Friday, March 30, 2012
Seram: Burung Hantu
tengah jalan2 caru bahan, aku tersinggah 1 blog ni.
ada 1 entry cerita pasal burung hantu. and dia explain orang dulu2 memang ramai yang bela burung hantu.
diorang letak atas pintu rumah untuk elak sihir.
aku pun tak pasti betul ke tak.
tapi dulu aku dengar ada 1 cerita.
masa tu aku kecik lagi dalam darjah 1 ke 2 camtu la. [kecik la sangat -_-"]
aku pun lupa sapa yang cerita pada aku.
dia cakap, malam2 kalau dengar bunyi burung hantu, jangan mengintai ke luar rumah. nanti nampak ada orang tua jalan sorang2 bawak burung hantu.
orang tua tu sebenarnya hantu.
dengar je macam tu, opkos la takut.
tapi hari ni aku rasa ada kemungkinan jugak cerita tu betul.
dah orang dulu2 selalu bela, mana la tahu roh dia tak tenang pastu dia jalan la bawak binatang peliharaan dia.
aku dulu tak terpikir ada orang nak bela burung hantu.
tapi memang comel rupa diorang ni. [ada selamatkan burung hantu dulu. ingat?]
lagi2 kalau orang yang dok kat ladang kelapa sawit, burung hantu memang dibela untuk tengkap ular & tikus yang bermaharajalela kat ladang tu.
siang2 burung tu tido, malam tuan dia lepaskan untuk kerja kat ladang. hebat!
jadi, kalau sebelum ni aku rasa cerita hantu tua bawak burung hantu jalan2 tu macam tak logik, rasa macam 90% tipu, 5% betul, 5% tak pasti, tapi sekarang aku rasa 50-50%.
50% cerita betul, 50% cerita tipu.
habis la hidup aku lepas ni.
habis la hidup aku diselubungi misteriiii.......
Pesta Buku.
tapi sebab aku tak save the date, maka tiap2 minggu aku dok check bila pesta ni start.
aku taknak la tiba2 tengok dah tamat dah pun. frust aku nanti. sebab tu aku asyik2 nak check, asyik2 nak check.
tapi tu la, malas punya pasal tak save jugak date dia. gila.
then, aku nampak poster pesta buku melaka.
semangat pulak aku nak cari pesta buku johor sebab kawan2 aku kat johor dok frust pesta buku asyik2 kat KL n selangor je.
cari punya cari takde. yang ada cuma mini karnival karangkraf n pesta buku Popular je aku jumpa.
patut la orang2 johor frust.
bayangkan la, melaka buat, kelantan buat, terengganu buat, kedah buat, n9 buat, tapi johor tak buat.
sedih betul..
Thursday, March 29, 2012
Hantaran
pehpehpeh.. berapa la agaknya duit hantaran dia ek kalau baru tunang pun baju dah rege macam tu.
Tuesday, March 27, 2012
Baucer Buku.
ishh.. jangan disia2 kan rezeki yang ada. sila la membelanjai aku nye punnn.. tak payah bagi banyak rm50 pun jadi lerrr... hikhikhik..
Perubahan Atau Penghijrahan?
2-3 hari lepas, aku tengah hadap facebook.
aku tengah hadap la aku punya profile, then wall, then pforile, then wall, then profile, eh berapa banyak kali mau ulang?
so tengah khusyuk ngadap kejap wall kejap profile tu la profile aku tukar jadi timeline bila aku refresh.
hangen la aku kan takde angin, takde guruh tiba2 je profile bertukar.
then, aku baca notification atas profile aku tu.
dia inform, tu preview timeline aku. kalau aku nak tukar terus, kena klik publish. kalau taknak, klik tour.
so aku buat la tour sebab aku memang tak suka timeline ni. pening kepala aku je kan.
lepas tour, aku rasa so far biasa2 je la. takde best pun. [dah kata tak suka timeline kan]
then notification tu tulis lagi, kalau taknak publish sekarang pun takpe sebab starting 31 Mac nanti semua otomatik tukar timeline.
that's why dia suka suki je tukar aku punya. sebab last2 nanti semua tukar.
memandangkan aku dah terpaksarela guna timeline, aku pun setting la apa yang patut.
tengah setting2 tu aku sambil la membebel kat status aku bersama beberapa lagi kawan yang memang tak suka timeline.
tup2 ada sorang kata dia tengok profile aku still view lama.
of course aku sorang je nampak. sebab tu namanya preview. aku je boleh view profile baru tu.
sampai la 31 Mac nanti ototmatik dia tukarkan sebab aku memang takkan menyokong timeline. huh!
itu pasal facebook. ini pasal blogger pulak.
jujur aku cakap, aku dah lama tak login blogger.
entry2 aku bulan ni memang aku publish pakai emel je.
salah satu sebab aku tak login ialah [fuyohh.. guna ialah.. pehpehpeh] sebab aku pakai multiple sign-in. memang leceh la kan.
sebab2 lain, aku memang malas. tahu je la aku ni kalau sampai tahap malas tu, memang tak boleh tolong apa2 la kan. malas tahap "ya ampunnnn.. ape ke malasnye ko niiiii" ha macam tu.
so tadi tengahari aku login, biasa je takde apa2 perubahan.
cuma atas tu ada notification yang blogger akan changing soon.
soon bila, aku tak tahu. so aku buat macam biasa je.
petang tadi aku sambung la godek2 apa yang patut.
then baru jap tadi ni aku refresh terus jadi macam ni. serba baru.
sapa2 yang pakai draft.blogger.com memang dah pakai ni sejak dulu aku.
tapi sebab aku tak pakai, maka aku jadi bengap. terpinga2 aku nak klik mana, nak publish entry macam mana, nak edit tempplate macam mana. super bengap.
kena pelan2 kayuh la macam ni.
tapi blogger ni kira okeh lagi la. buat perubahan sikit2 lama2 jadi bukit.
tak macam mak zukerbek. dia selalu buat perubahan besar.
nak suruh orang adapt itu ini. kalau jrang2 takpe. ni tiap2 tahun.
naik menyampah aku. puii~
so, sekarang ni kira perubahan ke penghijrahan?
pada pendapat aku, diorang buat perubahan, kita yang kena berhijrah dari yang lama kepada yang baru.
tapi... kalau sukarela best la. ini terpaksarela. hmmm...
Monday, March 26, 2012
Gemuk Kena Jogging, Tahu?
Saturday, March 24, 2012
Jangan Macam2
Untuk kesekian kalinya aku nak bagitahu. Aku ni kalau datang bulan memang mood aku swing. Aku cakap mood swing bukan “mood swing sikit”, jadi maksudnya swing banyak. Aku tak pernah mintak sapa2 jaga hati & perasaan aku waktu2 macam ni. Nonsense la kan. Aku tak mintak banyak. Aku mintak kau behave je. Sebab kalau kau banyak cekadak, kau memang ‘dapat’. Sekian, terima kasih.
Tuesday, March 20, 2012
Konek
ikut selamba dia je nak cakap macam tu kat khalayak ramai.
kalau slow takpe. ni kuat sampai orang pandang. (╥﹏╥)
Pengabaian.
entah, aku macam bizi sangat2 je.
kerja aku 1 syif, tapi aku stanby kat rumah dua2 syif sehari.
penat sangat2.
lagi2 aku tido dalam jam 2am pagi tadi.
tapi jam 8am aku dah terpacak buat kerja.
jangan la lepas ni aku sakit lagi. hukhuk..
Wednesday, March 14, 2012
Fedap
Eeee... fedap nya aku dengan kerja aku sekarang!!
Rasa nak dok kat rumah diam2.
Hibernasi.
Monday, March 12, 2012
Orang Degil Ni Memang Payah.
Aku dah cakap, gerak la pukul 2.40pm.
Tu pun dah kira lambat.
Aku sms pukul 244pm baru terhegeh2 nak gerak.
Tu ada hati lagi nak berenti isi minyak.
Kalau dah tau nak berhenti2, sila la gerak awal.
Tup2 tak sampai 5 minit kol aku cakap hujan.
See? Orang degilllll.. payah nak berurusan dengan orang degil ni.
Tak dengar kata. Aku ni dah la demam, tak larat. Kau buat hal eh.
Ni sini belum hujan lagi. Kang kau sampai sini hujan pulak.
Kau pun tau kan semalam aku nak balik pukul 3pm tu hujan lebat sampai aku kena stay opis tunggu hujan reda, hari ni kau pulak degil. Hangen aku.
Nasib kau bukan anak aku. Kalau anak aku, siap la kau aku lempang2, cubit segala.
Degil sangat. Huh!
Saturday, March 10, 2012
The Voice
aku suka giler the voice ni sebab pada aku, audition dia sangat2 fair.
maksud aku, bukan setakat diorang tak tengok rupa, tapi grup member election tu sendiri takde merepek2 macam competition lain yang selalunya tunjuk part2 audition memalukan contestant [yang takde bakat tapi sibuk nak menyanyi secara komersial].
tahun lepas aku tak follow sebab ye la rumah aku dulu manada astro. tv pun kecik cinonet je. itu pun aku dah bersyukur sangat2.
bila aku duduk sini, akhir2 tahun lepas, ada jugak la ulang2 tapi aku malas nak tengok.
then, tahun ni, memang aku nak follow. aku tak kira!
team adam menang tahun lepas, so tahun dia balik2 dia cakap "i've done it last year, i can do it for u too" atau "i've won last year, i can won again this year".
nasib baik la dia tu hensem. kalau cee lo kata macam tu, aku luku kepala berkilat dia tu.
tahun ni aku rasa team christina menang. sebab dia ada jesse campbell.
tapi terlalu awal nak decide sapa menang sapa tak.
jadi, aku kasi korang link ni, korang g tengok sendiri dia jesse campbell nyanyi.
dia bawak memang best giler!
dia bawak macam jazz sikit2. best wohh.. tiap kali tengok mesti nak tepuk tangan..
The Voice 2 : Anthony Evans vs. Jesse Campbell - If I Ain't Got You
Friday, March 9, 2012
Saya Pening
Tuesday, March 6, 2012
Sunday, March 4, 2012
Saturday, March 3, 2012
How Bad It Can Be??
malam tadi dah merebak sampai tepi bibir kiri.
pagi ni, bengkak kat bawah bibir lebih besar dari kat jawline.
rasa chubby sekejap. kikiki..
tapi don't worry, tak rasa sakit lagi.
sebab sejak 2 malam lepas, kalau aku makan ubat je, jadi sakit.
kalau tak makan ok je pulak.
Friday, March 2, 2012
Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawak Mati, Hutang Entry Tak Boleh Dibawak Ke Mana2.
mahal woh harga emas sekarang.
999 dah 200+. 916 dah memang sipi2 nak sampai 200.
jadi, jangan berhutang pakai emas.
aku tahu, aku hutang entry pasal tuck.
tapiii.. aku sangat2 tak larat.
see?? teruk kan?
hari ni hari ke-3. maksudnya, dah 2 hari aku tak kerja.
semalam sakit giler. makan ubat pun macam tak makan je.
seharian aku makan ubat then tido. bangun makan ubat then tido balik.
bukan aku taknak buat kerja lain tapi aku sakit sangat2.
tido pun sejam je lepas tu mesti terjaga.
urut2 sikit lepas tu tertido sendiri sebab penat.
semalam, sakit giler kan, tapi tak bengkak besar macam ni.
semalam petang aku makan ubat, then aku tido.
pukul 8pm, aku bangun bengkak dah besar dah.
pagi ni aku bangun makin besar. tapi tak sakit.
sakit la sikit tapi takde la sampai aku rasa nak melalak macam hari2 sebelumnya.
sebenarnya, bengkaknya ada 2 tempat.
1 kat jawline, 1 lagi kat dagu belah kiri.
walaupun dekat2 tapi adalah 1-1.5cm jaraknya.
then malam tadi aku bangun tu la aku rasa bengkak tu dah "adam. stacy. bergabung! meletup!" haa camtu la. cuma belum meletup.
semalam en. boxfren bawak aku pergi cari ubat.
lepak kejap teman dia makan. aku memang tak makan la.
bukan sebab sakit, tapi sebab bila aku kunyah [guna gigi kanan], gigi kiri tergesel sikit pun dah bisa buat aku meraung.
itu la lainnya sakit gigi dengan sakit gusi.
tak kisah la gigi mana2 pun yang tergesel, as long as gigi tu berada atas gusi yang sakit, melalak la jawabnya.
en. boxfren pulak kecoh dok kata muka aku senget.
pastu panggil aku "minah senget.. minah senget.." di khalayak ramai.
sebenarnya aku tak berapa dengar dia panggil "minah senget" ke, "rina senget". (╥﹏╥)







