..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Tuesday, July 17, 2012

Kijing.

lepak forum. biasa la aku ni baca cerita2 seram.
sekali masuk cerita pasal siput sedut masak lemak.
then ada sorang forumer mention kijing ni.
sumpah lama dah tak dengar menatam ni.
rindunya kat kijing.... *mereng*

memang makanan kampung ni pelik2.
kijing la, buah namnam la, buah letup2 la, mentibang mentarang la.
tapi serius semua sedap2 belaka.
kecuali mentarang sebab aku cuma pernah nampak tapi belum pernah makan. :D

dulu jiran aku suka pungut menatang seefud ni.
memacam la ada. sampai aku dah lupa nama diorang.
bukan setakat lala, lokan, kijing ni dia dapat. lain2 aku lupa. nanti kalau nampak kat forum ke memana, datang balik la ingatan aku tu.
then dia suka memburu. tapi bukan la memburu pakai senapang bagai. dia pakai jerat la [kot].
ada sekali tu diorang kenduri, main dish rendang.
mati2 aku ingat rendang lembu, rupanya rendang landak.
cehhh.. apsal la diorang tak cakap awal2. kalau tahu awal, dapat aku menikmati rasa dia dengan lebih khusyuk. ;p

adik/abang kawan bapak aku pun suka memburu ni.
jadi, dalam seumur hidup ni, dapat ler jugak merasa daging rusa. kanciu je belum rasa.
maybe sebab kanciu tu kecik cenonet maka susah sikit la nak share kat ramai orang kan.
ada lagi dia kasi tapi aku pun lupa jugak menatam apa dia pernah kasi.
bukan sengaja2 lupa tapi sebab dah lama sangat. masa aku sekolah atau kat kolej dulu.
masa dah berlalu, diroang pun makin tua. tu jarang masuk hutan lagi kot.

aku ni kan, kadang tensen jugak dengan orang sekeliling aku ni.
dari awal2 makan, diorang bukan nak bagitahu menatam apa yang menjadi lauk hari tu.
jadi aku tak tahu yang aku makan tu adalah menatam lain selain dari daging lembu, kambing atau ayam.
aku ni semedang ingat lembu je. dah jadi lauk kan. bukan nampak struktur daging tu cemana.

dulu masa lepas spm kalau tak silap.
makcik aku masak asam pedas belut.
masa aku makan tu aku ingat ikan biasa. aku makan diam2 je la.
lepas makan baru diorang cerita pasal belut masak apa sedap, siangnya macam mana pe semua.
makcik aku jawap apa tah tapi ada la mention pasal asam pedas.
so aku tanya la, "eh, sedap ke belut masak asam peda? macam tak kena je".
sebab aku cuma penah tahu belut goreng dengan masak lemak je. tak pernah pulak masak asam pedas.
dengar soalan aku macam tu, ramai2 pakat cakap "yang kau makan tadi tu belut laaaaa"..
laaaaa... awat tak habaq awai2... aduhaiii..

aku tak kisah pun makanan pelik2 ni. aku rasa awesome je.
cuma jangan tunjuk aku proses sembelih. nanti aku tak sampai hati. hewhewhew..
[ingat comel la tu ketawa camtu. puii~]

0 juta orang suka daifuku:

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails