benda seram ni baru je jadi masa aku kat kampung hari tu.
tapi mula2 nak explain la dulu pasal tajuk entry.
walaupun tajuk dia khamis malam jumaat, tapi kejadian2 seram ni bukan la semua berlaku malam jumaat.
saja je aku nak kasi efek2 seram.
konon2 baca tajuk pun dah seram apatah lagi baca cerita. kan? hahaha..
okeh, camni.. malam tu macam biasa kitorang tengok tv.
malam makin larut, mak aku pun masuk bilik nak masuk tido.
tiba2 mak aku keluar balik then amek remote astro pada bapak aku.
pastu mute kan sound dia.
aku n adik2 aku masing2 dah tengok mak aku.
aku tahu la kalau jenis2 macam ni biasanya mak aku ada dengar something.
tapi selalunya, kalau sampai mute kan sound tv ni, memang kitorang syak pencuri.
sebab dulu ada kes rumah aku nak kena rompak, perompak tu terpijak zink. diorang tak tahu ada zink kat situ.
so, kitorang pun ikut sama pasang telinga. aku takde dengar apa2 pun. adik2 aku pun sama.
bapak aku tanya mak aku kenapa n ada apa.
mak aku geleng2 je sambil on balik sound tv n pulang balik remote astro kat bapak aku.
mak aku masuk bilik semula. yang lain sambung la balik aktiviti tadi.
ingatkan la mak aku nak tido kan, tapi tiba2 dia keluar balik siap bawak bantal sekali.
dia baring sebelah bapak aku.
aku tengok mak aku gelabah gila.
kebetulan masa tu acara bergosip dengan adik2 aku dah start.
diorang duduk menghadap aku tapi membelakangkan mak aku.
aku je la menghadap mak aku n nampak la apa kejadiannya.
mak aku gelabah2 siap dok menyelit bawah ketiak bapak aku.
bapak aku pulak bukan jenis romantik2 cenggitu, naik hangen la dia kat mak aku.
sebab bila bapak aku tanya kenapa, mak aku cakap takde apa2.
so dia ingat mak aku saja la nak mengada2 kan.
awal2 tadi aku syak pencuri. tapi bila mak aku gelabah2 camtu, aku dah pikir lain dah.
aku ada pasang telinga jugak tapi still tak dengar apa2.
lagi2 la kalau suara aku n adik2 bergosip, memang mengalahkan kepoci.
padahal bukan gosip apa pun. kadang2 pasal sipolan beli motor baru. kadang2 pasal jumpa sipolan yang dah 3 bulan tak jumpa. cenggitu je pun macam 10 orang bercerita, padahal 3 orang je.
2-3 hari lepas tu baru mak aku kaborkan yang malam tu dia dengar pompuan nangis.
nangis mengongoi2 la macam wuwuwuuu.. camtu.
mau la tak cuak kan? tu yang mak aku dok bawah ketiak bapak aku.
tapi bapak aku tak layan.
tapi aku lupa nak tanya mak aku dengar kat area mana. bawah rumah ke, tepi rumah ke, belakang rumah ke, depan rumah ke, dekat ke, jauh ke.
lupa sangat nak tanya. sebab dah seram sangat.
ni masa cerita ni pun meremang2 je.
dalam family aku, yang ada ability untuk dengar2 ni, yang terer mak aku je.
memacam la dia dengar.
ability ni diturunkan kepada adik aku mahira.
dia ni pun alahaiiiii.. memacam la dia dengar.
lagi2 time maghrib. stress aku.
mak aku dia jenis selalu dengar orang bagi salam kat depan rumah.
kalau tengah tengok tv dia slow kan volume atau mute terus tapi muka tak cuak, tu takpe la.
kadang2 dia dengar ada orang bagi salam, kadang bunyi anak kucing, bunyi apa2 je la. [padahal kitorang tak dengar pun]
tapi kalau dia buat muka cuak lain macam dia tu, memang aku dah syak wasangka la.
dulu pernah [banyak kali] tiba2 dia laung wa'alaikumussalam sambil suruh adik aku tengok sapa datang.
dah tercengang2 je kitoranga semua sebab masing2 tak dengar apa2.
kalau siang, berani la kitorang jengok ke luar.
tapi dah kalau malam, mana nak ada keberanian. bukan takut. cuma tak berani. eehehhee..
bapak aku pernah cakap kat mak aku, kalau dengar orang bagi salam, jangan jawab terus. bahaya.
yela, kadang2 setan pun bagi salam. kot2 hantu ke kan. kang kita jawab salam dia, terus je dia masuk rumah kita sebab consider kita dah menjemput dia masuk.
tak ke seram tu?
seeloknya kita tengok dulu sapa yang bagi salam baru la kita jawab salam dia.
melainkan memang kita confident yang bagi salam tu, muslimin muslimat yang datang. :p
adik aku mahira tu pulak, dia selalu dengar yang bukan2. memang aku hangen betul la.
dia selalu dengar orang tegur dia.
rumah aku kat kampung tu, dia ada belah atas n bawah kan.
belah bawah tu takde apa2 la, siang je guna sebab tv kat atas, tido pun kat atas.
so, kat bawah tu ada la cermin solek. almari baju semua.
adik aku mahira tu pulak jenis suka mandi maghrib sebab dia dah terbiasa.
dulu f1-f2, dia sekolah belah petang. balik pun dah maghrib, terus je la mandi.
sekarang dia terbawak2. mengada.
