..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Wednesday, May 30, 2012

Penjenamaan

aku selalu jugak la jalan2 blogshop. Atau FBshop. Eh, ada ke FBshop?

Ahhh.. kira penjualan online la.. paham kan?

Aku banyak tengok barang2 yang diorang jual.

Tak kisah la jual apa. Baju ke, tudung ke, kain ela/pasang ke, skirt ke, accessories ke, macam2 lagi la.

Tapi aku heran tau. Kenapa baju yang jual kat blog, harga dekat sama dengan baju2 lain yang berjenama.

Aku ni bukanlah jenis yang pentingkan jenama.

Cikai2 pon aku pakai. Bundle pon aku pakai. Xde hal. Masalah ciput je tu.

Tapi tu la. Kalau dah jual kat blog pon mahal2, baik beli yang ada jenama. At least kualiti terjamin.

Bukan aku nak cakap barang2 yang diorang buat tu tak bagus. Bagus.. homemade lagi.

Cumaaaa… Cuma aku rasa tak berbaloi. L

 

Aku ada minat 1 baju ni kat blogshop.

Tapi aku masih berpikir2 nak beli ke tak.

Then minggu lepas aku pergi mines dengan hausmet. Masuk la banyak kedai termasuk Nichii.

Ternampak baju yang lebih kurang sama dengan baju yang aku minat kat blgoshop tu.

Ada la beza sikit dari segi ropol & corak. Takkannnnnn la sama sebijik kan..

So tengok harga dia. Mak aiiiii.. terperanjat la aku kan bila tengok harga lebih kurang je dengan yang dijual kat blogshop tu.

Jadi makanya, aku pun terpikir tentang perkara ni.

Kenapa barang yang tidak ada penjenamaan harga lebih kurang sama dengan yang lebih berjenama?

Takkan la nak kata “oo.. barang yang berjenama ni kain dia tak bagus” pulak kan?

Yeah rite.. sapa nak percaya.

 

Itu yang aku jumpa kat Nichii la. Kat tempat2 lain lebih UP harga dan jenamanya tu aku tak tahu la.

Sebab baju yang aku suka tu pun takde la vogue dan mahal harganya. Cuma bila jadi macam ni, buat aku terpikir2.

Kadang2 tu aku tengok barang yang dijual, rupa sama sebijik, jenis kain pun sama macam yang ada kat pasar malam tapi harga lebih up.

Aku pun tak paham kenapa. Maybe target dia orang yang berduit dan malas nak berjalan kot.

Lainlah kalau satin, lace, silk. Itu memang dah diketahui harganya yang meletops. Kan? Kan?

 

Tiba2 aku rasa tak tahu nak ending cerita ni macam mana.

Sebab sedih ada, terharu ada, ‘malas nak cakap’ pun ada.

Apa pun aku nak kata yang aku takde niat sikit pun untuk melingkupkan atau memburukkan mana2 agensi penjualan online.

Aku tetap menyokong usaha diorang sepenuhnya! Chaiyok!

[sebab aku tetap beli jugak. Malas punya pasal. Hewhewhew..]

 

0 juta orang suka daifuku:

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails