..merepek tu bagi aku sama macam muzik..

Thursday, May 31, 2012

A Simple Touch

Aku ni kalau bab mekap2, memang fail. Pandai pakai bedak dengan lip balm je. Kalau suruh aku pakai eye shadow ikut tema siang/malam, memang fail. Sepesen je la muka aku. Macam tuuuuu je la. Tak berubah2..

 

Lepas tu, hari tu ada sekali aku nak keluar dengan en. Boxfren kan, aku pakai blusher. Ni kecoh sikit la sebab keluar dengan dia. Kalau keluar dengan orang lain [kawan2 ke, adik aku ke] tak hal sangat la kan. Tu yang aku tak nak kecoh2. Yang aku highlight kan kat sini bila keluar dnegan en. boxfren. Tahu tak bila dia masuk je kereta, apa dia cakap? Haaa.. dia cakap “eee.. kenapa pakai blusher ni?”. Kecoh seyyy..

 

Dia kan, memang kecoh tau. Kalau aku pakai lipstick pon dia jeling. Itu yang aku pakai lipbalm yang memang kaler pink tu. At least ada la kaler sikit bibirku yang munggil ni. Itu kalau pakai lipstick, kalau kau tenyeh mata jadi kaler2, lagi bising mulut dia. Kalau la aku ni cantik supernatural, takpe jugak. Ni tak, berlambak cela2 yang kena tutup.

 

Bukannya nak berlawa2 sangat pun.. Cuma taknak jadi bahan kutukan orang ramai je kan.. maklumlah.. sedar diri.. kehkehkeh..

 

Tapi ada 1 hari tu, aku nak pergi pasar malam putrajaya. So aku fetch dia dulu. Masa tu memang dah lambat sangat sebab aku pun gerak dari opis lambat. Lepas2 tu nak pergi mana tah, tu aku nak balik mandi dulu.. dah lambat tu, memang aku tak sempat la nak tepek bedak ke hapa ke dulu. Sebab kalau aku lambat, nanti jem kat tol puchong tu. At least biar sampai ke sana dulu then aku tepek la bedak masa dia drive nanti.

 

Tapi sampai2 je, dia teeeeeeengok je aku. Pastu bila aku tanya kenapa, dia geleng2 je. Sampai la kat parking pasar tu, aku lupa nak pakai bedak. Hahahhaa.. memang lupa. Dah keluar kereta ni, baru aku perasan. Tapi gamble je la kan, bukan nak pergi mana pun. Pergi pasar malam je kan. Tapi aku tanya macam mana ok ke kalau aku tak payah tepek bedak. Tahu tak dia cakap apa? Eh, tanya soalan tadi pulak ek. Tapi betul ni, tahu taka pa dia kata? Dia kataaaaaaa

 

“macam muka tak mandi”

 

 

Okehhhh.. fineeeeee… kutuk tak hengat punya… selalunya tak bagi aku beriya2 kan, time macam ni kau kutuk2 plak kannn... Camni la kauuuuu..

Wednesday, May 30, 2012

Penjenamaan

aku selalu jugak la jalan2 blogshop. Atau FBshop. Eh, ada ke FBshop?

Ahhh.. kira penjualan online la.. paham kan?

Aku banyak tengok barang2 yang diorang jual.

Tak kisah la jual apa. Baju ke, tudung ke, kain ela/pasang ke, skirt ke, accessories ke, macam2 lagi la.

Tapi aku heran tau. Kenapa baju yang jual kat blog, harga dekat sama dengan baju2 lain yang berjenama.

Aku ni bukanlah jenis yang pentingkan jenama.

Cikai2 pon aku pakai. Bundle pon aku pakai. Xde hal. Masalah ciput je tu.

Tapi tu la. Kalau dah jual kat blog pon mahal2, baik beli yang ada jenama. At least kualiti terjamin.

Bukan aku nak cakap barang2 yang diorang buat tu tak bagus. Bagus.. homemade lagi.

Cumaaaa… Cuma aku rasa tak berbaloi. L

 

Aku ada minat 1 baju ni kat blogshop.

Tapi aku masih berpikir2 nak beli ke tak.

Then minggu lepas aku pergi mines dengan hausmet. Masuk la banyak kedai termasuk Nichii.

Ternampak baju yang lebih kurang sama dengan baju yang aku minat kat blgoshop tu.

Ada la beza sikit dari segi ropol & corak. Takkannnnnn la sama sebijik kan..

So tengok harga dia. Mak aiiiii.. terperanjat la aku kan bila tengok harga lebih kurang je dengan yang dijual kat blogshop tu.

Jadi makanya, aku pun terpikir tentang perkara ni.

Kenapa barang yang tidak ada penjenamaan harga lebih kurang sama dengan yang lebih berjenama?

Takkan la nak kata “oo.. barang yang berjenama ni kain dia tak bagus” pulak kan?

Yeah rite.. sapa nak percaya.

 

Itu yang aku jumpa kat Nichii la. Kat tempat2 lain lebih UP harga dan jenamanya tu aku tak tahu la.

Sebab baju yang aku suka tu pun takde la vogue dan mahal harganya. Cuma bila jadi macam ni, buat aku terpikir2.

Kadang2 tu aku tengok barang yang dijual, rupa sama sebijik, jenis kain pun sama macam yang ada kat pasar malam tapi harga lebih up.

Aku pun tak paham kenapa. Maybe target dia orang yang berduit dan malas nak berjalan kot.

Lainlah kalau satin, lace, silk. Itu memang dah diketahui harganya yang meletops. Kan? Kan?

 

Tiba2 aku rasa tak tahu nak ending cerita ni macam mana.

Sebab sedih ada, terharu ada, ‘malas nak cakap’ pun ada.

Apa pun aku nak kata yang aku takde niat sikit pun untuk melingkupkan atau memburukkan mana2 agensi penjualan online.

Aku tetap menyokong usaha diorang sepenuhnya! Chaiyok!

[sebab aku tetap beli jugak. Malas punya pasal. Hewhewhew..]

 

Monday, May 28, 2012

Fasting.


yeahhhh berjaya! berjaya!!
berjaya berpuasa pada hari ini.
saya amat bangga dengan kejayaan saya yang julung2 kalinya berpuasa pada tahun ini. wehu!

ini baru sehari dah gaya macam ni.
kalau dah 18 hari cemana pulak gayanya nanti. *geleng2*

Link

Sorry lupa letak sumber berita diperolehi.

Maklumlah tak boleh nak edit dah entry tadi.

 

Baca cerita pebuh: http://mynewshub.my/2012/02/13/neelofa-tidak-berenggang-dengan-hans-isaac/

Berita dah basi dah. Aku je bari tahu.. :p

 

Neelofa & Hans Isaac

OH EM JIIIIII….

 

 

Aku setuju je dengan diorang ni.

Orang yang baik akan dapat orang baik. Ya tak?

Baik ke diorang? Mana kau tahu?

Eh, mana aku tahu.. Aku cakap2 je. :D

 

Bayangkan betapa comelnya anak diorang nanti.

Pehpehpeh.. harap boleh jadi besan. :p

Saturday, May 26, 2012

Tension.

tak boleh nak bukak dashboard.
lambatnya en. boxfren nak gaji..
cepat la hoi.. nanti nombor aku tu ada orang ambik..

Tanya Ustaz.

kot ye pun ustaz2 ni boleh menjawab soalan secara online lagi free, jangan la tanya yang bukan2, yang sengal2, yang entah hapa2.
tanya la benda2 penting macam hal2 yang mendatangkan kemungkaran Allah swt ke, hal2 yang sunnah dibuat ke, hal2 yang menjadikan amalan kita terbatal ke.
ini tidak. tanya pasal telefon nokia la, wifi la, pasal chat letak ♥ pada bukan mahram la, tanya ustaz pakai kereta apa la.
adoi la.. bazir masa la nak jawab benda2 remeh macam ni..

mungkin ada yang pikir "apa la marina ni, biar la diorang nak tanya. kot2 pakai telefon nokia tu haram ke".
ok fine. pendapat korang tu bagus. memang bagus. kalau soalannya macam tu, aku pun memang berminat.
ini tak. dia tanya, "nokia 7290 ada wifi tak ustaz? kalau ada tolong bagitahu caranya".
hampeh tak? hampeh tak? kalau aku la, aku ignore je soalan macam tu.
kau ingat aku apa? tech center?
soalan lain "apa hukum chat letak ♥ pada bukan mahram". ini dah sah2 chat dengan boipren.
dah kalau bukan boipren, sapa lagi? jiran kakak ipar laki jiran dia?


sebab apa aku kata bazir masa nak jawab soalan macam ni?
sebab pada aku, benda2 macam ni, kita boleh tanya dekat orang2 lain macam kedai telefon ke [yang aku kata tech center tadi], bapak kita ke, ustaz kat sekolah kita ke.
kalau nak tanya ulama' ni, biar la yang betul2 sikit.
so tak bazir masa dia baca ke, jawab ke.
orang2 yang sama2 nak menuntut ilmu ni [aku letew] pun tak rasa nak lempang orang tu.


Friday, May 25, 2012

Totally In Lurve!

With him…..

 

Thursday, May 24, 2012

Spam? Spammer? Spamming?

Facebook aku:

 

 

PM yang aku dapat:

 

Apakah?? Begitu susah ke nama aku sampai dia panggil aku Nama?

Ini macam spammer yang main panggil je nama orang.

Kadang2 nama orang Nabihah Binti Razman, boleh diorang panggil Binti.

Itu namanya International spammer. Sebab dia tak tahu.

Yang ini rakyat Malaysia, tapi kenapa macam ni?

Aku confius. Kalau ini reader blog aku, tolong PM aku semula and explain kat aku sikit yang menunjukkan korang bukan spammer.

Baru aku boleh add friend. Tq.

Kahwin Paksa

aku kan selalu mimpi orang yang takde kena-mengena dalam hidup aku.
kadang2 sedara jauh2. kadang2 kawan baru kenal. kadang2 kawan lama.
pelik sangat.

2-3 malam lepas aku mimpi dua pupu aku.
dalam mimpi tu aku kena paksa kawen dengan dia. realitinya dia dah kawen tahun lepas.
dalam mimpi tu, ada sorang adik laki dia [realitinya adik dia ni tak wujud] yang dah kawen, tak suka aku. selalu perli2 aku, sindir2 aku.
padahal bukan aku nak sangat kawen dengan abang dia. aku kena paksa!
ada sorang lagi adik laki dia [yang ni pun realitinya tak wujud] yang belum kawen, baik sangat.
lembut je cara cakapnya. nampak la yang dia ni jenis kuat ibadah, sabar.

dua2 adik laki dia ni tak wujud pun dalam realiti ni. sebab adik2 dia semua perempuan. kikiki..
tapi mimpi tu kena kawen paksa sebab bapak aku yang paksa.
tak tahu la apa kes. maybe sebab umur dah lanjut tapi belum kawen kot. hahaha.. eh, tak lawak.

sebenarnya aku tak pelik pun kalau mimpi kawen paksa ni.
dah selalu sangat, sejak aku sekolah menengah lagi.
mimpi2 macam ni selalu jadi sebab dulu masa aku nak PMR, bapak aku warning aku kalau tak lulus tak payah masuk form 4.
berhenti je, terus kawen.
bila bapak aku cakap macam tu, terus aku mimpi kena kawen paksa. itu la 1st dalam hidup aku mimpi kena kawen paksa.
then mimpi ke-2 dapat masa nak SPM. sebab yang sama; bapak aku kasi warning sama macam nak PMR dulu.
pehpehpeh.. takut punya pasal, aku lulus jugak walaupun aku tak belajar. memang ngam2 cukup makan. *blushing*

mimpi 1st dulu, aku mimpi kena paksa kawen dengan sorang duda anak sorang. (╥﹏╥)
masa tu aku siap lari rumah sebab tak setuju dengan semua tu. siap terjumpa cinta monyet masa form 2.
siap aku nangis2 mintak dia bawak aku lari. tapi dia nasihat pastu hantar aku balik rumah.
masa tu, aku dah redha je la. terima la dengan hati terbuka.
sampai je rumah tengok majlis nikah dah selesai. rombongan tengah makan kat luar rumah. [kira majlis berlangsung tanpa aku la]
then semua dah pannnnnnnndang je aku dengan pandangan slack 'pengantin pompuan lari rumah di hari pernikahan'. kambeng!
tapi masa tu aku dah redha sangat2 kan, jadi pikiran tenang je. sampai aku terbangun pun jiwa aku tenang je. redha la katakan.
mahu tak redha, laki tu doktor weiiiii.. hehehehe..

2nd mimpi tu, tragis sikit la.. aku kan spm kat teknik, jauh dari rumah.
so dalam mimpi tu, sepupu aku yang paling rapat nak kawen. [umur dia 6 tahun lagi tua]
aku pun balik la kampung. tapi aku tak dapat balik jumaat, aku dapat balik sabtu pagi iaitu pada hari kenduri.
beg aku bawak dalam tu pun memang beg aku realitinya, so mimpi tu macam real la.
masa aku sampai tu, semua orang macam kelam-kabut lari sana sini sambil tercari2. macam ada barang hilang.
then masa aku tercegat kat gate tu, bapak aku aku lalu depan aku and cakap "ha, bagus kau dah balik. pergi naik. selamatkan majlis ni".
ok fine. wait, what?? aku je boleh selamatkan majlis ni? but whyyyy?
rupanya sepupu aku dah lari rumah tanpa diketahui apa sebab musababnya. padahal bakal laki dia ni bf dia. [diorang tak bertunang]
kenapa dia nak lari rumah kan? kalau taknak kawen kenapa nak setuju at the 1st place kan?

dah lepas tu, bapak aku panggil makcik aku [mak pengantin]. bapak aku suruh fitting baju la pakai inai la, macam2 lagi la.
memang aku mimpi tu siap fitting baju, tukang jahit siap amek ukuran badan nak alter baju tu. [realitinya memang aku kurus sikit dari sepupu aku]
sampai la majlis nikah. and takde sanding2 pun, cuma makan beradap je [orang johor panggil makan berdamai].
dalam pada masa majlis tu, apa yang bermain dalam kepala hotak aku ialah, ceaaah.. siap guna ialah.. tak boleh blah. kikiki..
ok, back to the story. masa tu aku asyik pikirkan homework add math aku belum siap. hahahhahaaaaaaaaaa... :D
pastu aku pikir lagi, mampuih la aku takleh amek SPM sebab dah kawen. hahahahadoiyainyapunkannn..

bila hari dah malam, aku jadi berdebar. aku kan bawah umur, mana boleh tidur sesama kan? *inesen*
belum sempat aku cakap apa, aku nampak laki aku ni bawak keluar tilam join sekali tidur ramai2 kat hall.
sedara-mara semua paham la masalah semua ni. memang start dari sepupu aku lari tu diorang semua senyap je sebab taknak aku sedih sebab terpaksa selamatkan maruah keluarga.
tapi aku pulak rasa sedih masa tu sebab nampak sangat la rumahtangga aku ni tak lama.
ye la, aku paham perasaan laki aku *blushing* masa tu.
dia mesti sedih sebab gf yang dia sayang buat macam tu kat dia.
dah la gf lari di hari perkahwinan, kena kawen dengan orang yang dia tak kenal pulak tu. ish3.. kesian.. ಥ_ಥ

dia bawak keluar tilam, aku kena tidur luar sekali la. dah takde tilam lain. takkan nak tidur kat katil takde tilam pulak.
tapi aku takleh tido pun. terkebil2. tiba2, dia suruh aku bangun n duduk depan dia.
then dua2 tangan dia letak kat bahu aku and cakap yang dia tahu aku tak kenal dia and dia pun tak sayang aku. tapi dia mintak aku bersabar, tunggu dia amek masa untuk sesuaikan diri.
terus aku nangis kauuuuuu... nangis sebab rasa legaaaaaaa sangat2.
lega sebab dia tak memaksa and dia nak try to make it work. hikhikhik.. *gedik*
esok paginya [konon2 hari ahad] dia bawak aku balik hostel kemas baju semua bawak balik.
dah jadi bini orang kan, mana boleh sekolah lagi. hikhikhik.. *gedik*
tak sekolah pun takpe. dia kan arkitek. muahahahahhahaa...

ok, the end.. mesti ada yang muntah baca benda ni.
padan muka. sapa suruh baca. kah!
tapi apa motif aku nak cerita benda lama ni?
sebabbbbbbbb, aku tak boleh lupa nightmare ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
walaupun hepi ending, bahagia, tapi pada aku nightmare sebab berpunca daripada warning bapak aku, bukan datang tiba2.
zalim tahu tak zalim.
start dari situ la aku selalu mimpi kena kawen paksa.
tapi dua tu je paling aku ingat dengan detail sebab mimpi tu membuatkan aku target nak lulus exam.
jadi pemangkin semangat la olok2nya. padahal result cukup2 makan. (◡‿◡)

Wednesday, May 23, 2012

Some Shit Just Got Real.

Sebenarnya ada benda tak best berlaku 2 hari lepas. Aku bangun pagi capai henset nak tengok jam pukul berapa. Tuptup nampak tulisan “simcard register fail” camtu la lebih kurang. Jadi pahamlah aku bahawa simkad aku dah expired gamaknya. Dah lama sangat tak topup.

 

Tapi yang peliknya kenapa maxis tak inform dulu ek. Zaman2 aku study dulu aku jarang topup gak masa mula2 pakai henset. Tak mampu la kan nak topup selalu. Then dapat je sms inform “nombor 017****** akan ditamatkan blablabla pada 21 May 2012” macam tu. Sekarang kenapa tak ada?? Kenapa??

 

Then malam tu jugak aku pergi maxis kat jusco nak tanya boleh renew ke, topup ke, apa ke kan. Dia kata maxis centre je boleh buat. Paling dekat alamanda. Mana sempat. Terpaksa la tunggu sampai semalam baru sempat ke alamanda. Sampai alamanda dia cakap tak boleh renew. Kalau nak guna no. fon tu  jugak, kena register jadi postpaid. Watde?? Takkan nak pakai 2 line?? Digi dah line, maxis pun nak line jugak? Masakkkkk gue…

 

Call en. boxfren. Biasa la aku kan tengah emo, cakap mesti emo jugak. Tuptup2 aku pulak kena marah. Aku kalau rasa sangat “wtf ko ni?” mesti aku hangup tanpa berlengah2. Kalau aku tunggu2 kang gaduh. Tak koser. Letak tepon, aku call bapak aku dengan harapan dia nak la pakai bill. Tapi harapan tinggal harapan bila dia taknak. Hahahha.. eh, apsal aku gelak??

 

Ok, bapak aku memang taknak pakai bill. Dia takut tercakap banyak sangat bill pun jadi banyak. Sempat aku perli dia “sapa suruh cakap banyak2?”. Hahahhaha.. ok gelak lagi padahal aku taknak gelak pun. Dah dia pun taknak, takkan aku nak paksa bapak aku kot kan? Biar je lah..

 

Musibahnya sekarang ni, bukan setakat aku dah takde nombor maxis yang dah 4 tahun aku pakai, tapi aku tak boleh nak bukak email!! Tak boleh bukak dashboard!! Sebab aku pakai double sign-in. ada 2 acc email aku pakai double sign-in hoi. Cemana ni??uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

 

Pukul-memukul.

Dengar Red.fm dalam 1 minit tadi ni cerita pasal sorang perempuan. Ex-bf dia pukul dia setiap kali cakap dengan lelaki lain. Sedangkan perempuan ni kerja dia pulak jenis2 jumpa customer, client atau supplier. Bayangkan… bayangkan..

 

Dan dia rasa bahagia sekarang sebab current BF dia baik and sangat supporting terhadap karier dia. Dan aku pun rasa legaaaaaa sangat aku dah bebas dari perkara2 macam ni and keep moving on my life. Sobs sobs..

 

Wednesday, May 16, 2012

Marimo Oh Marimo

Aileb all of u...!!


Korang pun ailebiu jugak. Dengan syarat kasik marimo ni kat aku.
RM8 je sebijik nano marimo. Kasik la.. kasik la..

Tuesday, May 15, 2012

The Mines

semalam  teman en. boxfren g damansara.
otw tu dia kata "eh, lama tak pergi mines kan?"
aku jawab "a'ah" je.
padahal dalam hati

"eeee.. banyak cantik muka kau.. dah la dok jauh. aku la kena ambik, aku la kena hantar. dah la nak g mines tu lalu rumah aku. ulang-alik2. ehhh.. tak koser tau!"

hari tu pun sama.
dia kata "ee.. lama tak pergi bangi kan"
eeee.. tak koser i layan!

Saturday, May 12, 2012

Pencampuran 2 Bahasa.

Amboiii.. kemainnn.. dulu sibuk ban “sure heboh” sebab penggunaan bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Dah jadi “jom heboh” sekarang.

Lepas tu heboh pulak pasal lagu awi Rafael “pulanglah sebelumku runaway, ku menanti kamu everyday, lalala~”. Tak boleh katanya campur2 bahasa. Merosakkan bahasa katanya.

Jadi apakah kes ini?

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram ft SleeQ

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)


Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu


Ooo… kalau nama rapping je boleh la masuk dalam lagu BM? Ooo.. camtu pulak ye..
Poyo la. Menyampah aku dengan peraturan2 yang entah hapa2 tapi certain orang buat boleh pulak.
Apa benchmark untuk buat lagu sebenarnya? Apa? Apaaaaaaa??????  

Friday, May 11, 2012

Pesanan

Pesanan aku kepada kawan2 perempuan supaya menggunakan tandas cangkung daripada tandas duduk masa kat public toilet. Kalau tidak, nanti jadi macam aku. Sobsob..

 

Aku kalau kencing, kencing je macam biasa. Tapi bila dah last2 tu sakit giler macam ada urat kentut kencing yang tertarik2. Sakit sangat. Tapi air kencing banyak macam biasa, takde sikit sangat. Then aku pulak jenis minum je tak berhenti2, tu yang kencing kencing kencing dan kencing lagi. Bila kencing kencing kencing dan kencing, mesti la sakit sakit sakit dan sakit. Tapi kadang2 tu, ada jugak kencing sikittttt je. tu yang paling sakit tu. Hadoiyai.

 

Semalam pergi farmasi tanya pada farmacist tu. 1st thing dia tanya “ada darah tak”? mestilah tak. Giler. Kalau keluar darah takde dah aku nak datang farmasi, aku terus ke hospistal je. takkan nak tunggu2 lagi kan?

 

So, dia kata tak kronik sangat ni. So dia suruh minum urinary akalinizer. Dia macam eno/ubat gastrik, kene masukkan dalam air. Tujuan dia nak lawaskan kencing aku. Minum 1 hari 3x. malam tadi aku dah minum 1x. pagi tadi sakit lagi. Hari ni aku baru minum 2 peket, kencing dah tak hengat berapa kali. Penat aku ulang-alik. Tapi sebab aku tengah baca forum mistik, maka aku kata “baik pergi sekarang daripada dah takde orang nanti”.  T__T

 

Kencing last ni tadi dah takde rasa sakit lagi. Lega je kencing. Macam sempurna je kencing aku hari ni. Muahahaha.. lagi 1 nak cakap, kalau nak lawas dalam kencing ke, berak ke, minum la banyak air. Macam aku cakap sebelum ni, perempuan kena minum 2 liter atau lebih. Aku pun minum banyak tapi macam takde efek sebab kulit still kering, bibir kering. Sebab air semuanya keluar, kasi pembersihan sistem perkumuhan. Cuma muka & kulit kepala ke jenis berminyak.

 

Jadi kawan2 sebelum aku merepek masuk bab lain, maka aku ingin akhiri di sini, sila la mencangkung ye kerana ianya lebih selamat. Ini saranan daripada farmacist tu sendiri. Saranan daripada aku pulak, flush dulu sebelum mencangkung.

 

Sekian, terima kasih.

Thursday, May 10, 2012

Review Filem: The Avengers


filem ni sangat best!!
hah kau. terus mukadimahnya begitu.
takde kasi sinopsis dulu ke, trailer dulu ke.
terus je kata best. haha. yela, dah tengok lambat, cakap banyak pun tak guna kan? :p
pada sesiapa yang belum tengok, sila tengok.
sangat-sangat-sangat berbaloi untuk ditonton.

ok la, pada sesiapa yang belum tengok atas dasar tak berapa suka cerita2 komik macam ni, aku kasi la tengok trailer dulu.







catatan aku:

sapa nak tengok cerita ni, kena tengok dulu cerita Thor [2011] & Incredible Hulk [2008].
cerita lain pasal black widow ke, pasal ironman ke, pasal hawkeye ke, tak payah tahu sangat takpe.
tahu yang basic2 je pun takpe.
tapi kalau pasal Thor & Hulk ni kena tahu cerita dia sebab banyak element dalam The Avengers ni asalnya dari cerita diorang.
contoh macam kaitan antara Thor yang hensem & Loki yang jahat tu.
sapa jane foster yang dipindahkan dengan jet ke tempat selamat lepas loki datang bumi. [sikit je bab ni dalam tu]
sapa Dr. Selvig semua tu. kena tahu la baru cerita ni best giler.

sikit2 pasal watak.
thor - kurang mengancam dalam ni tak macam masa cerita dia sendiri. tapi tak melunturkan cinta aku kepada dia. kah!
loki - aku lempang kau kanggg! tak kenang budi. huh!
ironman - kayanyaaaaa. lempang kang!
captain america - macam takde apa2 kuasa selain dari perisai dia terer boleh defend hentaman tukul thor. ha, apsal perisai tu boleh menahan hentaman hebat, kena la tengok Captain America [2011]. tugas dia ni cuma bagi arahan sambil2 tumbuk alien. dah kata captain kan.
black widow - tak banyak kebolehan dia yang diketengahkan. maksud aku, banyak scene dia dalam ni cuma kebolehan dia/ability dia sikit je dalam ni.
hawkeye - walaupun kena pukau dari awal, tapi dia terer giler!!! tak payah tengok pun, arrow dia tetap kena pada sasaran.
hulk - dia.. *DUSHH!!* [tak sempat cakap apa2 dah kena tumbuk]

part2 kelakar dalam semuanya macam datang tiba2 and kita tak expect benda tu datang.
tiba2 je kelakar sampai sakit perut.
bagi aku cerita ni tak bosan langsung.
sebab aku memang tunggu2 cerita ni.
cuma jangan bandingkan cerita ni dengan transformers atau battleship.
lain sangat. kesan bunyi dia pun takde la gempak macam transformers atau battleship.
sebab cerita ni takde transform apa2 and bukan cerita robotic.
just bunyi tembak2, bunyi kapal, terbang2, sama macam cerita batman ke, superman ke.

