ingat lagi tak aku cerita pasal ex aku
hari tu?
mari kita gelar dia Mr Nice. amacam? boleh?
sebab dia baik kan. kalau dia jahat kita gelar dia macam Mr Kijam. kan?
aku rasa dia tak tahu pasal blog aku ni.
kalau dia tahu, mesti dia mention lagi.
lagi?? ye.. lagi.
lagi tu maksudnya dia call aku lagi la. kah!
tapi la kan, aku rasa dia tahu cuma dia jarang bukak.
sebab kalau dia memang follow hari2 bukak, lepas dia call tu tentu dia dah baca entry aku tu kan?
hmmm...
macam 1st time tu, dia call khamis malam jumaat.
dia kata wife dia ada extra class. biasa la, cikgu kan.
so takpe lagi la. tapi dia request nak call lagi lepas2 tu.
aku ni kan dah bagitau, aku lebih rela dia cari aku dari dia cari pompuan lain. ingat tak aku mention hari tu.
makanya aku tak kisah la dia call aku berapa puluh kali lagi.
nak dijadikan cerita, dia call lagi minggu depan selepas 1st time tu.
kira 2nd time = 12 April 2012 [2 minggu lepas] masa adik aku ada kat sini.
masa tu memang tak dapat cakap panjang2 sebab masa tu sangat2 hectic.
dia call aku tengah drive balik kerja, syif malam.
then aku plan nak beli ayam berempah untuk dinner memandangkan aku cuma masakkan adik aku sambal telur+sayur je.
dah otw tu, hausmet aku pulak call kirim bubur nasi sebab dia demam tak larat nak keluar beli.
so, jarak ayam berempah n bubur nasi tu jarak dia ada la lebih kurang 500-600meter.
sampai kat ayam berempah, aku tengok ayam part2 tak best je yang tinggal. aku pun tunggu la ayam yang diorang tengah goreng tu.
proses tunggu tu ada la dalam 10 minit.
masuk kereta tengok ada 2 missed call.
maxis aku mana pernah ada kredit sekarang. aku pakai digi je.
tapi takde gila la aku nak contact dia pakai digi aku.
my maxis is for my past. current life is using digi. hahahaa..
so aku buat "please call me back" tu. [sapa pakai prepaid maxis dia paham la]
sampai je kedai bubur, dia call.
borak2 lebih kurang je sebab meja aku betul2 menghadap tv, dengan speaker 2 gabak besar, memang jadi manusia pekak aku malam tu.
10 butir dia cakap, aku dengar sebutir je.
tapi aku ada tanya, betul2 punya tanya "awak, awak ada masalah ke?"
dia pun betul2 punya jawab "eh, takde. betul takde masalah. kenapa?"
dah pulakkkk.. dia yang tanya aku kenapa. adoiyaiiii nye pun kan ter berrr.. [<< ni sapa tengok lawak ke der paham la benda ni..]
tengah cakap2, makanan pun sampai.
so aku pun kocoh-kacah nak cakap la, nak bayar la, last2 aku letak je lepas cakap bye2.
hahaha.. lantak la kan. minggu depan konpom dia call lagi.
aku nak call balik dia kata tak boleh. dah dia je la yang boleh call aku kan?
peh jimatttt.. hahaha..
ok, itu ceritanya. jadi, apa yang aku nak cakap sekarang adalah, kenapa bini dia adakan extra class khamis malam jumaat?
ish3.. malam jumaat kan malam wajib [kata kawan2 sedekat aku].
malam wajib tu bukannya wajib berdosa kalau ditinggal, tapi malam yang tak boleh ditinggal. paham?
jadi, aku pikir, kalau khamis ke-3 dia call aku jugak, makanya memang dia jenis yang tak boleh ditinggal pada malam wajib. ehem. *angkat2kening*
tapiiiiii.. khamis ke-3 dia tak call laaaaaaa... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
eh, kenapa nangis pulak ni marina, bukan patut suka ke?
errr.. aaa.. err.. saya rasa macam tak disayangi pulak. hewhewhew..
tapi aku betul2 rasa lega sangat la bila aku realize yang khamis ke-3 dia tak call.
lega tu macam baru lepas berak sembelit. lega gila2. [contoh yang tak membina langsung. kah!]
aku sendiri sebenarnya tak sedar khamis dah lepas [dah hari jumaat dah pun] sampai la aku habis tengok
uncle usin tu.
tengok
uncle usin pukul 5pm, sedar hari khamis dah lepas pukul 8pm. melampau bonau kan?
nasib baik aku tak perlu sembahyang jumaat. kalau tak, tiap2 minggu lupa sokmo. hahahhaa..
tapi kelegaan aku tak lama.
pagi ni, aku dapat missed call notification dari maxis yang Mr Nice call aku semalam. 2 kali. [sebab baru pagi ni aku rajin nak mengecas]
huwaaaaaaaa.. dah tukar ke hari ahad pulak ke.. hoi dah tukar ke hoii??
semalam aku keluar dating. bateri henset maxis ni pulak flat that's why aku malas la nak bawak. [ekceli digi pun aku tertinggal. genius.]
itu yang dia call aku tak dapat2 kot.
hmm..
jadi apa yang aku nak kata di sini ialah:
jangan sesekali tinggalkan laki anda pada malam jumaat tiap2 hari dan tiap2 malam.
ok bye~
ending macam sampah. (╥﹏╥)