..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Saturday, December 31, 2011

Aku Baru Tahu,,,,,,,

ini bapak angelina jolie rupanya.
sungguh sungguh sungguh sungguh ketinggalan zaman aku ni. *lapairmata*
no wonder lakonan mantap.
mana tak jatuhnya kuah kalau tak ke alas meja ye tak?

Friday, December 30, 2011

Tangan Berjalan.

aku tak suka orang yang jenis bercerita sambil tangan berjalan.
bukan berjalan meraba2. haih korang ni..
cerita sambil mencuit2, menepuk2 la.
itu maksud aku. paham?

aku tak paham kenapa kalau nak bercerita, bergossip, tangan kena jalan2.
rimas la hoi rimas!

rutin dia bercerita macam ni,
cuit2 pokpek pokpek cuit2 pokpek cuit3 pokpek pokpek.
bla bla bla lepuk bla bla lepuk2 bla bla blalala lepuk3.

gila ah. sorry to say, aku memang tak suka.
4 sebab kenapa aku tak suka.

  1. yang mendengar is telinga, bukan anggota lain.
  2. aku mudah terkejut. kalau tengah sedap2 kau ceita tiba2 tangan mencuit, aku terkejut. sumpah terkejut. sampai tindakan refleks, badan aku akan tersentak. 18x cuit, 18x tersentak.
  3. aku is penggeli. kalau geli, aku takkan melatah, tapi aku akan lempang. tindakan refleks juga tu.
  4. aku berdua je kot dengan kau, apsal nak kena cuit2 macamlah ada orang lain yang bercerita sampai aku tak fokus pada kau.

jadi, cukuplah kau bercerita dengan mulut, dan aku akan dengar dengan telinga, respon dengan mulut juga.
tak perlu gerakkan tangan kau cuit2, lepuk2.
kalau kau buat juga, maaf lain kali kau duduk sebelah aku, aku akan menjauh.

yang paling best, kalau dia tengah hebat bercerita, aku tengah masak pun dia sanggup berdiri sebelah. yang paling tak best, tengah2 masak dok kena cuit2, lepuk2.
aduhaiiii.. where's ur common sense?
aku tengah masak kot. kang aku terkejut kuali terbalik nak salahkan siapa?

Penting: ShoutMix Menamatkan Perkhidmatan Percuma 1 Januari 2012.

berita penting ni, aku dapat tahu dari laici.
bukan laicikang ataupun lai laici lai sofami sekolah tu.
tapi incek laici. kredit kepada beliau.
[sebenarnya aku tak tahu dia tu lelaki ke perempuan. haha]

sebenarnya, announcement ni ada kat shoutbox tu sendiri.
aku [dan juga kita] je yang tak perasan.
aku jenis malas tengok shoutbox tu.
sebab tu aku jarang blogwalking.
aku jalan ke blog yang komen aku atau yang aku follow je.
teruk kan?
well, what to say, i am so busy lazy, sluggish or whatever you call it.

okeh, aku ada screenshot dari team ShoutMix sendiri.
kalau rajin, baca.
kalau tak rajin, tak payah baca, terus tukar shoutbox.
senang, abis cerita.
tapi disadvantage nya, kalau kau kena tipu, padan la dengan muka kau.
hahahahaa..

tapi lebih elok la korang baca kat website dia sendiri.
lagi puas hati kan.
macam mana nak baca?
okeh, mula2 pergi belek shoutbox korang.

then cari "SHOUTMIX IMPORTANT NOTICE" macam dalam box hijau menyala yang aku buat tu.
dah jumpa? dah?
klik la... apa lagi..
lepas klik baru appear 1 webpage announcement tu.
nak klik, klik la. nak baca kat sini pun boleh.

klik kat middle button mouse korang.
itu jalan lama singkat nak 'open in a new tab'. tak payah right click bagai.
ha. dah, dah, pergi baca sana. lepas tu tukar shoutbox baru.

eh, lagi satu. incek laici suggest cbox untuk shoutbox baru beliau.
tapi aku memang tak suka cbox, jadi aku cari inisiatif lain.
banyak lagi shoutbox korang boleh pakai.
aku pakai yang mana?
rahsia la.. aku kan kedekut. hahahahaa...

Ohsem Sangat!


sumber: lovemeow.com

Thursday, December 29, 2011

Bakal Menjadi Peladang Berjaya

bermula pada 12-Jan-2012.

aku akan mengusahakan tanaman anggur yang memang menjadi pilihan rakyat malaysia dan graduasi2 yang tidak diterima bekerja di mana2 sektor pekerjaan.

Wednesday, December 28, 2011

Orang Kalau Malas Tak Boleh Nak Cakapkan Apa2 Lagi,

aku dah kol tapi tak jawab2.
bila kol orang lain, katanya orang tu keluar.
oooo.. keluar...
takpe, aku emel.
sejam aku tunggu, xde reply, xde kol balik.
aku expect belum masuk opis semula.
takpe, aku kol.

eh, ada pulak.
bila aku cakap aku dah emel, eh, tak dapat katanya.
lepas tu kata, eh terima pulak.
kau cakap macam apa ni?
jangan nak tipu la nak kata telefon kau tak tertera misscalled.
jangan tipu la emel kau takde button reply.
ini perihal kerja.
bukan main2.
nak main2 pergi balik.

tak pasal2 dapat 'bodoh' bila di belakang.

Tuesday, December 27, 2011

Perbincangan Mulia.

kalau aku bagitahu ni, korang jangan gelak okeh.
janji?
alaa.. korang angguk ke, geleng ke, angguk tapi fingercross ke, bukan aku tahu kan? *angguk2*
terpaksa bagitahu jugak kan? *angguk2*

okeh, macam ni. dulu, duluuuuuuu la kan, aku pernah bincang dengan en. boxfren pasal nama anak.
haaaa kaaannnnn.. aku dah cakap....
korang musti gelak punyaaaaa... ciss ciss sungguh. *nangis*

takpe. gelak la korang.
tapi aku nak cerita jugak.

macam ni. aku kan, entah macam mana, aku suka nama2 yang 'kebungaan' sikit.
tengok tu. gelak lagi. huh! *majuk*
takpe. aku abaikan.
sebab masa aku cakap kat en. boxfren, dia pun gelak jugak.

salah ke? best la nama2 bunga.
aku pun tak tahu bila masa aku suka nama2 bunga ni.
tapi suddenly aku rasa macam mendamaikan je bila panggil anak dengan nama bunga.
aku tahu, ramai dah namakan anak dengan nama2 macam ni sejak azali lagi.
contoh paling glemer ros-'something' macam rosmah [kahkah], mawar, melati, lily.
kawan2 aku ada jugak yang nama tu.
tapi aku bukan nak jenis nama2 yang macam kenanga, cempaka, teratai, dahlia semua tu.
taknak. aku nak lebih modern. lebih terasa kebungaan segar.
mawar, melati tu pun aku taknak jugak sebab aku terbayang kawan2 aku.
kang panggil anak tapi palotak terbayang kawan2.
tak best!

ros tu boleh dipertimbangkan, tapi aku taknak ros. aku nak rose.
takde sambung2 rosmah ke, roszi ke. just rose.
contoh lain yang aku nak macam jasmine, camelia, rose, rosemary, violet, iris macam2 lagi la.
kemain nak ikut ejaan engrish. kahkahkah..
kalau jasmine, boleh panggil jas, mine, ine.
kalau camelia boleh panggil cam, lia, camel. kahkahkah..

tapi jangan bangang sangat la sampai letak sunflower, lotus, chrysanthemum, poppy semua tu.
itu bukan cantik segar. itu bangang.
nak panggil apa?
sunflower panggil sun, flow, ower. kahkahkah
lotus boleh panggil lot, tus, otus. kahkah lagi.
chrysanthemum lagi tak boleh. kang kata too christianity pulak. murtad. murtad.
pilih nama yang boleh di-nickname-kan secara comel dan tak menyalahi agama. paham?
ecehhhh.. nak ajar orang pulak.
orang dah kawen, awak tu je yang belum CIK marina. *sorok*

tapi sebut pasal agama, nama2 ak suka tu boleh eja dalam jawi? boleh?
jasmine jim-sin-mim-ya-nun.
camelia kap-mim-ya-lam-ya-alip.
iris alip-ya-ro-ya-sin.
rose ro-wau-sin.
violet. err.. how???
va-ya-wau-lam-ta. viyulet? wat is viyulet??
no.. it's violet. ejaan betul but bunyi dia agak sengal la kalau baca betul2.
kau ni... suka tau pikir yang bukan2 dulu lepas tu baru nak pikir agama.
bongok tahu? [tahuuuuuuu...]

dan sebab itu la, aku mengkuburkan niat suci aku untuk menamakan anak dengan nama yang mengarut2 dan berangan engrish. (╥﹏╥)
mari namakan mereka, marinana, marinananana, marinanonanonano.
kihkihkihkih

Berjaya!

kucing topeng pernafasan sudah berjaya dipegang.
victory!! [kahkah.. macam citer korea pulak]

Saturday, December 24, 2011

Google.



sapa dah tengok website google sempena holiday season baru2 ni?
cantikkkkkk...
cubalah klik lampu2 yang liplap2 tu. :D

Friday, December 23, 2011

Taknak Sudah, Tetek kau Sebelah.

bila dekat blog, sering aku baca [lebih kurang] "** taknak memihak kepada sesiapa sebab ** taknak biased dan mempengaruhi bla bla bla".
ayat punya baik.
tapi bila kat FB, laser gila.
gila laser.
bila tegur, fan2 marah.
sengal.
aku cakap secara baik kot.
nak, terima. taknak, sudah. tetek kau sebelah.

Kucing.

again. lantak la kalau tak nak baca.

kahkah..

macam ni. ada 1 lagi stray cat yang aku macam suka.
putih tompok hitam. lepas tu pakai corong pernafasan kat hidung.
kaler hitam. hahahaha..

dia comel tapi dah tua sikit la.
besar, tough.
tapi taknak dekat aku bila aku try nak dekat dia hari tu.
so, aku expect dia memang takut orang.
ok. nevermind. i respect ur principles. kah!


tadi aku nak pergi kerja, aku turun, nampak dia tengah lena bawah kereta.
aku tegur dia. ecehhh.. nak jugak kata 'tegur'. hahhaa.
aku tegur 'nyawww' gitu.
dia bukak sebelah mata je. ciss..


masa aku tengah panaskan enjin, ada brader myvi lalu.
aku selambeh je la. nak buat apa, bukan ada kena-mengena dengan aku kan?
lepas tu aku keluar sebab dalam kereta panas sangat.
aku nampak brader tu dah siap parking. dia tengah jalan ke arah aku.
err.. bukan jalan dekat aku, tapi dia jalan mendekat ke tempat aku la bukan menjauh dari aku.
get it? tak? abaikan.


kat 1 area tu, aku nampak dia tunduk2 tengok ke bawah kereta2 yang parking situ.
padahal dia parking selang 4-5 lot camtu.
kenapa pulak tunduk2? cari barang ke?
tiba2 dengan tak semena2, kucing topeng penasaran penafasan tadi, berlari2 ke arah brader myvi tadi.
datang dengan ekor yang menunjukkan dia suka dan sayang orang tu.
tekujat gila aku!
sumpah aku ingat dia stray cat yang gengster tahap mafia macam scarface kucing kat komik amenda tah tu.
tapi rupanya dia sangat manja dan berhemah.
[memang sama sebijik macam scarface itu]


dia pun terkedek2 la follow brader tadi.
terkedek2 maksud aku kat sini is real punya terkedek2.
lebih kepada terhegeh2 sebenarnya.
then sebab brader tu nak cepat kot, dia patah balik kat kucing tu, tunduk, dan dukung dek kerana terhegeh2 nya dia berjalan kan.
terus aku ternganga. kuajaq punya kucing, kata aku kepada aku.
dengan aku punya la kerek, tapi dengan brader tadi, sopan santun je dia ek.
dasar gay. huh!


brader yang bersabar tadi, tangan kiri jinjing plastik banyak banyak banyak, tangan kanan kelek kucing.
terus rupa yang serabai berambut panjang tu jadi comel dan kiut. hikhik.





Thursday, December 22, 2011

Khas Untuk Abang Brader.

khas untuk abang brader blok sebelah yang aku jumpa semalam.
motip panggil abang brader?? abaikan.

semalam masa otw nak fetch en. boxfren ke pasar malam, aku jumpa abang brader ni.
aku lalu sebelah dia.
masa tu, dia kat kereta dia. sedang bagi stray cat makan.
banyak banyak banyak stray cat yang ada masa tu, makan kat sekitar kereta dia.
kat atas bonet belakang kereta dia, ada 1 tin biskut, yang terbuka penutupnya.
nampak dia menceduk dalam tin tu guna mangkuk kecik, dan tunduk pada kucing yang berdekatan.
i was touched.
setakat ni, belum pernah jumpa lagi [secara live] insan macam ni.
terharu. sangat2.

dan malam ni, aku baru teringat.
ini lah abang brader yang sama, yang aku terjumpa 2-3 minggu lepas, sedang bermain dengan anak2 kucing stray cat 2 ekor.
memang ekor2 ni nampak manja dengan beliau. dua2 manja.
kitten ni, memang aku dah lama nampak.
maknya pun aku kenal.
tapi tak sangka pulak diorang jenis tak takut orang. manja pulak tu.
aku percaya, abang brader yang manjakan diorang.
thanks to abang brader.

aku doakan Allah swt merahmati dan melindungi abang brader blok sebelah yang baik hati bagi makan stray cat.
semoga Allah swt beri rezeki lebih kepada abang brader supaya dapat bantu diorang di masa akan datang.
dan mungkin kita boleh sama2 berganding bahu di lain masa. aminnn..
sobs sobs. terharu.

Seram: Khamis Malam Jumaat 7

pernah tak ada kenalan korang datang kat korang, then cakap

"eh, cepatnya kau ke sini? tadi bukan ke kau kat sana dengan aku?"

pernah? pernah?
aku pernah.
orang kata ni namanya karin/korin/qarin tah yang mana satu namanya.
aku tak nak cerita pasa karin sebab aku cetek ilmu karin ni.
kang salah info salahguna pulak korang.

benda ni jadi masa aku kat teknik.
kalau nak tahu, teknik aku ni, semua orang wajib sembahyang kat surau besar.
[surau besar kat surau, surau kecik kat aspuri/aspura masing2]
peraturan lain, tak boleh pakai kain batik ke surau.
kalau nak pakai t-shirt, kena pakai dengan kain baju kurung.
tak tahu la apasal, mungkin takut luruh kot.
hahaha.

aku ingat lagi hari kejadian, hari ahad, maghrib.
aku tak sembahyang, aku kat bilik tv saja lepak2 sebelum bilik tv tu dikunci untuk seminggu.
kebiasaannya lepas maghrib, ada bacaan Yassin so takde la orang2 yang kat surau balik ke hostel masa tu.
tapi aku malas la nak lepak sampai isyak kat situ, dah la sorang2 kan.

dekat nak isyak tu, aku off tv, lampu, kipas segala, nak balik ke dorm.
baru je aku nak melangkah keluar, kawan aku sampai. dia dari surau.
dan dia kata "eh, bila masa kau ke sini? bukan tadi kau kat toilet surau ke?"
time2 nak isyak ramai ke surau untuk wudhuk semula.
so, dia nampak aku masa tu la.
aku kata kat dia "manada aku ke surau. aku pe'od la".
"iyeeee.. aku nampak.. kau pakai tshirt kaler ni, kain kaler ni" kata dia lagi.
terkebil2 aku kat situ.
terus balik dorm. walaupun dorm xde orang, aku rasa lebih selamat duduk diam2 daripada ada orang lain datang kat aku cakap nampak aku kat mana2 pulak.
lagipun period tak elok jalan merata senja.
[bukan ke pegi tengok tv tu jalan merata jugak?]

aku lepak bilik tv sorang2, takde alibi aku kat situ.
yela, dah period, takde hal pulak aku rajinkan diri nak ke surau.
tapi slack masa tu, aku tak tanya orang2 lain kot ada nampak aku kat surau tu ke tak.
so kat situ 1-1 la.
dia sorang je cakap nampak aku, dan aku pun sorang je yang tahu aku tengok tv masa kejadian.
tak detektif conan betul la aku ni dulu. :p

kes yang kedua, aku dah cerita dulu kat sini, kes #1.
tapi, orang kata, karin takkan ada di tempat yang sama dengan orang yang real.
maksudnya, 'aku' takkan ada dengan aku di tempat yang sama.
so kat kes ni, adakah bermaksud, 'aku' yang roomate aku nampak sedang menaip tu adalah sejenis momok? adakah? adakah?

Khamis Malam Jumaat
Khamis Malam Jumaat 2
Khamis Malam Jumaat 3
Khamis Malam Jumaat 4
Khamis Malam Jumaat 5
Khamis Malam Jumaat 6

Duit Kertas Baru.

cantik dan berkaler-kali.
nak simpan dalam album. boleh?




sumber: azizbos.com
Related Posts with Thumbnails