..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Thursday, August 2, 2012

Buat Rumah.

tadi dapat komen dari cikhel kat entry Bad News For Each Other baru aku teringat aku belum cerita pasal renovate rumah tu.
kisahnya macam ni..
bapak aku besarkan dapur n tambah 2 bilik kat bahgian rumah bawah. [rumah aku ada bahagian atas n bawah]
so dapat duit jual kebun kat sepupu aku tu, bapak aku nak start la.
ada seorang kenalan Indonesia yang memang selalu buat rumah kat kampung2 sini.
memang dah kenal lama la 5-6 tahun camtu.
baik la orangnya, selalu pergi masjid, selalu azan, uruskan kenduri kat masjid n macam2 lagi.

atuk sedara aku pun pernah suruh dia renovate rumah.
alang2 dah baik, selalu la atuk sedara aku tu suruh dia jaga rumah kalau dia n nenek sedara aku stay rumah anak2 ke, holiday ke.
dia jugak la yang nyawit kat rumah aku. memang dah biasa la dengan dia.
so, bapak aku bercadang amek dia untuk renovate rumah aku.
mula2 sebelum start projek, dia kata sehari RM45.
projek ni mula2 start tambak tanah 2 tahun lepas kalau tak silap.
mula2 dia nak RM40 je sehari. ok sangat la tu.
tapi tiba2 partner dia pulak tak setuju. nak RM50.
last2 deal  amek tengah2, RM45 sehari. setel.

dah agak lama tanah bertambak, dah kira sesuai sangat la nak buat rumah, bincang2 harga, dia [pakcik Indonesia tadi] kata upah siap lantai, dinding & naik bumbung semua RM11,000 iaitu 11k.
bapak aku setuju la. tak kira la berapa orang dia nak bawak masa proses buat rumah tu, 2 ke, 3 ke, 10 orang ke janji upah RM11k sampai siap bumbung.
so sekarang ni bapak aku dah cat dinding dengan base coating, ceiling pun dah cat [buat sendiri. kerah tenaga adik2 aku]. toilet dapur dah siap, toilet bilik pun dah siap.
memang tinggal siapkan lantai [sekarang simen kasar tinggal nak simen halus], sinki, piping n wiring je.
tiba2 2 minggu lepas dia kata nak kena tambah RM9k lagi untuk setelkan semua tu.
ternganga la bapak aku. memula deal RM11k, tiba2 nak siapkan sikit je kena RM9k??
dah la siap ugut bapak aku. dia kata kalau tak bagi 9k tu, dia memang terus stop hari tu jugak.
memang dah taknak proceed apa2 langsung la.

dah la kos buat rumah pun tak lebih RM30k. RM20k lebih sikit je. [tambah dapur je, bukan buat rumah baru]
tiba2 harga upah dengan harga kos rumah dah nak dekat sama. apa cer??
kerja2 menukang ni pun, aku tengok dia takde buat pun. datang sekali sekala je. masa aku balik kampung seminggu hari tu, nampak 2 orang budak dia je yang kerja.
dia memang tak nampak batang hidung langsung sebab dianya pergi buat rumah orang lain. boleh?
bila bapak aku tanya , masa awal2 dulu kenapa kata 11k, kenapa tak kata 20k terus. budget dah berhabis buat beli barang2 lain kenapa dia baru nak cakap kena tambah.
dia bagi alasan, permit dia dah nak expired. nak bagi negeri nak renew permit.
watdehellllll??????? masalahnya.. bapak aku bukan majikan tetap dia.
bapak aku cuma upah dia je. takde kena mengena dengan permit dia nak expired ke, bini punya permit nak expired ke.
itu dia punya pasal la kan. selama ni bapak aku ada renew kan permit dia ke?
selama ni ada orang sponsor dia buat permit ke? nan hado okeh!
babi sangat!

bapak aku mengadu la kat sorang pakcik ni.. kira kawan baik bapak aku la.
kawan dia ni kata jangan la kasi RM9k tu. sebab ada kontraktok cina yang boleh setelkan hal2 pe-nyimen-an tu siap dengan mozek RM4k je.
beza tak 9k dengan 4k tersebut?
walaupun mozek cikai2 punya tapi boleh la kan. bapak aku bukan cheapskate nak amek yang cikai2 tapi memang dah lari budget dah ni.

aku memang tak puas hati la dengan pakcik tu..
start dari aku dengar cerita pasal dia dulu [aku tak pernah jumpa dia], sampai la sebelum bapak aku kasi kabar buruk tu, memang aku ada perasaan tak sedap hati sikit.
bukan tak sedap hati macam mana tau, tapi tak sedap hati lebih kepada syak wasangka, firasat buruk terhadap dia.
family aku baik sangat kat dia. tambah2 lagi atuk sedara aku tu.
kadang2 atuk sedara aku suruh dia jaga rumah, kitorang pulak tengah makan kat rumah, bapak aku siap cakap "wak *** tu tah ada makanan tah tak. tok **** masakkan dia ke tadi?".
padahal dia ni ada motor, duduk sini pun dah lebih 10 tahun kot.
setakat makan, apalah sangat. beli boleh, masak boleh. lain la kalau baru sehari sampai dari Indonesia.
kalau bapak aku ada kat rumah time budak2 dia buat kerja, bapak aku sanggup keluar belikan nasik untuk diorang.
selalu beli 3 set walaupun tahu dia tak datang sebab budak2 dia dah datang.
sampai macam tu sekali punya caring family aku.
tapi apa balasan dia? sampai hati dia buat camni.. sedih sangat..

kalau aku tahu jadi macam ni, baik aku je yang buat rumah tu.
ingat senang ke nak dapat RM11k dalam masa tak sampai 6 bulan? [bagi yang tak berkelulusan macam aku]
aku sanggup je berpanas berterik demi 11k tersebut.
aku dah pasti sangat dah dulu, kalau baik2 dengan dia, dia akan balas taik la kat kita. memang dah terasa sejak mula.
padahal kenal bukan sebulan dua. bertahun!

9 comments:

  1. diorg baik cmner skali pun mmg byk songeh.. siyes slalu jadi cmni.. lain kali awal2 bg trus kt kontraktor cina, diorg wt keje mmg cepat wlau pun caj kdg2 lebih mahal sikit tapi hasil keje puas ati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kan biasanya nak tolong kenalan.
      bagi job kat org2 yg kita kenal.
      kita2 ni bukan la nak dikenang jasanya, cuma buat la kerja dengan ikhlas, bukan mencekik darah atau amek kesempatan.

      Delete
  2. kesiannya...tp kalau org indon buat keje aku memang tak berkenan.umah aku dulu yg kat selayang gitu laa.berbelas ribu rugi!

    baik amik cinaa..mahal tapi puas hati!

    lagi satu bad news nya pa?aku nak tau yg tu gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xtahu yg dia suruh budak2 dia buat. bapak aku kata dia buat ok je.
      tapi memang xpuas ati.
      contoh macam lokasi table top dengan sinki tu. diorang tak bagitahu pun nak buat hari ni, sebab suspek nak buat benda lain macam dinding ke pintu ke. tiba2 mak bapak aku balik kerja, benda dah siap. tempat nya lain dari yang kitorang tetapkan.
      lepas tu adik aku kata table topnya senget benget.
      aduhaiiii...

      Delete
    2. lagi satu tak payah la tahu. wuwuwu..

      Delete
  3. sabor babe, fhm perasaan u mcmane, but ape pun yr dad jgn bayar kt org tu, suka2 je nk amik kesempatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i don't know babe..
      petang tadi masa call adik, dia kata wak tu dah buat simen.
      tah2 my father dah bayar pun 9k tu.. T__T

      Delete
  4. mmg cmni la org buat rumah. dia ingt kite xtau pape sng la dia nak kelentong. huh. aku pulak yg angin. klu ko nak g setelkan dia bawak aku skali. asah parang siap siap..



    eh. melampau.
    astaghfirullah...~

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah la tu. nanti ko lari tinggalkan parang tu & aku.

      Delete

kalau anda komen, serta merta anda menjadi seorang yang cantik/hensem. percayalah..

Related Posts with Thumbnails