1st sekali dia kena, time maghrib la. dia baru lepas mandi. bersiap2 la kat rumah bawah.
kitorang yang lain kalau dah maghrib memang tutup pintu tingkap semua dok melepak kat atas.
mahira dia suka melawa, so malam2 pun dia nak kelebet jerawat.
sebelah cermin solek tu tingkap, tak boleh tutup pulak tu dah berkarat. tingkap tu menghadap bilik air n toilet. [bilik air n toilet kat luar rumah]
tiba2 tengah kelebet muka, dia dengar orang jerit "hoi!" kat dia.
suara tu datang dari belakang toilet.
apa lagi. mencicit dia lari naik atas. tahu pulak takut. mandi maghrib sorang2 tak takut pulak.
kejadian seterus2 nya memang biasa la dia dengar orang tegur dia.
ada yang suwit2. ala.. swit2 macam mengurat awek tu.. haa..
ada yang "psst.. psstt" macam nak bisik2.
kadang2 tu, kalau aku ada sekali dengan dia, dia cakap "shh.. shh.. diam. kau dengar tak?"
berani lagi kau tanya aku dengar ke tak??!! !@#$%^
kadang2 time mandi pun dia kena. dengar orang bukak/tutup air toilet la, dengar orang guna toilet la.
ish.. macam2 la dia dengar.. tapi kat rumah je la. kat tempat2 lain takde.
ada sekali tu, adik aku mahijah, kenakan dia. dah suka sangat mandi masa maghrib kan.
mahijah guna toilet [bersebelahan n bersambung dengan bilik air].
si mahira ni tegur la "mahijah! mahijah!". mahijah jawab la macam biasa.
lepas guna toilet, mahijah keluar. sebelum keluar, dia sound "baik2 mahira. nanti ada yang main paip. aku tak tahu...". lepas tu dia blah.
tapi sebenarnya dia jalan tak jauh pun, dia patah balik sesenyap.
dia bukak pintu toilet. pastu buat main paip, bukak/tutup air, simbah jamban. macam orang guna toilet.
lepas tu senyap2 dia bukak tutup pintu pulak. kriokkk.. kriokkk.. camtu.
si mahira dah jerit2 "mahijah! hoi! mahijah, kau ke tu?"
si mahijah taaaaaahan je gelak. lepak ketuk2 pintu sikit, dia tak dapat tahan gelak, dia lari pergi dekat mak aku.
lepas tu bantai gelak sebab keberjayaannya menakutkan mahira.
tak lama lepas tu mahira keluar lari2 terus ke mak aku. semua tak mengaku ada guna toilet lepas mahijah guna tadi.
semua dah bersekongkol. kikiki...
tapi aku tak galakkan sakat dia selalu sangat. kang kena kat diri sendiri kang padan muka.
paling ngeri si mahira ni, dia dengar suara budak panggil "mama... mama.." camtu kat luar rumah.
pehhh.. meremang ni aku tulis ni. kambeng betul la.
masa tu aku ada kat rumah. tapi aku dah tido la. dalam pukul 12am camtu.
bab ni dia ada bertekak sikit dengan bapak aku.
bapak aku kata tu suara tv. tv lama tu kat dalam bilik bapak aku. biol sikit tv nya sebab sound dia kadang ada kadang takde.
biasanya bapak aku tengok gusti je dengan tv tu. tengok gusti tak payah pakai volume pun takpe kan. [tapi masa kejadian tu ada volume n bukan gusti]
apa yang bapak aku argue dengan si mahira tu, kata dia masa mahira dengar suara budak tu, memang ada iklan kat tv. iklan budak2.
tapi si mahira ni kata memang takde kena mengena dengan tv sebab suara datang dari depan rumah.
ha, hamek kau! seram tak seram la kan.
pasal suara2 ni, aku pun pernah dengar jugak. [sorry la cerita ni jadi makin panjang. kah!]
tapi bukan hantu la. ni benda2 baik punya sebab aku takde ability macam diorang n aku memang taknak.
kejadian ni jadi sebelum pindah sini n masih dok kat kampung.
masa tu bulan ramadhan, dalam pukul 2am.
memang biasa kalau bulan puasa ni, masjid sebelah kampung akan mengaji guna speaker yang diorang selalu bang tu kan.
aktiviti mengaji ni biasanya paling lewat pun sampai pukul 10pm lebih ke 11pm macam tu.
tapi tak pernah sampai pukul 12am. memang tak pernah.
masjid kampung sebelah ni, kalau nak pergi ikut jalan biasa memang jauh.
tapi kalau sanggup redah semak belukar + menatang buas/melingkar, masjid tu memang dekat belakang rumah aku je. itu yang boleh dengar azan ke, mengaji ke.
tapi dengar tu sayup2 la, takde la dengar sebutir2 ayat dia.
so, malam tu, aku tersedar. aku dengar suara orang mengaji. atau lebih spesifik lagi, suara pompuan mengaji.
suara tu memang jelas sampai kau boleh dengar sebutir2 ayat dia.
aku tengok jam, pukul 2am lebih. dalam hati aku dah mengeluh dah ni.
mengeluh sebab aku tahu bukan suara manusia.
sapa lagi nak mengaji malam2 camni. bukan malam lagi, tapi dah pagi2 buta dah ni.
aku tahu ada antara korang yang cakap, ala mesti jiran2 sebelah.
eee.. takde maknanya okeh.. suara tu datang dari belakang rumah.
belakang rumah yang aku kata semak samun belukar tu. [walau ada kebun kelapa sawit tapi semak]
n memang tak logik kalau pompuan mengaji kat masjid kampung sebelah guna speaker.
memang takkan ada la. salah satu larangan kan.
masa tu aku memang dah tak sanggup lagi nak dengar sebutir2.
kalau boleh nak tutup telinga. tapiiii.. dia bukan mengacau aku pun.
dia bukan nak menakutkan aku pun. dia cuma nak mengaji kan? so, aku diam2 je la.
kalau hantu, mana la dia nak mengaji. kacau orang mengaji ada la kan?
lagipun bulan puasa diorang dah kena ikat. takde diorang nak mengaji, mesti diorang meraung2 kepanasan.
ada lagi satu kes 'terdengar' ni. ni lagi best.
semua orang dalam rumah tu dengar 'benda' tu mengilai. tapi masa tu aku takde. aku kat kolej.
benda ni jadi dah lama. masa aku still kat kolej.
tapi seminggu lepas kejadian tu aku balik kampung, so masa aku dengar cerita tu, kira fresh lagi la.
ceritanya macam ni.
kejadian tu berlaku kat rumah pakcik aku, kampung mak aku.
pakcik n makcik lain pun balik jugak.
kira ramai la masa tu.
petang tu, masa budak2 tengah main2, diorang main tido2.
adik aku mahijah, tido selimutkan diri dia dengan kapet ke tikar macam tu la.
konon macam selimut la. dia sorang je buat camtu, yang lain2 tak.
so malam tu, semua orang terbangun dari tido dengar hilaian cikpon.
semua orang dengar KECUALI mahijah.
dia sorang je tido nyenyak. adik bongsu aku yang masa tu rasanya baru umur 3-4 tahun pun dengar.
yang best nya, bukan rumah tu je kena. 3-4 rumah lain keliling rumah pakcik aku tu pun kena.
esok pagi tu, masing2 pergi bergosip pasal kejadian tu.
bapak aku kata, itu la padah jadikan kapet sebagai selimut.
ada beberapa benda tak boleh jadikan selimut, kata bapak aku.
benda2 kat lantai, macam kapet, tikar, sejadah. itu je contoh aku tahu. contoh lain tak tahu efeknya.
mak aku kata, cikpon tu saka orang kampung tu jugak.
berkeliaran sebab tuan dia dah meninggal tapi takde sapa nak amek alih jaga dia.
semua salahkan adik aku sebab panggil 'dia'. tapi yela, mana la adik aku tahu kan.
dia pon kecik lagi masa tu. tapi itu betul2 pengajaran la..
ha, dah kebetulan sebut pasal saka.
ada sorang pakcik bapak aku [atuk sedara aku la kiranya] yang ada saka ni.
kata bapak aku, 1 dia dah lepaskan [tak tahu lepaskan ke buang], 1 lagi still ada.
sebab tu atuk sedara aku tu macam susah sikit nak 'pergi'.
hari tu dah nazak sangat dah. tapi petang sikit je dah elok.
sampai aku pun tak jadi nak balik kampung.
sekarang dia kat sepital sebab kaki bisul.
lepas tu, bapak aku bising la sakanya tak dibuang. tapi takde la bising depan2 muka dia.
belakang2 sudah.. saka yang belum dilepaskan ni saka paling kuat kata bapak aku.
bapak aku ada mention, tah anak dia [sepupu bapak aku, pakcik sedara aku] nak amek ke tak saka tu.
boleh pulak ringan je mulut aku cakap "eh.. nak la bah! cam best je!"
boleh? haaa.. dapat la ceramah free dari Ustaz CikBob.
aku kurang pasti saka tu makan apa, sebab bapak aku kata susah nak bagi makannya.
nanti dia isap darah kita. sebab tu la sapa2 bela saka, dia/bini dia kurus kering.
tapi masalahnya, atuk n nenek sedara aku tu tak kurus pon.
itu yang aku confuse saka tu makan apa. [seram hoih!]
okeh sambung pasal saka kat entry lain.
Khamis Malam Jumaat
Khamis Malam Jumaat 2
Khamis Malam Jumaat 3
Khamis Malam Jumaat 4
Khamis Malam Jumaat 5
Khamis Malam Jumaat 6
Khamis Malam Jumaat 7