..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Monday, July 16, 2012

Exboyfriend Is Married [Part II].

oh, hai korang.
eh, macam ceria pulak pagi ni.
selalu terus ke cerita, ni sempat ber-hai2 lagi, mesti ceria ni.
abaikan.
ok mari sambung cerita.

pasal mamat tu bertunang, mahijah ok lagi la. takde melalak bagai.
sebab perkara ni tak kecoh sekampung.
biasa la, belah lelaki mana nampak sangat kan.
lain la belah pompuan. mesti ada kenduri kendara bagai.
so masa tu dia boleh terima lagi.

tapi masa dapat cerita mamat tu nak kawen, terus la mahijah nangis.
nangis bukan sebab frust. tapi sebab sakit hati.
4-5 tahun kawan dengan mahijah, sikit pun mamat tu takde mention pasal kawen. takde ajak dia kawen pun.
memang la masa tu mahijah sekolah lagi. tapi dia sedih la sebab 4-5 tahun kawan tapi nampak takde hala tuju hubungan tu ke mana.
tuptup kenal pompuan tu [dah jadi bini dah pun sekarang] tak sampai setahun, dah nak kawen.
bengang la adik aku.
yang tambah menyakitkan hati, masa aku bagitahu pasal mamat tu dah tunang, mahijah ada tanya dia, betul ke dah tunang.
tak mengaku siotttt.. siap tanya mana mahijah dengar cerita tak betul tu.
pehpehpehhhh.. memang mintak penampar nampaknya mamat ni.

lagi yang bengang nya [eh, banyak pulak bengangnya], hari tu mahijah kawan dengan sorang laki ni.
kira berduit sikit la berbanding mamat sengal tu.
so, bila mamat sengal tu nampak adik aku balik ada swift yang menghantar, dia rasa tercabar gamaknya.
tiba2 satu hari tu, dia call adik aku tanya, ok tak kalau dia nak jual KANCIL dia n nak beli BMW.
wat de fu?? kau kerja pun tak tentu hala, ada hati nak beli BM? *tepukpipisendiri*
nampak tak? then lepas2 tu kalau adik aku nak pergi kerja, tunggu bas depan kampung, nampak la mamat ni bawak alza baru. [baru la masa tu. sekarang dah lapuk la]
pehh.. tak menahan.. nak jugak menayang, taknak kalah.

ok tu takpe la. lantak kau la kan nak menayang ke apa.
tapi lepas dari insiden ni, baru adik aku perasan, kalau pagi je nampak alza tu. kalau petang2 camtu, mamat tu either naik motor atau naik kanciu dia tu. alza tak nampak.
kalau adik aku round2 naik motor petang2 tu, pun tak nampak alza kat rumah dia.
so, conclusion nya, kitorang rasa alza tu either pakcik dia punya, atau tunang [sekarang bini] dia punya.
sebab tu petang2 dah takde. sebab pompuan tu dah bawak balik. kan?

ok, last yang paling-paling-paling bengang nya ni.
masa dapat tahu dia nak kawen masa tu, adik aku sms dia.
tanya betul ke nak kawen. kalau betul tahniah.
lepas tu tau tak mamat sengal tu jawap apa?
dia kata [lebih kurang macam ni la ayatnya]  "a'ah.. tapi takpe, kita boleh je macam sekarang ni. sms2, keluar dating  macam biasa".
eeeeee.. choiiii!!!! choi okeh choi.. [mengelakkan cakap babi di hari ceria macam ni. eh, tercakap jugak.]
belum nikah lagi dah ada niat tak baik, berkat ke perkahwinan kau tu?
kitorang tak doakan apa2, tapi sendiri mau ingat la kan.
adik aku balas apa tau sms mamat tu. dia cakap "eh, tak hingin la. aku taknak tengok muka kau lagi lepas2 ni. blablabla" tah hapa lagi dia tulis aku lupa.
tsk tsk tsk.. lelaki zaman sekarang..
eh, lelaki zaman sekarang ke, lelaki keranjang? telanjang?
mintak dijauhkan la lelaki macam ni.
sakit pulak jiwa aku. sapa jadi bini dia lagi sakit jiwa.

macam2 aku cakap kat adik aku.
contohnya, aku cakap, nasib baik dia buat hal sekarang. kalau dia buat hal masa kau dah tunang ke, apa ke, kan ke naya tu namanya.
lagipun, dah nampak dah belang dia yang sebenar. siap ada hati nak ajak adik aku dating2 macam sebelum kawen. banyak hodoh muka kau?
ada hikmahnya jugak aku, bapak aku, mak aku, pakcik2 n makcik2 aku tak suka mamat tu.
see? siapa kata restu keluarga tak penting?

4 comments:

  1. fuh.. hangen terasa.. haha..
    restu family penting okeh.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. perasaan org yg lebih dewasa drpd kita ni kadang2 tepat.
      macam sikseng [6th sense] gitu..

      Delete
  2. bole up ini citer jadi skrip drama tV kn.. aisey, mamat tu memalukan jaa pangai cmtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrip tak pasti.
      tapi kalau tajuk cambes kan buat movie.

      Delete

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails