..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Tuesday, January 31, 2012

Template Dynamic Views.

dulu, aku kan dah pernah pakai template dynamic view.
lepas tu en. boxfren bising kata tak boleh view kat henpon.
aku tak kisah pun. lantak la kan. pakai la laptop kau sana kan. [kejam. haha]
tapi sebab masa tu aku ada running BE, aku tukar la balik template asal..

so, last few days aku takde kerja jadi aku rasa best jugak la tukar sana sini.
aku try la balik dynamic view tu.
tapi aku rasa tak best.
bukan la tak best. best tu best tapi tak se-best macam hari tu.
then, aku rasa visitor kurang.
apsal ek? ramai ke visitor blog ni view pakai henpon?

tadi aku tanya en. boxfen boleh tak view blog aku semalam.
dia kata boleh je.
sopa far aku pun takde dapat annoying complaints dari dia sepanjang pakai dynamic view 2-3 hari ni.
maksudnya ok la tu kan. takde masalah.
tapi aku yang rasa tak best.
tak best bila:

jatuh merundum uollsss!!

It's Hard To Say I'm Sorry

It takes courage to say it.

It takes guts to say it.

 

If we had make mistakes.

Seriously not-so-forgiven mistakes, it is really2 hard to say it.

 

Pheww..

Today is my sorry day.

Hereby, I want to apologize for mistakes I’ve done.

I’m not asking for ur forgiveness because I’m not worth enough for ur forgiveness. T__T

Rambut Pendek.

tak pernah tengok rambut aku pendek kan?
nah.


ini je yang aku ada.
sebab kan dulu henset aku hilang.
masa rambut pendek gambar semua dalam tu.
ni pun ambik dari FB.

kalau tengok, comel je rambut macam ni kan?
tapi sebenarnya, rambut asal macam ni:


ni lah asalnya.
gila gonjeng rambut aku.
ni semua sebab ah so kedai tu la.
aku cakap aku taknak pendek2.
paling pendek pun paras bahu.
boleh dia argue dengan aku kata rambut pesen tu memang kena pendek2.
panjang tak jadi katanya. bodoh. *nangis*
masa tu serius aku malas nak argue sebab ah so tu tengah sarat pregnant.
lantak dia la. rambut boleh panjang tapi behavior anak dia tak boleh ubah kalau dah terkenan dia marah2 kat situ.
lastnya apa aku dapat? rambut gonjeng.
babi.  *nangis guling2*
[konon nak bersabar tapi hati panas sampai dah 2 tahun pun dok maki2 lagi]

rambut aku kalau atas dari bahu, memang la sangat gonjengnya.
sebab leher aku panjang, so rambut nampak sangat senteng* dan aku akan nampak retard.


okeh, yang ni hari yang lain, tapi baju yang sama. [-_-"]
sori la gambar ni super blurr. gambar ni dah di cuci, so aku snap pakai webcam tadi.
tapi bagus la sebab leher baju tu seksi sikit. aku pakai tube pun macam takde pekdah pun. *nangis*
ni sebulan lepas gambar kawen kawan aku tu kalau tak silap.
rambut depan pun dah panjang sikit.
baru nampak comel kan?
takde la gonjeng senteng semacam kan?
sama panjang macam gambar kat atas makan2 tu.
tu aku kata, rambut aku paling tidak kena sentuh bahu.
kalau pendek dari bahu, memang konpom gonjeng.
itu pun ah so tu tak paham2.
rambut aku, i know them better than anyone else.
itu pun nak kena explain ke? ah so.. ah so.. *geleng2*


yang ni pun dah panjang sikit. so dah nampak ok.
itu je la yang ada pun.

selama aku hidup, tak pernah aku regret bila aku potong rambut.
tapi kejadian ah so ni memang aku akan ingat sampai bila2.
dan kejadian bulan lepas [december 2011] yang mana aku potong pun tak macam potong.
y u no understand customer? sigh.


kamus jawa:
*senteng - pendek, singkat


UPDATE:
hoi jumpa lagi satu hoi. sangat gonjeng.

Monday, January 30, 2012

Aku Ni Pemarah Bukan Peramah.

pagi2 en. boxfren dah kena marah dengan aku.
kaw2 punya sampai hempas2 henset.
hempas di sini memang hempas ok.
bersyukur la henset kebal.

hausmet aku call kata terperangkap antara grill & pintu rumah.
rumah aku, antara pintu & grill tu ada space dalam 4x6 kaki macam tu.
kat situ la kalau nak letak selipar, rak kasut etc.
so, dia dah tutup pintu rumah baru perasan kunci tak bawak.
tak boleh nak bukak grill. dah stuck kat situ.
nak masuk tak boleh, nak keluar tak boleh.

haritu, aku tertinggal kunci dalam bilik.
tapi aku still boleh keluar pinjam kunci hausmet lain.
so en. boxfren la datang tolong cungkil2 apa yang patut.
pakai gunting. berjaya.

then, en. boxfren experiment kat pintu masuk rumah aku pulak.
sebab tombol tu memang longgar siap sendal2 pakai kadbod.
tak sampai seminit dah boleh bukak. sungguh tak selamat. T_T

so, sekarang ni hausmet aku nak mintak tolong dia la. [pakar la olok2nya]
aku call la dia. memang kalau jam2 camni memang wake-up call la gamaknya.
kali keberapa tah baru dia angkat.
pastu cakap meleweh2. hmm, aa, hmm, pastu senyap terus.
tanya lagi boleh ke tak. hmm, aa, senyap lagi.
tak boleh jadi ni. dia ni memang macam ni tau.
yang aku hangen selalu sebab meleweh2 camni la.
kalau dia blurr je takpe. aku cuma tak tahan bab meleweh.
masalahnya kalau nombor yang dia tak kenal call boleh pulak cakap normal.
aku call je dia macam tu. mau tak hangen.

aku call lagi sekali.
meleweh la jugak tapi dah boleh jawab2.
lepas kepala blurr cakap tah hapa2.
aku cakap hausmet aku tertinggal kunci, nak masuk. [nak bukak pintu yang dia pernah experiment dulu tu]
dia boleh cakap gunting mana boleh bukak grill la, tak boleh bukak solex la.
tah hapa2.

aksi lepas2 tu tak payah la cerita. semua aksi2 jerit2, hempas2 henset.
takde pekdah aku story satu2.
geram betul aku.
padahal kan, padahal ni padahal, dia pun pernah tertinggal kunci tau.
masa aku tertinggal kunci & dia tolong tu, dia boleh cakap "macam mana boleh tertinggal?".
malas la aku nak cakap. dah tertinggal kan nak buat macam mana.
masa tu aku nak cepat, aku capai kunci kereta, kunci rumah tak capai sekali.
biasa la gelabah kan.
masa dia tertinggal kunci tu, aku bagi la gunting kat dia.
tapi gunting aku besar daripada gunting dia. so susah la sikit nak bukak pintu dia.
masa tu la aku pulangkan paku buah keras. "macam mana boleh tertinggal?"
hahahahaaa..

dah merasa tertinggal kunci, dah tahu apa perasaan orang yang desperate [lagi2 nak pergi kerja], tolong la kan.
bangun la bila orang cakap serius2. kan serius bukan main2.
tula sapa suruh tengok bola sampai 3-4 pagi. huh!
tadi dah gaduh2 hausmet aku call kata dah panggil orang.
aku rasa dia panggil bos dia la. sebab dia tak ada kawan lelaki area sini.
aku pun tak pasti. nanti aku tanya.
dengan tombol2 sekali dia pecahkan.
aku ni pun hari tu suruh en. boxfren pecahkan tombol.
boleh dia taknak. nak jugak cungkil2. gila.
aku lebih suka pecah tombol. ganti baru ±RM15 yang standard punya.
bukan la nak bazir sebab sebenarnya aku suka pakai kad selit2 tepi pintu then pap boleh bukak.
tapi kalau bab cungkil2 ni aku tak berapa suka sangat.
yela kalau cungkil2 pun rosak tombol [kalau rosak la] baik terajang je kan. takde la bazir masa.
tapi aku takde la tak berterima kasih pada dia.
terima kasih jugak. tapi aku sekarang ni kan tengah geram kan.
so memang salah dia je la aku cakap. hahahahahaa..

aku rasa dari awal kawan, kalau gaduh memang 100% salah dia.
tak pernah salah aku.
pedulik hapa aku kalau salah aku, aku tetap cakap salah dia.
itu kan lumrah. (─‿‿─)

[sumber gambar]


notacintaik: aku rasa baru sabtu lepas gaduh pasal kejut-mengejut jugak la. nak pergi kenduri kawen, bila aku nak kejut dia tapi call tak dapat2 sampai la dekat 1pm. mau tak hangen.

AJL 26

"Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku" kata yuna aku.

Sunday, January 29, 2012

Mimpi.

malam tadi [membawak ke pagi] aku mimpikan seorang kawan.
yang pernah menjadi rapat dan kemudiannya tidak.
dia melakukan semua untuk aku. semua.
dan kalau aku tahu itu mimpi, dah pasti aku akan peluk dia dan ucap terima kasih.
kerna aku tahu di alam realiti itu tak bisa terjadi.

mimpi yang paling panjang pernah aku ingat.
aku tak pikir tentang kamu semalam, tapi ketahuilah bahawa aku rindu kamu. terlalu rindu.

Saturday, January 28, 2012

SOPA not so good.

mari join protest SOPA. [what is SOPA?]





please support. aku taknak nanti bila , search atau googled atau nak masuk ke satu2 website apa je pun, result akan jadi macam ni:







nak ke korang jadi macam ni?
nak? jadi, tolong la join protest SOPA.
cari je kat mana2. kalau jumpa kat FB, join. kat twitter, join.
paling penting kalau ada petition, sila sain dan hantar.

ini yang paling nightmare sekali. yela, aku pun ada post gambar2 artis hollywood, gambar movie.
sekali dia copyright reserved gambar tu. mampos!
[padahal aku dapat pun dari entah mana2 bukan dari official website diorang pun. huh!]



notacintaik: dalam sibuk2 hal stop sopa ni, ada juga yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Hari Ini..

hari tua saya.
saya saja2 nak bagitahu.
poyo tak? poyo tak?
hahahaha..


saya tak letak di FB sebab saya malas.
dah 2 tahun [maybe 3 tahun, dah lupa] saya macam ni.
dengan alasan, saya malas.

jadi, di kesempatan dan kesempitan ini, saya ingin mengucapkan 'selamat hari tua' kepada diri saya sendiri dan moga apa yang saya nak, saya dapat capai/kecap/rampas dengan jayanya. aminnn..
bwahahahah..

Nuffnang Ni Memang2 Tau!

kalau aku ubah ke, tutup ke blog aku ni, aaaaaaada je 'sogokan' BE dia.
kalau aku dok diam2 bahagia tanpa ada perasaan nak buat apa2 kat blog [macam sekarang ni] habuk pun dia tak kasi.
menyampah!

Friday, January 27, 2012

Blog Serius Kena Hack!



aku baru tahu tadi.
tak tahu la dah berapa lama kejadian ni.
sebab selama aku kat kampung, aku cuma online untuk buat kerja je.
takde jalan2 baca blog.
update blog pun by emel.
so, aku tak tahu bila kejadian ni start.
habis entry2 lama obe hilang.
yang tinggal cuma 2011 & 2012.
still dunno when things will gonna be back as usual.

Wednesday, January 25, 2012

Everywhere.

 

 

 

 

 

 

 

Semua gambar aku nak masuk.

Padahal bukan kamera aku pun. Hahahha..

Maaf la, aku memang malas nak angkat bontot ke sana ke mari semata2 nak snap gambar.

Aku lebih rela duduk diam2 sambil gambar aku diambil.

Hahahah..

 

 

Notacintaik: ye, aku tahu. Rambut aku dah panjang sama sebelum aku potong bulan lepas kan? So sapa nak belanja aku pergi haircut?

Facebook.

Aku rasa, semakin hari facebook semakin memperbodohkan dirinya sendiri.

Sapa kerja kat facebook ni?

Apsal korang ikut sangat cakap mak zukerbek?

Kambeng.

 

Tuesday, January 24, 2012

Hai.

hai..

c u tomorrow..

bye..

Thursday, January 19, 2012

i

semua orang ada iPod.
semua orang ada iPad.
semua orang ada iPhone.

aku takde semua tu.
yang aku ada cuma iLOVEu.

Wednesday, January 18, 2012

Yee Sang

En. Boxfren sedap2 pergi yee sang.
Seronoknya.. Aku dah lama sangat teringin nak yee sang tapi tak pernah berkesempatan.

Dulu masa kerja kat company lama, aku pernah cakap kat bos aku yang aku teringin nak yee sang.
Aku kata "Mr *** saya teringin nak yee sang. Tak pernah yee sang".
Then, dia kata "laa.. hari tu kenapa tak cakap. Sekarang dah febuari mana ada orang yee sang lagi".
Hahaahaa.. segan lorhh..

Kat kampung, kalau pergi bandar time2 CNY eve tu memang bes la.
Rumah2, kedai2 memang meriah dia lain macam.
Tak sama macam raya lain.
Kedai cina yang biasanya lampu merah, akan jadi terang benderang lampu kuning.
Meja besar2 stail 10 orang punya meja dibuka disusun segenap kawasan. [kawasan rumah/kedai dia je la takde la sampai kawasan rumah orang lain.]
Mercun2 siap digantung.
Kang lepas2 maghrib sikit, start la yee sang diorang.
Tapi aku rasa maghrib tu pun dah lambat kot.
Ada yang pukul 6.30 dah start.

En. Boxfren yang takde darah cina tu pulak sibuk ber-yee sang bagai, aku ni ada darah cina takde pulak dapat merasa.
Tapiii... Masalahnya, aku tak pasti mamat tu makan ke tidak.


Sebab, sayur2 semua ni tak dimasak.
Raw veges. Mungkin ada kot yang dicelur tapi mamat tu mana makan.
Tekak mengada. Taknak makan benda2 raw.
Yang dicelur pun sama. Sah mengada!


Seronoknya boleh gaul benda ni ramai2.
Tapi kalau aku pergi, mungkin korang akan mendapat berita rare keesokan hari kat frontpage sin chew daily ataupun nanyang siang pau tajuk "seorang perempuan meraikan yee sang menggunakan sudu". (╥╥)



Notacintaik: ekceli bukan yee sang pun. Makan2 je. Yee sang tu kan sehari sebelum CNY. Saja je tulis yee sang. Orang jeles memang macam ni. Huh!

Tuesday, January 17, 2012

Tanya + Percaya.

aku rasa kalau tak percaya pendapat orang tak payah la tanya kat orang.
buat penat orang je bagi jawapan/pendapat.
baik kau tanya kat kambing.
jawapan dia ada 3 je.
1- diam, sebab dia tak paham
2- mengembek, sebab itu je cara dia bercakap
3- lari, sebab dia tak bercakap dengan strangers

jadi bila kau tanya "eh, ok tak aku beli ni? aku beli RM50", apa yang kau harap orang akan jawab?
bila ada term "ok tak" maksudnya kau tanya pendapat orang.
kebiasaannya orang akan jawab 3 option.
1- eh, murah la. ok sangat letew.
2- RM50? ok je. memang standard harga macam tu.
3- RM50? mahalnya. aku beli cuma RM30 je.

pendapat 1 & 2 tu, lebih kepada setuju/memihak/menyokong pertanyaan tadi.
pendapat 3 tu pulak lebih kepada tak setuju/membantah.
tapi, tak kisah la apa pun jawapan orang tu, kau tak boleh salahkan dia.
sebab itu pendapat dia. bukan pendapat kau.
dah kau yang tanya, dia jawap la ikut suka hati dia. [sebenarnya jawap ikut pengalaman/pendapat/pengetahuan]

bila membantah/tak setuju dengan pertanyaan orang yang bertanya tadi, kita boleh nampak ciri2 orang yang bertanya tu boleh dibahagikan kepada 3.
1- menerima pendapat
2- menolak pendapat
3- menentang habis-habisan

ciri 1, menerima pendapat, kebiasaannya akan berkata "oh.. yeke.. aku rasa macam murah, tu aku beli".
ciri 2, menolak pendapat, kebiasaannya akan berkata "eh, kira murah la ni. hari tu aku nampak kat mitveli RM70 tau"
ciri 3, menentang habis-habisan, "eh, yeke tak ok? ni aku beli ni plastik yang keras sikit. bukan jenis plastik lembik yang biasa orang beli tu tau"


jadi, hal2 sebegini la yang kita taknak terjadi untuk mengelakkan orang malas nak bagi pendapat kat kau lagi.
kau nak orang tipu dan berpihak kepada kau je, ataupun jujur untuk bukak mata kau?

aku bukan nak judging people.
tapi bila kau jadi mangsa, kau akan sedar dan pikir kenapa kau diperlakukan begitu.
aku juga bukan sempurna. mana ada orang sempurna. kan?
cuma adat & adab la.
adat kau meminta, kau terima. bukan kau pulang balik beserta interest.
paham? tak? abaikan.



notacintaik: aku dah puas makan garam. mungkin lepas ni masak tak payah letak garam.

Beg Tangan.

kalau anda seorang lelaki, janganlah anda pandai2 menyelongkar beg tangan seorang perempuan yang bukan isteri, awek, emak atau adik perempuan anda.
kerana tidak akan terjangkau di fikiran anda apa yang ada di dalamnya.

sekian, terima kasih.

Monday, January 16, 2012

Jangan Mengutuk Orang2 China Je, Mari Mengutuk Orang2 Malaysia Pulak.

sumber dari collection of epic.
memang epic la rakyat meleis dalam video ni.




amacam? nak tengok je? taknak tolong?
taknak tolong takpe. sebab sumber mengatakan 3 penunggang terbabit selamat.
takpe, esok kau kena pulak, jangan harap orang nak tolong.
tak kisah la kena langgar ke, kena ragut ke, kena rompak ke, kene kutuk ke.
kalau orang tak tolong, kau jangan marah.
itu balasan namanya. lakhanatttttttt..

Saturday, January 14, 2012

Angan-angan Mat Jenin

bulan lepas, aku aim betul2 nak beli wallet bila aku gaji awal bulan ni.
sebab aku memang takde wallet.
duit bersepah2 je dalam beg.
kadang2 dalam poket seluar, kadang2 dalam beg plastik dan kadang2 dalam bra fail.
aku siap dah survey kat website2 yang jual wallet [malas pergi beli sendiri, semua di hujung jari], dah siap inform en. boxfren mana wallet yang aku nak.
semangat!

dekat2 nak gaji hari tu, aku tambah lagi 1 wishlist aku iaitu sandal.
aku memang dah takde sandal lagi dah.
setakat selipar jepun dengan selipar rama2 tu ada la.
jadi, niat aku, bila gaji aku nak sambar wallet dengan sandal. muktamad! [cehhh.. orang lain beli sandal takde kecoh macam kau. puii~]

apa yang aku nak bincangkan kat sini ialah, jangan poyo buat wishlist lah bagai jika hati kau cair macam air. [macam aku]
sebab apa yang aku sambar adalah lain jauh menyimpang daripada wishlist aku iaitu 2 helai seluar, 8 helai spender, 2 helai bra, 2 helai tudung n 1 set comforter.
mana pergi wallet n sandal yang diberangankan sangat sebelum gaji hari tu? *nangis*

semua ni dek kerana rambang mata masa jcard day hari tu.
padahal en. boxfren yang ajak aku, dia yang nak beli.
last2 dia tak beli, aku yang borong. selalu macam tu tau.
bak kata pepatah, bila keluar ke mall, tidak boleh tidak mesti beli 1 barang. walaupun barang tu cuma RM1 je satu.
[pepatah tu aku yang buat. jangan korang guna pulak dalam esei]

jadi.. kesimpulannya, kat sini aku nak tanya.
sapa nak belikan wallet n sandal untuk aku [yang tengah perlu sangat ni]?
sebab aku pun dah makan megi je sekarang ni. =Þ

Friday, January 13, 2012

Pindah Tak Cakap.


korang tak payah baca komen2 lain.
baca 1 komen bawah tu pun aku dah berdekah sampai senak2 perut.
"pindah tak cakap". hahahahaha..

sumber: facebook kakibising dot com

Hujan.

tolong on lampu kereta bila memandu ketika hujan.
tak luak pun lampu tu.
tak kena bayar bil letrik pun.

dan jangan kedekut on lampu besar [bukan lampu tinggi].
sebab aku perhati, lampu kecik kau alahai macam hidup segan mati tak mahu.
pelita raya rumah aku pun lebih terang.

tolong ye. jangan kedekut, malas, watsoever.
ini bukan efek kat korang je tapi kat pemandu lain jugak.
kalau efek kat diri kau saja, memang aku tak ambik kisah.
lantaklah sana kan. takde efek kat aku.
ini tidak. efek kat pemandu lain, penunggang motorsikal, dan mungkin pejalan kaki.
memanglah kau bangang.

tolonglah jangan berperangai bangsat sebegini.
kerana nescaya anda akan menyesal suatu hari nanti.
suatu hari nanti tu bila?
bila panglima ludah buat video nak ludah muka kau. puii~

Thursday, January 12, 2012

Interview

baru selesai menceritakan kisah interview kat kakak2 opis aku ni.
memang kelakar la.
masuk ni dah berapa kali aku ulang tayang.
kat en. boxfren, kat kawan2. belum kat mak bapak lagi.
rasa kalau ulang tayang lagi 18 kali pun aku boleh gelak terbahak2 lagi.
kehkehkeh.

Wednesday, January 11, 2012

Maggi

aku tak tahu kenapa sekarang bila aku makan maggi, aku rasa tak cukup.
apa tiap2 bulan diorang kurangkan maggi tu ke?
aku rasa ni semua konspirasi. konspirasi dalaman. huh!



notacintaik: aku tahu korang makan keni roges, aku makan megi je. takpe. tadi aku dah nangis dah pun tak dapat makan keni roges. lepas ni aku akan lebih cekal, independent dan strict. jangan salahkan aku.

Tuesday, January 10, 2012

Awak Bayar, Saya Makan.

jangan lupa temujanji esok.


awak bayar, saya makan. *wink2*

1Malaysia


kita 1 bangsa, kita 1 negara,
kita 1 matlamat ohhh
kita 1 bangsa, 1 negara,
kita 1Malaysia..


maafkan aku.
semenjak semalam, aku memang nyanyi lagu ni tak sudah2.
semua ni lepas perhimpunan semalam.
eh, bukan perhimpunan anwar ibrahim dibebaskan tu. bukan..
tapi perhimpunan bulanan jabatan.
kali ni, 1 je lagu kena nyanyi [selain negaraku], lagu ni. [selalu 2-3 jenis lagu]
maka, sampai sekarang aku asyik nyanyi lagu ni.
tapi aku nyanyi part atas tu je la.
sebab itu je aku hafal.
hahahahaa..

Saturday, January 7, 2012

Edisi 803: Kejadian.

hai hai hai.. rindu aku kah?
aku memang tak cukup masa la lately ni.
seminggu ni, kepala aku sakit je. migrain.
hari tu kena teruk sekali sampai kena makan ubat.
lepas tu kena sipi2 je. tapi sakit tetap sakit.
cuma aku tak makan ubat sebab tak berapa kronik.

dengan cuaca panas kering sekarang ni, dengan hari2 kerja, mana la tak sakit.
dalam dua minggu ni, aku cuma cuti sehari je. sabtu minggu lepas.
then straight direct kerja sampai hari ni.
tapi sebab tak tahan, khamis hari tu aku tak datang kerja.
so, officer suh VPN je dari rumah.
ok la tu. dari kena datang kerja.
kat rumah at least aku boleh tuam2 kepala ke apa ke.

sekaliiiiii.. HR suruh datang bagi kertas claim.
tidak boleh tidak, kena hantar hari tu jugak sebab bahagian kewangan nak tutup akaun petang tu.
mak aii.. cepat sangat okeh.
selalu tutup 15hb, so paling lambat pun hantar sebelum 10hb.
takpe la kan. at least boleh la dapat gaji awal.

lepas tu, kejadian kereta tersadai tu terjadi.
belok je masuk flyover putrajaya, temperature naik.
naik kaw2 punya.
padahal, aku baru isi air sebelum gerak tu.
dalam 500meter aku jalan dia tak turun2, makin naik lagi ada, maka aku berhenti ngam2 dekat depan wetland.
cepat2 aku matikan enjin.
keluar kereta, aku nampak air meleleh kat bawah enjin.
aduhaiiiii... kalau dah meleleh2 macam ni memang tak boleh jalan la kan.

dah kol en. boxfren, bapak aku semua, aku duduk tepi.
masa tu aku memang dah salahkan diri aku sendiri la.
sebab memang aku dah tergerak nak pakai seluar masa nak keluar tadi.
tapi sebab pikir2 balik ramai pulak kang. [khamis memang selalu ada event]
tak jadi. aku sarung baju kurung.
dah jadi kes tu, memang takut la kan.
susah nak lari pakai baju cotton kan.

setengah jam lepas aku kol en. boxfren, ada motor berhenti tanya dah kol tow truck ke hapa ke kan.
aku kata dah.
abang brader tu turun tolong tengok apa yang patut,
dia kata dia dah 3 kali lalu tapi aku still kat situ jugak, tu yang dia berhenti tu.
dia cerita, dia hampir kena samun la kat situ.
dia nak tolong orang, ada motor rosak. 2 orang kat motor rosak tu masa tu.
baru je dia nak berhenti, mamat yang duduk kat road curb tu tergesa2 bangun sambil seluk bahagian belakang baju.
nampak je macam tu, abang brader tu tak jadi la nak berhenti kan. dia terus je la.
kalau dia berhenti jugak, tak tahu la jadi apa pada dia.

dia ada cerita gak yang jadi kat highway kesas.
dia kata pompuan kereta rosak.
bila nak tolong je, keluar 3 orang lelaki dari dalam semak.
ishh.. mintak dijauhkan la kan dari perkara2 sebegini.

aku betul2 bersyukur ke hadrat Illahi sebab aku dipertemukan dengan insan yang baik, bukan yang sebaliknya.
kawasan wetland tu memang sunyi tak kira masa.
yang ada cuma kenderaan lalu lalang.
parking ke, apa ke takde. sebab bukan masa cuti kan.
abang brader tu lepak lama la jugak.
sebab aku dah balik dari opis naik motor [en. boxfren dah sampai] pun dia ada lagi.
baik kan?

kerana kes2 penipuan, samun tepi jalan yang berleluasa sekarang, orang2 lain [yang rosak kenderaan] yang jadi mangsa.
orang yang sangat2 memerlukan bantuan, dipandang serong.
takde siapa nak tolong.
apa lah perasaan penipu/penyamun tu [especially yang pompuan tu] bila kenderaan diorang betul2 rosak kat jalan?
time tu baru diorang rasa kesusahan orang lain dan sedar kesalahan diri ataupun time2 tu jugak diorang mati kena lenyek steamroll?

Friday, January 6, 2012

Rindu #3

rindu kat jam lama aku. [seperti dalam gambar]
tapi aku dah pulangkan kat orang yang memberinya.
sebab aku tak suka orang kata aku ni kawan dengan orang demi mintak macam2.
dan tak mengenang budi.
jadi aku pulangkan.

ada sekali aku nak beli semula jam ni.
tapi bila aku nampak ada replica harganya cuma RM15, aku tak jadi beli.
barang2 sekarang ni, yang tak ori betul2 nampak macam ori.
jadi, bila beli yang ori, orang ingat kita pakai yang tak ori.
sobs sobs.

Thursday, January 5, 2012

Fobia.

kereta rosak kat pertengahan jalan.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...
seumur hidup aku, ini kali kedua kereta rosak kat jalan n aku sorang2.
fobiaaaaaa...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, January 4, 2012

Jangan sampai blog aku berubah dari blog-merepek kepada blog-prejudis-tahap-profesional-level.

jangan sampai.. jangan.. haaa..

Aku Baru Tahu #2

amalina tu orang johor.
kahkahkah..
macam nampak pulak aku bersifat "klik2" membela dia semalam.
tapi ketahui la korang bahawa aku tak tahu dia orang johor. :p
dan aku bukan membela.
aku cuma tak nak orang menjadi pengeji.

Tuesday, January 3, 2012

tetek dlm bahasa english apa


tetek dlm bahasa english kau tu adalah booby2.
manakala kau pula adalah booby1 sayang.
Related Posts with Thumbnails