis pong masa tu. dia kecik sangat masa tu. dalam 3-4 tahun la. still comel masa tu. sekarang da comot, da darjah 4. kat johor, darjah 1,2,3 tu dipanggil tahap 1. darjah 4,5,6 tu tahap dua. tahap 1 tu macam pengenalan la. tahap 2 tu kira da core sikit untuk UPSR. so, dia da masuk tahap 2. rasa kejap je masa berlalu.

sekolah petang [sekolah agama] pong dia da naik tahap 2. tahap 1, kelas pukul 200pm-330pm. tahap 2 pulak pukul 330pm-630pm. so, sekarang dia balik sekolah boleh la rilek2 dulu sebelum g sekolah petang. masa 1st day sekolah awal tahun aritu, adik aku yang f5 balik sekolah nampak dia tengah senang lenang tengok tv. mengamok la orang tu nampak adik dia 1st day da xsekolah petang. last2, adik aku tu cakap "eh, kita da darjah 4 la". malu sehhhh adik aku f5 tu.. segan je.. aku gelak je bila dia kol aku bagitau kemaluannya itu. dia pong cakap "aku rasa macam xpercaya dia a darjah 4. rasa dia tu kecik je lagi". tula, aku pong xpercaya. rasanya dia tu still lagi anak bongsu yang kena letak kat rumah diam2.

sebenarnya aku sendiri rasa adik aku yang f5 tu da besar sangat. sebabnya, one time bila ko tengok budak kecik tapi rasa kejap je dak kecik tu da besar, tu tanda ko da matang la. orang xmatang je yang akan cakap "mesti la budak tu da besar, xkan nak kecik je sepanjang masa". sebabnya, ko da nampak efek masa berlalu. dak kecik2 mana dia sedar masa berlalu ke, adik dia da besar ke, kucing dia da besar ke. dia xde kesah pong.

ada 1 peristiwa yang aku xkan lupa sampai bila2. dia ni dari kecik2 belum mumaiyiz pon dia sebok nak pakai telekung. so, bila dia nampak ada yang xsembahyang, dia akan tanya kenapa xsembahyang? jawapan ringkas yang kitorang kasi cakap la kitorang cuti. selalunya dia tanya mak aku la. sebab dia suka follow bapak aku sembahyang, yang lain sembahyang kat bilik lain. so, ada sekali tu, bapak aku xpergi sembahyang jumaat sebab migrain. dalam sejarah adik2 aku da besar, ini la 1st bapak aku xpergi sembahyang jumaat. petang tu aku sampai rumah, dari mana aku sendiri xingat. so, adik aku f3 tu mengadu la bapak aku xpergi sembahyang. so, aku kecoh2 la tanya apsal xpergi sembahyang jumaat. dari dapur lagi aku da sebok tanya. tiba2 datang adik aku yang last tu, dia cakap "abah tuti [cuti] la.. tuti, tuti..". apa lagi, bantai gelak la.. hahahaa... tapi bila aku tanya kenapa abah cuti, means cuti tu disebabkan apa. dia cakap "tuti la, tuti.. xkan tuti pon xtau..". hahahaha... kelakar beb. sebab kitorang xpernah ajar dia skip sembahyang sebab sakit, so yang dia tau, xsembahyang je mesti cuti. hahahahaa... da la masa tu pelat. comel giler!

masa kecik2 cenggini la comelnya.

imbas balik masa muda2 kecik2 macam tu, rindunya..
rasa nak putar balik masa..
lagi2 masa kitorang makan biskut dia masa dia baru2 tumbuh gigi.
bes woo biskut tu.. bapak aku ngamok je sebab kitorang ni da layak makan biskut kering patsegi tu tapi ngengada curik biskut dak tecit tu.
hahahahaa... wat a suwit memory..


notacintaik: anak kucing aku kat kampung mati sebab kena bunuh dengan kucing jantan jahat mana tah. sedih!

Saturday, June 11, 2011

Harap Maaf..

entry sebelum ni, si mamat tu yang nge-post.
aku xpasti la beliau pakai apa.
tapi aku ajar post pakai emel je.
tapi sebab lappy aku pada beliau dekat seminggu, mungkin jugak beliau yang login blogger ni.
sebab username n password memang sedia ada save.
senang lenang la beliau access. (╥﹏╥)

lepas ni, beliau je la banyak buat entry.
so, sapa2 yang kata aku nipu la pasal beliau, bohong la, sila la berurusan dengan beliau sendiri.
kalau nampak ayat ke, penggunaan bahasa yang lain sikit tu, beliau la tu..
tapi, aku mintak awal2, maafkan la beliau ye.
beliau memang bengap sikit bab2 blog ni. [bukan blog saja tapi semua benda]
wahahaha.. hahahaaa...

...aku tak reti la..!

xyah le nak mintak aku tolong update blog nko ni..
aku x reti la nak ber'blog'2 ni..huh!
 .....
betul..
mane aku reti..
































eh..macam ni je ke wat entri?
eleh..senang je..hmm..

aku post je ye..?
hehe..

Friday, June 10, 2011

Dialog

tiba2 da hari jumaat kan?
cepatnya minggu ni berlalu.
rasa belum buat apa2 lagi.
hohohoh..
[orang lain da xsabar nak cuti weekend, aku je sorang je kata belum buat apa2 lagi]

lokasi dalam kereta, beberapa minggu lepas. [tiba2 aku teringat balik]
masa tu tiba2 teringat pasal raya.
so, aku pong menetapkan rules antara aku dengan en. boxfren.

A = Aku, B = Boxfren

A: aku tau, lepas kawen, tahun pertama raya kat rumah aku. ai don ker [i don't care]..
B: okeh..
A: yesssss!!!
B: tapi raya tahun kedua, ketiga, keempat dan seterusnya kat rumah aku pulak.
A: !@#$%^&*

hampeh, korang tahu x hampeh? (╥﹏╥)

Thursday, June 9, 2011

There Goes My 2 Days Off..

tido, bangun, makan, berak, tido.
ulang sampai lebam.
itu 1st day off..
biasa la konon2 nak bermalas2an. [padahal memang malas]
sekali, 2nd day tu, kena migrain okeh.
sakit yang amat.
da la lama xkena migrain ni.
sakit dia macam orang tarik2 rambut, punya la berdenyut2.
memang membuta je la aku sepanjang hari.
baju sebakul xberbasuh.
ada sapa2 baik hati nak tolong basuhkan, jemur, lipat dan sebagainya?

Monday, June 6, 2011

Alahaiiiiii...

aku cuma cakap aku suka nora danish.
aku xde kutuk2 pong sapa yang aku xsuka tapi ko suka.
sumpah aku xkesah ko nak minat sapa.
lantak la.
itu kan hak masing2.
xkan la aku nak paksa ko suka nora danish jugak.
gilos!

Sunday, June 5, 2011

Kenapa Aku Suka Nora Danish

sebab dia cantik.
sebab dia cantik.
sebab dia cantik.
sebab dia baik.
sebab suara dia xmacam suara itik bila menjerit.
sebab dia xrampas suami orang. [atau belum rampas]
sebab dia mintak dengan baik 1 syarat penting pada pengarah SPA Q.
sebab ketiak dia putih.
sebab dia xmenggedik meleser2 kat lelaki.
sebab dia handle masalah rumahtangga dia dengan baik.
sebab dia xbunuh pompuan yang rampas laki dia.
sebab dia xperlukan publisiti murahan untuk naikkan nama dia.

sekian, terima kasih.


UPDATE:
sebab dia suka makan pedas. ngeee.. :D

Thursday, June 2, 2011

KFC vs McDonald's

boleh sesiapa bagitau, kenapa harga McDonald's lagi mahal daripada harga kepsi?
aku bagi contoh, air mineral.
McDonald's punya mahal gilos okeh..
apsal ek? cer citer, cer citer..



KFC
McDonald's
Mineral
2.30
2.85
Iced Milo
2.90 & 3.80
4.30 & 4.95
Nestea
2.80 & 3.60
3.45 & 4.30
Soft Drinks
2.55 & 2.95
2.90 & 3.25
*harga dalam RM


opkos la beverages je boleh compare.
lain2 xboleh la nak compare sebab main menu dia lain..

Disyorkan Oleh Hanis Zalikha.

apsal? xcaya?
xcaya sudahhhhhh...


jadiii.. aritu hanis pergi HK d sponsor la ek?
giler la.. bes giler sponsor2 ni..
ehemm.. uols, sila la sponsor iols..
hikhikhik..

Macam Mana Kalau.....

tiba2 korang bangun tido, semua dalam dunia ni berubah?
mak bapak korang bukan mak bapak korang yang sebenar.
adik badik korang semua xkenal korang.
sms boipren, boipren xkenal korang.
macam mana?? haa??

situasi ni lebih kurang macam movie keluar aritu kan?
tah apa tah tajuknya tapi lebih kurang macam tula.
bangun tido je, semuanya berubah, tapi semua tu sebenarnya komplot nak jatuhkan dia.
tapi macam mana jadi kat korang?

pergi opis, semua orang tercengang apa korang buat kat opis tu, sedangkan korang memang hari2 pergi opis.
nampak semua orang melalui hari2 macam biasa cuma korang je yang lain.
tengok IC, nama da lain dari sebelum ni.
ha? panik x?
woiiiii.. sila la panikkkkkkkk!!!!!!
ehem, korang kenal aku lagi x?
Related Posts with Thumbnails