terer la marvel sebab buat avengers.
bukan sebab unthinkable. tapi sebab dia dah buat cerita watak2 dalam ni, pastu dia buat the assemble macam ni, memang best la.. best la.. best la.. best la.. hai berapa kali nak kena cakap best?
dengar khabar akan ada The Avenger 2. [yang mungkin masukkan superhero lain macam x-men ke, fantastic 4 ke]
fuyyoooo.. fuyyoooo.. kurang sabar aku nak tunggu bila dengar macam ni..
tapi biar la diorang ambil masa yang lama buat avengers 2 sebab aku tahu diorang pikir pasal kualiti untuk menepati piawaian MS 2001:1901. *sengihkambing*
then, kalau korang rajin jenguk2 official website diorang k.


favourite line aku:
"Hang on Legolas" - Ironman, The Avengers 2012


gambar ni cuma normal people eating burger. wait what??
awesomeee...

Sunday, May 6, 2012

Teaser.


Friday, May 4, 2012

Nervous.

Ishhh.. nebesnya sayaaaa… nebesnyaaa…

Hari ni saya akan jadi raja sehari. Wehuw!

Eh. Macam silap. Oh memang silap.

Sebenarnya, saya akan jadi bridesmaid untuk raja sehari. Wehuw!

 

Tapi saya nebes. Sebab? Sebab dia majlis vogue. Tapi saya biasa2 je.

Ye.. saya tahu takde sapa nak tengok saya kan sebab saya bukan raja sehari.

Tapi pedulik hapa saya. Saya nak nebes jugak.

 

Tapi nasib baik saya bukan pengapit belah lelaki.

Kalau tidak, nebes punya pasal, saya pulak yang tercakap “aku terima nikahnya”. Hahaha..

Eh, itu macam nama majlis. Eh, betul la.

Baik. Saya akan jadi pengapit bagi pasangan yang meraikan majlis “Aku Terima Nikahnya” pada malam ini dan majlis resepsi esok tengahari.

Eh, itu dah macam raja 2 hari pulak kan?

Ishh.. 2 hari la saya nebes..

 

Tuesday, May 1, 2012

Hai..

hai.. lama tak bersiaran..
been bizi la sikit these days. [padahal tak berapa bizi pun].
aku kan memang macam ni.
kadang2 aku kan malas kan. tapi kali ni bukan malas.
kali ni aku takde benda nak direpekkan.
plus, aku pening kepala start sabtu lepas.
pening ni bukan pening biasa2.
pening ni pening macam cecair otak aku tak mencukupi.

kalau aku tidor kan, dari telentang mengiring ke kanan, serta merta pening aku datang.
macam cecair otak aku mengalir ke kanan pelan2 menyebabkan pandangan aku otomatik jadi berpinar/berpusing.
padahal aku kan tidor, camner boleh jadi pandangan berpinar/berpusing pulak kan?
haaa.. itu la kelainan pening kali ini.

aku pun tak tahu punca/penyebab pening aku ni.
tapi aku syak sebab aku kurang darah la.
ni aku teka2 je la. sebab apa tau aku teka macam ni?
sebab hari tu masa aku period, aku tak makan nasik.
aku kurang makan nasik ekceli. aku suka makan lempeng dengan cokodok atau roti.
then dah habis period pun selera makan nasik aku tu kurang.
jadi, dalam masa 2 minggu lebih ni, boleh kira dengan jari la berapa kali aku makan nasik.
itu pun kalau dah memang gigil2 tak dapat nasik.
aku kan jenis makan nasik sehari 3x. so kalau lama sangat tak dapat nasik ni, memang aku gigil.

ok, dah siap membebel.
disebabkan aku dah pening beberapa lama ni, maka mari la sama2 pening.
cuba korang view website ni..

pening kepala kat sini!!

don't be worry. it's not 18SG, 18PL. ini untuk tontonan umum.
okbai.
Related Posts with Thumbnails