..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Wednesday, February 29, 2012

Conversation with

aku sakit gigi. tapi bukan gigi yang sakit.
gusi yang bengkak.
jadi, kalau aku makan roti dengan peanut butter pun, InsyaAllah takde masalah.
haishh..

Teka-Teki.

apa benda yang datang macam ribut, pergi macam semut?
jawapan: sakit.

aku tengah sakit gigi.
semalam officer aku sakit gigi sampai bengkak gusi. besarnya tu macam kena beguk.
aku cakap, aku pun selalu kena sakit gigi, gusi bengkak. lagi2 kalau panas dalam.
then dalam hati aku cakap, dah lama tak kena sakit gigi. taktau macam mana rasa dia. macam nak rasa je.
balik kerja tido kejap dalam 5 minit. sedar2 dah sakit gigi.
terima kasih Ya Allah. aku redha akan pemberianmu [sebab rasanya macam aku yang mintak sendiri T_T]

Tuesday, February 28, 2012

Kira-kira

Aku tengah pening buat kira2.

 

 

Kalau ikut kira2 pakai tangan, jawapan sebenar is the right one. Left one is not impossible, it is still possible but guna kaedah lain. But biasa la 9gaggers kan suka ada pertelingkahan. Lagi2 kalau kau orang Asian bagi jawapan. Lagi nampak kau bodoh. Bagi normal people, stupidity level ni 1 je: BLONDE. Tapi bagi diorang stupidity level: Asian. Itu yang bergaduh bagai nak rak. Aku ni siap keluar pensel nak kira2 bagi betul. Siap bukak online calculator. Jawapan memang 9 la ngek. Tapi 9gaggers still gaduh. Lagi2 yang taknak pakai formula bodmas/bomdas. Diorang lebih suka formula bodass, bodboobies dan bodex. Kikiki..

 

Kaedah 1: setel bracket, then setel ÷ atau x [mana2 jumpa dulu] then + atau -.

6÷2(1+2)

= 6÷2(3)

= 3(3)

= 3x3

= 9.

 

Kaedah 2: setel dengan start multiply&bracket dulu baru divide.

6(1+2)

2

= 6 x (1+2)

   2

= 6+12

      2

= 18

    2

= 9.

 

Kaedah 3: setel dengan start divide dulu baru bracket&multiply.

6(1+2)

2

= 6(1+2)

   2

= 3(1+2)

= 3 x (1+2)

= 3+6

= 9.

 

Kaedah 4: setel dengan start multiply dulu baru bracket.

6÷2(1+2)

= 6÷[2(1+2)]

= 6÷2x(1+2)

= 6÷(2+4)

= 6÷6

= 1.

 

Kaedah 5: setel dengan start buang bracket dulu baru divide.

6÷2(1+2)

= 6÷2+4

= 3+4

= 7.

 

 

See? Nampak kan jawapan 9 lebih banyak dari jawapan yang lain2. Jadi, jawapan yang sebenar adalah 9.

Sebab bila kau buat kaedah 4 [jawapan=1], jawapannya bukan salah, tapi sebab kalkulator kiri, identify x lebih penting daripada ÷. Tapi bila dia jawab macam tu, dah salah la formulanya. [jawapan betul tapi formula yang salah]

Sebab kita akan divide&multiply dulu mengikut mana yang lebih kiri. [calculation start from left]

Divide ni boleh buat jugak sebagai fraction macam kaedah 2&3. Tapi. Jangan lupa, bracket is the most powerful section. So memang kene setel bracket dulu.

 

Tak kesah la formula apa2 pun memang bracket penting bangat. Cuma ramai yang dapat jawapan 1 sebab diorang buat bracket jugak tapi multiply sekali dengan 2 macam ni macam kaedah 4 tu la. Kaedah 4 tu bukan tak betul, ianya betul. Cuma pemikiran diorang je tak betul. [kah!]

Kalau betul la soalan nak setel bracket sekali dengan multiply, memang soalan akan jadi

6÷[2(1+2)] atau      6     a  

                                2(1+2)

bukan 6÷2(1+2). Sebab formula dia : settle bracket, THEN outside the bracket. Jadi, jangan ler memandai nak kali2 dulu dengan yang luar bracket incase soalan cuma 6÷2(1+2).

 

Btw, kaedah 5 tu ada sapa2 buat ke? Kalau ada, sila mengaku blonde. J

 

Sendiri Cuai, Sendiri Tanggung.

Aku tertinggal fon aku kat rumah. Dua2 fon tertinggal.

Then, aku nak masuk blogger pun tak boleh sebab aku pakai dual verification security which mean aku kena key-in code yang di-sms kepada aku each time aku nak login.

Itu pakai nombor maxis.

Then gambar2 Tuck pulak dalam henset yang nombor digi.

Makanya, I’m doomed!!

 

Tadi aku nak call budak yang kerja syif petang pun aku blurr mana nak dapat nombor dia ni.

Last2 aku tak call. Lantak la. Bukan penting pun. Huhu..

 

Dalam setahun, ada la 2x kejadian macam ni. Tertinggal dua2 fon.

Poyo kan, padahal start pakai digi belum sampai 6 bulan. Haha.

Tapi itu menunjukkan bahawa kejadian aku tertinggal dua2 fon di rumah adalah tidak sampai 6 bulan yang lepas.

Kahkahkah..

Aku ni bukannya lupa tapi lebih kepada careless. Cuai. Cemerkap. Retarded.

Bukan setakat tinggal kat rumah, kadang2 tertinggal dalam kereta.

Dah puas punggah habis bersepah 1 rumah, call pun tak dengar, baaaaaaru la terpikir kot2 ada dalam kereta.

Check2 betul pulak. Hampeh betul.

 

Ada sekali hari tu lagi best. Tak jumpa fon nya.

Aku dah ingat2 memang sebelum keluar kereta memang aku dah amek.

Tapi aku letak mana aku pun tak tahu. Call dapat. Try la cari kat kereta.

Sekali ada kauuu.. kat tepi kereta. Time aku nak keluar maybe fon jatuh sampai aku tak sedar.

Dah la masa tu hujan, memang best la kan basah kuyup sampai tak boleh nak on.

Kejadian yang macam ni biasanya berlaku sebab aku pakai baju kurung takde poket nak letak then tangan pegang banyak sangat barang/beg.

Biasanya jadi masa awal bulan waktu2 lepas beratur panjang di mesin ATM.

Bwahahahahaaa…

 

Aku ni tak dapat masuk gmail yang itu takpe lagi sebab aku ada banyak gmail lain. [tamak. Kah!]

Tak dapat masuk dashboard yang aku aku susah hati semua serba tak kena. Rasa macam nak lempang kawan sebelah.

Eeee… geram betul la. Mungkin kena raikan dengan ciskek untuk meredakan kegeraman. Hmm..

 

Pheww..

baru sampai rumah dari hantar Tuck.
sedih gilos.
sedih sebab he's not welcomed at my house.
n sedih sebab i'm the only one who willing to farewell him.

esok la aku cerita full. tepek gambar semua. tak larat nak cerita sekarang. penat sangat dah ni.
esok aku kerja pagi pulak tu. bersedia la untuk minum nescafe pagi esok.

to Tuck. we [my family & i] will remember u until when2.
n we will miss u Tuck. we will.
sobsob..

Monday, February 27, 2012

Rezeki.

kata orang, kalau jumpa kura2 masa tengah memandu, nak dapat rezaki.
lagi besar kura2 tu, lagi besar rezekinya.

aku jumpa kura2 kat bawah rumah aku, deret2 parking.
aku memang betul2 blur dari mana dia datang. masa aku nampak, aku dah macam "watdehek! kura2 ke ni?".
and then aku macam "caner la binatang ni boleh sampai sini. kolam takde, parit takde, tasik takde".
sampai sekarang aku belum dapat konklusi dari mana dia datang.
bukan setakat kolam, parit atau tasik. longkang pun takde air okeh.
lagipun kawasan apartment aku ni keliling ada pagar. how come binatang sebesar tu boleh selit bawah pagar?
it cannot be. it is not impossible but yet hard to believe.

aku parking siap2, aku keluarkan barang aku 2 plastik beg then aku tengok kura2 tu.
mak oiii... jauh dah dia jalan..
aku lari ke kura2 tu. sebab kesian dia dok kena kerumun dengan kucing.
kucing pun pelik caner la binatang tu boleh sesat kat sini.

masa aku angkat kura2 tu, aku tengah call en. boxfren.
berita2 tergempar macam ni kena kaborkan ke dia.
baru la aku jadi lagi best dari dia. hahahaa..

A: weh, weh. aku jumpa kura2 la kat bawah rumah ni.
B: yeke? amek la, amek la.
A: nak amek la ni. jauh dah dia jalan.
B: cuba tengok kat badan dia ada 'nombor' tak.
A: waklu!
B: hahaha..
A: mak aiii.. gila besarrrrrrrr..!!!
B: itu bukan kura2. itu penyu namanya. hahaha..

okeh fineee.. buta hurufnya aku tak tahu penyu dengan kura2 kan. (╥﹏╥)
bengong kau.

bila aku angkat dia, memang berat, aku rasa dalam lingkungan 2-3kg.
sebab dia lagi berat dari lappy aku.
then tiba2 dia keluarkan kaki dia, terkena pulak tangan aku. apa lagi!
menjerit la aku sambil lepaskan dia.
buntang mata aku tengok dia jatuh tergolek. seb bek cengkerang dia tak pecah. (╥﹏╥)
so, aku amek langkah bijak, aku bawak dia secara menterbalikkan dia.
tak boleh la dia keluarkan kaki dia. kikiki..
tapi aku tengok kaki belakang dia berdarah.kat area macam lutut. berdarah sebab jalan kat jalan tar.
sampai mengelupas kulit dia. kesiannnn sangat2.

sampai rumah baru perasan takde sayur nak bagi dia makan.
kirim kat hausmet, dia pulak lambat lagi balik.
lepak2 kejap lepaskan lelah, pukul 6pm lebih aku keluar pergi beli kangkung.
balik nak bagi kangkung tengok air rendaman dia dah kotor.
dengan super rajin, aku bawak dia masuk bilik air & gosok dia dengan berus sabut.
boleh? jawapannya bolehhh..
sebab pakcik aku pun pernah jumpa kura2 melintas jalan.
dia amek, dia bela saaaaaaaaammpai la sekarang ni dah dekat 3 tahun lebih.
tapi aku taknak bela. aku kesian. yang aku jumpa ni, beeeeeesar sangat.
lebih besar dari pinggan makan kat kepsi tu.
so dia berhak untuk hidup dalam alam dia.

aku bercadang nak lepaskan esok.
tapiiiii.. hausmet aku ni bising kata kenapa bawak masuk takut bekas2 sembahyang cina.
konon takut ada penunggu2 watsoever.
dia takut terjadi apa2 la nanti.
aku tak cakap aku tak percaya dengan benda2 macam tu. percaya.
cuma, kita tak tahu kejadian sebenar.
mana la tahu sebenarnya dia tu baru je terlepas dari dapur sebelum kena masak 3 rasa ke kan.
penggemar makanan eksotik kan memang suka makan benda2 macam ni.
ada possibility jugak kan?

jadi, aku rasa, aku nak lepaskan dia malam ni.
en. boxfren suruh aku lepaskan ke wetland esok masa otw aku pergi kerja.
tapi dah ada yang bising2 macam ni, baik aku pergi malam ni lepaskan kat puchong.
aku tak berani pergi wetland malam2 sebab situ kawasan samun. bahaya kan.
korang. doakan yang terbaik untuk Tuck ye. [nama yang aku kasi kat kura2 tu]
aku kena lepaskan dia jugak.
aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri. hidup kat rumah sewa macam ni la.
macam yang aku cakap sebelum ni. kan.

bapak aku suruh bela. tapi aku taknak.
dia kata kalau takde tempat nak lepas, bawak balik kampung nanti diorang belakan.
kat kampung best sikit, ramai yang sayang dia. n dia boleh jalan2 makan rumput, main cahaya matahari pagi2 dapat vitamin E.
tapiiii.. aku mungkin balik bulan depan.
kalau macam ni baru berapa jam pun dah bising,  macam mana nak tunggu 2-3 minggu? [aku nangis ni. sedih la weh. kesian dia]



notacintaik: kalau aku lepaskan dia, maksudnya aku lepaskan rezeki yang aku nak dapat? aku percaya, kalau betul la nak dapat rezeki, bila2 je Allah swt boleh kasi tanpa dapat kura2 kat tengah jalan pun boleh. kan?

Sunday, February 26, 2012

Capek.

saya caaaaaapek bangat.
capek ya bukan capik.
walaupun cuti saya 4 hari namun tidak dapat membendungi kecapekan saya.
diharap esok [hari terakhir cuti], saya bisa merawati kecapekan saya.

Thursday, February 23, 2012

Seram: Sekali Cuma Bisa Buat Aku Menggeletar.

tajuk tak bley blah. hahaha..

minggu lepas membawak ke minggu ni, aku bizi baca thread seram pasal hotel2 luar/dalam malaysia kat forum.
banyak la orang yang dah kena ganggu masa menginap kat hotel2 tu.
tak kurang jugak yang tak kena apa2.

macam yang korang tahu, aku ni kan ada penyakit penakut alias pengecut.
contoh macam baca thread rumah rm50 dulu tu. [masa tu kat rumah lama]
kecut perut aku. nasib tak kecut tetek kan?
ketakutan aku sampai aku nak tido mengiring kanan takut, mengiring kiri pun takut. langsung tak tutup lampu/tv.
kadang2 malam2 sakit perut ke, nak terkencing ke, aku sanggup tahan sampai subuh baru berani pergi. *luku diri sendiri*
yang aku paling takut, kalau keluar dengan en. boxfren balik malam2 lepas tu naik lif sorang2. eee.. seram!
ekceli, blok aku tu tak seram langsung. cuma aku je yang terbawak2. hikhik *sorok*

so, thread kali ni aku expect benda yang sama akan berlaku kat aku.
tapi incredibly aku langsung tak takut.
baca sampai 1-2am pun tak takut. ada jugak aku pandang2 tingkap kot2 ada yang mengintai ke kan.
tapi mana ada pun kan. [kalau ada pun aku tak nampak]
tido pun okeh je tutup lampu. tak penakut macam dulu walaupun ceritanya seram jugak.

konon la aku steady kan. tiba2 3-4 hari lepas, kawan aku post status kat FB cerita nampak lang****.
terusssss.. terussss otomatik penyakit takut tu datang. otomatik wa sakap luuuu..
aku stop baca thread tu 2 hari. memang tak sanggup kot.
aku pun tak tahu apsal aku tiba2 takut.
maybe sebab kalau hotel benda2 tu memang tinggal kat situ. tak pergi mana dah.
tapi yang kawan aku nampak ni kat kebun2. mana2 pun ada kebun.
kat putrajaya ni lagi banyak kawasan pokok2 belukar. hiii.. seriau ah.

pagi tadi aku datang awal. sebab semalam aku keluar rumah lambat 5 minit je pun jem.
pagi ni aku keluar awal pulak dari biasa.
sampai parking pukul 645am. kemas2, 655am aku naik.
nak naik ni bukan naik opis aku tau. tapi naik lif kat basement pergi level G then dari situ baru boleh nampak opis aku. [dalam100-200meter]
lif pulak, kalau takde orang guna dalam beberapa lama, dia sleep mode.
dia off sendiri, off lampu, air-con segala.
bila tekan up/down baru dia on balik.
so, selalu la aku dapat lif gelap yang lampunya baru terhegeh2 nak on.
tu takpe la asalkan ada lampu. kalau gelap memang aku tak naik la.

pagi tadi, masuk je lif aku tekan G. pastu tekan >< untuk tutup.
slow slow dah tutup. slow slow slowww.. tiba2!!!!
tiba2 dia terbukak balik.. eeee.. dia buat dahhhhhh...
takde orang masuk pun. aku tekan >< lagi.
dia tutup slow slow slow. tapi last2 dia terbukak lagiiiiiiii....
heiii.. lif.. kenapa time2 ni kau nak menakutkan aku.
aku teeeekan je >< lama2. pedulik apa aku. aku nak tekan gak bagi tutup.
tiba2 lagi!! dia bunyik tetttttt... tettttttt... tettttt... macam bunyi lif penuh. padahal aku sorang2.
okkk fine! aku keluar!
aku tekan up, lif sebelah terbukak. aku tengok lif yang aku masuk tadi dah tak bunyi n boleh tutup.
ok, pagi2 sudah buat aku kecut mengapa kah?
palotak aku dah la tak aktif pagi2 buta ni. lagi mau buat otak aku jem kah

punya la banyak cerita seram aku baca dalam 2 minggu ni, kenapa dengan sekali je status kawan aku bisa buat aku menggelenyar menggeletar?  kenapa? y y y...??

Kata.

kann.. aku dah kata.. puchong-seri kembangan cuma 5km je..
hari2 boleh jumpa. dah kata kannn..

Wednesday, February 22, 2012

Sakit Kronik.

satu hari, aku tengah isi borang.
ditemani en. boxfren.
sampai part penyakit.
soalan "adakah anda pernah menghidap penyakit kronik".
jawapan "tidak".

lepas aku tick kat jawapan tu, ada suara sumbang mencelah.
suara dari orang yang tak boleh tengok aku senang.

B: yeke takde penyakit kronik?
A: yela. kenapa? bila masa pulak ada.
B: elehh.. dulu tu yang kena kayap tu apa?

okehhh fineeee. aku pernah kena kayap.
tapi yang kau mention kenapa?
kayap tak perlu tulis dalam apa2 borang la.
bongek.


notacintaik: aku yang kena kayap ni pun tak ingat, dia pulak ingat. sumpah aku memang lupa sangat2. mementang la dia yang hantar aku g klinik, semenggah je dia ingat sampai sekarang. tak boleh ada defect sikit. huh!

Tuesday, February 21, 2012

Heaven

bila dah mop 1 rumah, terasa saaaaaangat heaven bila pijak lantai.
rasa macam nak guling dari hujung ke hujung.

http://1.bp.blogspot.com/-2cJoLHxNPzY/Tule1uwSuqI/AAAAAAAAAdY/HhrWHXGAo_w/s1600/1happy.png

Sunday, February 19, 2012

Aku Tak Paham.....

1- bila ada orang masak sampai minyak merecik2 kat lantai tapi tak reti nak mop. kalau dapur tu 1km jauh dari sinki, aku tak kisah pun. ni tak, dekat sangat2 sampai nak pergi basuh tangan pun aku lebih rela masuk bilik air. itu kalau aku nak basuh tangan. kalau aku nak basuh pinggan??

2- bila ada orang cuti 5-11 hari tapi tak pernah nak mop rumah ke, kemas rumah ke. lebih rela dok mengadap tv, mengadap youtube, keluar dating.

3- bila ada orang buang sampah dalam bakul sampah orang lain tapi tak pernah sekali pun tolong buang sampah ke rumah sampah.

4- bila ada orang masak tapi tak reti basuh periuk belanga yang dipakai. pinggan yang diguna untuk makan reti pulak basuh. nak tengok periuk tu dibasuh, tunggu la bila orang tu nak pakai periuk tu semula.

5- bila orang suka kumpul sampah 5-6 hari sampai ulat pun dah jalan2 sampai depan pintu. itu pun bukan orang tu yang buang, kemas & ngemop ulat2 tersebut.

6- bila ada orang tak switch off kipas EACH time lepas tengok tv.

7- bila ada orang keluar rumah tapi suka tak switch off kipas/lampu bilik. luckily dia tak pernah tutup pintu bilik.

8- bila ada orang kata berkemban dengan kain lebih seksi daripada pakai tshirt&spenda SAHAJA. menjadikan aku blurr tentang aurat antara perempuan. mungkin satu hari nanti, tengok tetek orang lebih menghairankan daripada tengok pepek. seriously.

9- bila ada orang takde human respect bila orang tengok tv kau tengok movie/youtube kat bilik kau maximum volume tapi tak tutup pintu. bila orang nak tengok AJL, kau yang taknak tengok tetap melepak depan tv tapi bukak laptop tengok youtube maximum volume.

this is too much. belajar tinggi2 masuk universiti tapi hotak kat ketiak, tertutup terkepit sampai tak boleh pikir.
pada aku:
tolong 1x: kerjasama
tolong 2x: pertolongan
tolong 3x: sukarela
tolong 4x: terpaksarela
tolong 5x: amal jariah

biasanya aku tolong sampai 3x je. lebih2 aku tak tolong.
tapi itu la. aku ni cakap je, tapi still buat jugak.
kerja2 aku sebagai janitor di rumah lama telah menular ke rumah baru.
jujur aku katakan, aku tak ikhlas buat tu semua.
sebab masing2 dah besar gedabak [even ada yang lebih tua dari aku], lengkap anggota badan dan mempunyai fikiran yang waras siuman bukan gila isim.

aku bukan gilakan kebersihan, cerewet, watsoever. tidak. sesungguhnya tidak.
tapi:-
kalau kau nak pijak lantai pun licin2 minyak merata, selesa ke?
kalau kau nak masak tengok ada periuk belanga kotor, selesa ke nak masak?
kalau pagi2 lepas sarapan kau nak basuh mug/pinggan tiba2 ulat sampah naik sampai betis, selesa ke?
kalau each time kau keluar bilik nak pergi toilet/dapur tengok kipas tak off tapi mention bill tinggi, selesa ke?

jujur aku cakap, aku seorang pemalas. tanya la adik2 aku ke, sepupu aku ke. diorang agree punya.
jadi bila malas, aku suka kemas sekali je lepas2 tu boleh rilek sampai minggu depan.
so, bila aku kata sekali, maka aku akan buat semua sekali harung. takde buat hari ni sikit, esok sikit, lusa sikit.
paham tak bila orang kata sikit2 lama2 jadi bukit? so nak buat apa nak buat sikit2? kang jadi bukit tak memasal je.
aku kalau masak, rasa lantai berminyak, terus aku mop.
sebab kalau aku tunggu2, nanti ramai yang pijak minyak tu, then bawak merata2 sampai hall, sampai depan bilik.
dah jadi 1 lagi kerja pulak nak mop satu rumah. baik aku mop lepas selesai masak.
at least mop dapur je bukan 1 rumah kan. itu tak menunjukkan aku rajin, tapi menunjukkan aku malas. paham?

aku tak paham orang lain ni pemalas tahap hokagei ke-9 ke, memang tak tahu ke, atau biar je orang lain uruskan semua.
serius aku tak paham. dah la semua perempuan, dah berumur pulak tu bukan muda 13 tahun.
macam tak boleh nak pikir semua2 tu. hairan.

pasal seksi. ada ke aku tengah berkemban [balik kerja, aku kemban pakai kain baju kurung masa masak rather than pakai bajunya saja, sebab cuaca panas gila] dia tegur "hoi, seksinya".
aku cakap "yang peluh belengas ketiak, bukan kaki". [sebenarnya nak cakap "bukan pepek"]
sumpah aku tak paham. yang nampak cuma tali bra je. lurah2 semua tak nampak pun.
tapi bila hausmet lain pakai tshirt/spaghetti strap&spenda SAHAJA lalu lalang depan dia, dia tak tegur pulak.
bila aku balik dari mana2 n ada gossip nak cerita, aku selamba tukar baju/seluar depan dia [mana la tahu kot2 bulu tersentil keluar ke, apa ke], dia tak tegur apa2 pulak. takde cakap seksi ke apa ke.
pelik kan? tambah pelik, tiap2 weekend dia pergi kelas agama.
itu lebih membuatkan aku lebih confuse.

aku bukan perfect. dah banyak kali aku cakap benda ni.
aku ni cuma pikirkan keselesaan orang lain. kalau kita pakai 1 barang, kita pikir "eh lepas ni kot ada orang nak pakai, aku kena basuh".
ataupun pasal sampah "sampah ni kalau tak buang hari ni, esok mesti busuk berulat".
kita kan duduk serumah. pikirkan la orang lain jugak. bukan kepentingan diri sendiri.
takkan asyik nak orang buatkan untuk korang je.
kalau macam tu, baik dok bawak ketiak mak korang. aku nak tengok jugak sejauh mana mak kau tahan nak buat semua untuk anak dara besar panjang macam korang.
kalau korang sanggup biar mak buat semua tu, korang takde buat sikit pun, dah kahwin nanti kau tadah je la pepek kat laki kau.
kebersihan, kesedaran, kau mintak la laki kau ingatkan kau tiap saat.

Friday, February 17, 2012

Perasan

macam biasa A=aku, B=en. boxfren

A: kenapa la kalau pompuan cantik mesti lakinya tak hensem kan?
B: ....
A: kawan aku ramai macam tu tau. diorang cantik tapi pasangan biasa2 je. [jenis menolak takdir memang macam ni]
B: ....
A: kadang2 rasa not fair. [kann.. aku dah cakapppp]
B: oo.. jadi maksudnya aku ni dapat awek tak lawa la ye?

dah ok.

tah kenapa semalam.
bengang gak la aku.
tapi aku dah disable komen.
kenapa?
saja.
okbai.

Thursday, February 16, 2012

test test


1-2-3-4-5-6-6-8789fyhdfr

harap maaf. tutup sementara diketahui punca masalah bingai yang terjadi ini. terima kasih.

babi

ahhhh lantak la. aku dah tak kuasa nak pikir. sakit kepala tahu tak? kau jangan blogger.com, jangan sampai kau makan dengan kaki.. haaaa

babi babi babi apa kebabian post aku tak appear ni weh.. jangan buat pasal.. aku mogok lapar kanggg

Kalau Dah Dasar Peniru, Memang Tak Boleh Nak Buat Apa Laa

tadi tiba2 en. boxfren kata "nak bela jugak eh!"
kau ni kalau sekali tak menjadikan aku idola kau memang tak boleh kan?

DiGi

dulu aku pakai telco M.
tapi aku pakai prepaid je la.
memandangkan en. boxfren tukar digi [postpaid] dan aku sebagai tukang kokok pagi2 [wake-up call] perlu tukar jugak kepada digi untuk meringankan beban aku.
dah la mahal prepaid telco M, dia block 60second=30sen [peak hours].
en. boxfren pulak jenis meleweh2 kalau bangun pagi, angkat letak, angkat letak, wajib la banyak kali pencubaan call dia.
habis la jugak rm1 semata2 kejut dia bangun.

so, demi meringankan beban aku mentopupkan diri tiga hari sekali maka aku pun jadi supp line dia.
bila aku jadi supp line dia ni aku mendapati sungguh bes.
dengan bayaran rm30/bulan aku mampu untuk menghubungi sesiapa pun dalam malaysia dengan kadar percuma. apa? percuma??
iye.. free. semua panggilan aku termasuk dalam rm30 tadi. [dengan syarat total <rm30]
cer tengok, cer tengok.


dia punya plan bes.
contoh macam aku call adik aku yang pakai telco M selama 5 minit.
lebih kurang sama je rate kalau aku call telcom M-telco M.
bahkan lebih murah. tengok la contoh aku call adik aku bulan lepas.


rate dia kira macam ni:
[tengok yang Standard abaikan Family]


nampak kan dua2 plan sama harga. rm30.
tapi rate dia lain2.
tengok macam sms standard digi mahal kan 10sen.
aku tak pasti la digi-digi berapa sen sebab kalau ada yang pakai digi, aku terus masukkan dalam list FnF [family & friends]
FnF ni macam activ5 tu jugak la.

bukti aku call member aku.

[sampai terkeluar garisan semata2 nak x-large kan gambar ni]

kalau aku call principle line aku [en. boxfren] opkos la free kan.
apa guna aku supp line dia kalau kena bayar. ye tak?
tapi yang best nya, supp-principle adalah percuma tanpa had.
tak macam telco lain yang cuma bagi 500minit bercakap or watsoever.
ni memang betul2 punya takde had. lantak la kau nak dengar suara pakwe kau sampai muntah ke, sampai beranak sembilan ke. digi tak kisah.
tapi digi memang bertuah la dapat customer macam aku n en. boxfren ni.
kitorang mana pernah ada istilah gayut2 ni.
paling lama cakap pun la kan 3 minit. maksima la tu.
kalau cecah 5 minit tu maksudnya aku ada nak beli barang and dia nak explanation pasal barang tu.
explanation kenapa aku nak beli dia tak pernah peduli. itu sebab tak pernah cecah 5 minit.
kalau cecah 5 minit, kira boleh masuk Guinness book of record. *victory*

tapi musti korang heran kenapa aku cerita pasal digi tak pasal2 hari ni? kan? kan?
sebabbb.. sebabbb.. sebab aku ada BE digi tengah running dan aku buat2 takde kerja.
hahahaha. okbai.

Sebelum Selepas

sebelum filem keluar:
hafaz dan adora masih kekal bersama.


selepas filem keluar:

hafaz sudah temui pengganti.


Monday, February 13, 2012

Tips #6: Cara Menjaga Ikan Laga.

paham2 je la aku kan baru jaga ikan laga.
maka aku rasa macam hari2 nak cerita pasal dia.
haha. tipu. takde benda pun nak cerita pasal dia sebab rutin dia sama je.

selalunya, aku akan bagi dia makan 2x sehari.
pagi & petang/malam.
aku bagi makan cacing kering.
cacing kering ni, dia cacing yang kecik2 kurus halus panjang.
pastu dikeringkan then di compressed jadi cube.
dalam sepeket ada la 8-10 kiub. [RM1-2 sepeket]
cube tu kecik je. lebih kurang besar macam ni je:

kalau nak bagi makan, jangan bagi semua.
carik la kecik2. aku ambik 1 kiub, gunting kecik2 simpan dalam tupperware. [aku geli pegang cacing walau dah mati]
asingkan dari kiub yang belum gunting.
potong la sebesar blackpepper. tiap kali time makan, bagi la secebis dua.

tapi semalam pagi, tah kenapa dia lapar kot aku bagi habis, aku bagi lagi habis.
aku bagi sampai 3x pagi tu. habis licin.
selalunya dia tak habis. sampai tenggelam2 cacing tu kembang pastu mengeruhkan air.
entah apa mimpi dia semalam banyak makan.
tengahari semalam jumpa en. boxfren aku tanya betul ke kalau ikan makan banyak dia mati?
dia kata betul. aduhaiii.. kenapa macam tu? [patut ikan aku bela dulu mati semua]

dah malam tadi aku tak bagi dia makan lagi dah.

pagi tadi aku bagi makan, 3 cebisan aku bagi straight takde tunggu2. memang sekejapan sangat dia makan tak sempat kau nak kelip mata dah habis.
memang kebulur kot sebab schedule makan dia memang 2x sehari.

air pulak aku guna air sukida. ikan mahal la katakan. hahahahaa. padahal RM5 je.
tapi sebab aku malas, aku selamba pakai air sukida.
tak boleh pakai air paip sebab banyak klorin. kena anti-chlorine kan dia.
anti-chlorine ni akuada dulu tapi aku tertinggal kot kat rumah lama. hari tu aku cari tak jumpa.
that's why aku selamba pakai air sukida.
ikan laga, dia kan ikan air tawar. so dia suka air2 sungai, air hujan, air bukit.
tapi celah mana la nak cari kan. hujan pun tak hujan. pilihan yang ada air sukida.
tapi dia suka je. kalau aku baru tukar air, dia pusing pusing pusing pusing sampai aku yang pening.
hari tu aku tukar air 2 hari sekali. air dia cepat kotor & pekat disebabkan cacing yang tenggelam mengembang tah macam mana boleh jadi macam lendir/agar2/sawang. selalu sangkut kat sirip dia.
itu kena tukar air 2 hari sekali. tapi sejak dia banyak makan ni lambat pulak air jadi kotor.

itu sikit tips dari aku. en. boxfren suruh aku google cara bela ikan ni.
aku jumpa tips2 lain masa search malam tadi.
syukur ada jugak orang yang rajin up entry macam ni.
terima kasih pada pemilik ikan laga semua. tanpa anda saya terkial2.
tapi still ada 1 masalah. semua yang aku baca takde inform pasal lebih makan ikan mati.
so now how?

klik gambar untuk baca entry diorang

 

Sunday, February 12, 2012

Kajian #3

Please study before you believe on a subject. Don't be such a fool.
More important, please study before you criticize.

Fake:

Actual:



Ikan

minggu lepas balik kampung en. boxfren.
bawak mak dia pergi pekan.
jiram sebelah rumah kirim makanan ikan pulak.
makanan dia ni, jumpa kat kedai ikan atau pet store je.
kedai2 biasa ni jarang ada.

aku ni pulak kan pantang. pantang nampak.
aaaaada je la yang nak dibelinya.
aku ni kalau kau bagi RM1000 cash, tak payah letak aku jauh2.
letak je kat kedai RM2. aku boleh habiskan semua 1k tu kat kedai RM2 sahaja. di ulangi SA-HA-JA.
apa yang aku beli? tak payah tanya.
duit dalam tangan, barang depan mata, it's not important what it is.
bagus kan?

so, dalam gedik2 tengok rabbit, tengok ikan, tengok hamster, TERtengok pulak ikan laga.
pehpehpeh.. ni nak beli ni, kata aku kepada diri aku sendiri.
lepas pilih2 dalam sejam 5 minit, aku dah nampak apa yang aku suka.

selalunya, ikan laga kaler macam ni kan:
en. boxfren pun suruh aku amek yang biru row atas tu.
tapi aku dah TERberkenan dekat yang 1 tu.
ekceli 2 aku berkenan. 1 yang kaler turquoise sikit. 1 lagi yang macam aku punya la.
yang turquise tu cantik. tapi belek betul2 dekat sama je kaler dengan yang biru tu.
jadi aku malas.
aku amek yang aku berkenan sangat2 yang mana kat situ dia sekor2 je yang macam tu.
yang lain semua kaler biru, takde beza melainkan sirip dia tu.
so, aku beli yang aku suka sangat tu.
perkenalkan [amaran, gambar di bawah gambar pinjam dari google]..

http://2.bp.blogspot.com/_OwaFHJQiAJY/SJmMqtv0hLI/AAAAAAAAAcU/lsfJSiyJr1M/s400/halfmoonbetta.jpg
Bolulu.. [bukan gambar sebenar]

kaler aku punya, kepala biru jugak. semua biru tak hitam2 macam gambar kat atas ni.
biru putih. hidup chelsea! eh, tetiba!
tapi ekor dia takde la kembang macam ni. sebab sirip dia tak bersambung dengan ekor. [sori takde kamera nak snap]
comel kan? kan?
aku harap esok besar dia boleh jadi macam ni:

http://4.bp.blogspot.com/-JkLgAkFhGGg/ThtxauYCdDI/AAAAAAAAAHQ/BxfR0H9CErs/s1600/butterfly-delta-betta-fish.jpg


cantikkkkkk sangat!!
tapi masalahnya boleh membesar lagi ke ikan laga?
boleh besar macam kelisa tu ke? boleh?
jangan tanya aku. aku mana tahu apa2. *jungkit bahu*

kenapa nama dia tak semenggah dengan kecantikan dia - bolulu?
takde nama lagi pelik ke nak letak?
hehee.. sebenarnya.. aku letak nama dia BLU. blu je bukan blue.
tapi kan konon2 panggilan manja kan, aku selalu cakap dengan dia "blululu buat apa tu.. tido ek?" [dengan ikan pon boleh cakap ek?mereng!]
so blululu blululu blululu jadi la bolulu.
jangan tanya la dia suka ke tak.
kalau dia tak suka takde la dia manja2 dengan aku.
dia pantang nampak aku, kemain ligat pusing2 tayang ekor, tayang sirip.
cuba kalau tak nampak aku. senyap je dia. kadang tido kat dasar rumah dia, kadang termenung.
time tu jangan harap la nak nampak ekor dia kembang.

aku rasa aku kena carikan dia kawan la.
sian dia sekor2 boring. lagi2 bila aku pergi kerja.
lepas dapat kawan, boleh la dia main kejar2, guling2, sembunyi2.
pastu beranak pinak. weeee... *berangan*

eh, tapikan dia ikan laga!!!
*tepuk dahi*

Related Posts with Thumbnails